Wednesday, September 22, 2010

She is 3 months old

Aliya dah berusia 3 bulan lebih. Abaikan title tu sbb malas nk tulis panjang2. MALAS aje aku ni kann??

So, jom baca ape yang aliya dah boleh buat sehingga usia ini.

1. Masa dalam pantang, Aliya sangat behave, menangis is normal. Budak kecik tu je yang dia tahu. Malam2 sokmo berjaga. Sbb tu mata mummy aliya lebam, tp mummy x kesah. J

2. Mummy perasan, klu hari ni aliya x meragam time tgah malam, malam esok konfem aliya meragam. Tokmi ngan tok abah la yang duk bergilir2 dukung, ulit aliya sampai tido. Tido 5 min sambung nangis lak. Sian tokabah ngan tokmi.. daddy lak sonot di buai mimpi. :p

3. Aliya suka poo-poo banyak kali. Dalam sehari paling banyak 8 kali kot. Paling bes bila en abang mintak ajarkan cara nak tukar pampers. Sangat bagus! Ajar 2 kali je dah boleh buat, tp mummy tetap kena observe. ;-)

4. Lepas abis pantang je, aliya dh x meragam malam2. Tido lena sampai pagi. Keje mummy jadi senang. ;-). Paling lambat tido pun kul 8.30mlm. Malam2, klu terjaga pun sbb aliya lapar.

5. Seawal umur 1 bulan aliya dah bole bezakan bottle teat ngan mine. Even breastmilk dalam botol pun xmo, maknanya avent nye teat agak tidak best. Tp kejadian ini xleh di biarkan, aku kena take action, kang dah masuk keje x pasal2 tiap2 2 jam nk kena balik BF.

6. Masa aliya kena cucuk utk umur sebulan, aliya nye high tone sangat memberangsangkan. Siap selok sekejap. Doktor senyum je. Berat aliya naik x sampai pun sekilo. Tp alhamdulillah aliya x demam.

7. Nak masuk 2 bulan Aliya dah pandai senyum, acah2 pun senyum, x acah pun senyum. Orang tua kata ‘dia acah tembuni’ . Suka tegok aliya senyum, sampai sepet bijik mata. Aliya suka main air. Klu mandi kan dia mesti dia x duk diam, bila tutup je air konfem nangis. Budak kecik xleh mandi lama2 la sayang....

Aliya suka dengar bunyi yang kuat2. Mummy dah ade idea time nk pakaikan pampers Aliya. Bunyikan mainan je terus diam, dan reaksi dia mendengar tu sangat cute!

Klu aliya menangis cam x nak benti, satu je cara yang boleh tenangkan situasi tu. Bukak suar atau skirt aliya, time tu jugak aliya akan diam dan tunjuk muka hepi. Lagi hepi klu mandikan dia sekali. ;-)

8. Time kena inject 2 bulan aliya masih sama mengekalkan cara dia menarik suara masa not tinggi. Berat naik 1.1kg menjadikan 5.5kg dengan kepanjangan +-60cm. Alhamdulillah, kali ni pun aliya x demam lepas kena inject.

9. Nak masuk 3 bulan, aliya dah pandai tgok orang. Muka yang paling dia suka tgok of course la my face. Lagi satu muka maksu dia. Maksu x yah nak ba-ba-cak nk suh aliya senyum,aliya tengok muka maksu je terus senyum, klu maksu acah2 lagi la aliya senyum, sampaikan kadang2 terdengar dia giggling. Orang tua kata xleh bg dia ketawa selalu, nanti mengigau.

10. Aliya mmg selalu mengigau. Klu dia tido, tetiba je dia nangis. Dah la kuat, lama pulak tu, mata lak pejam x celik2. Daddy dia kata sbb mummy dia sokmo mimpi time ngandung dulu. Motif?

11. Kena inject masa umur 3 bulan sangat wow! Aliya x menangis langsung. Kagum!

12. Aliya umur 3 bulan 6 hari. She can roll over. Best nye dpt tgok! Moment paling bermakna sbb leh tgok perkembangan aliya. Good girl!

Budak kecik mata sepet. sume orang 1st time tgok Aliya akan tanya "nak tido ke tu?". Doktor pun ade yang tanya macam tu. hehehe....
Dah mata ala2 kuyu, celik pun macam nk terpejam je. :-p



Suka la tuh! step pertama utk bergerak bebas selepas ini. mummy kena get ready. ;-)

Moral : klu nk tgok anak membesar depan mata, kena la selalu bersama dengannya. in other words, jangan selalu pegi kursus, balik keje lambat, meeting jauh2. hahahaha.... ;-)

Salam...

Sekitar Majlis


½ bulan x update blog. Haishh!!....

Citer manyak, macam2, tp sbb umah aku lum ade tenet, so kemalasan nk mengupdate. Nk ke umah abah cam bersungguh2 lak semata2 nk update blog. Skang dah start keje, lagi laa.. xkan nk update kat ofis kooot.... senarai tugas dalam fail meja aku x tersenarai keje mengupdate blog, and since aku ni saya yang patuh dan menurut perintah, akur dengan senarai2 itu, walaupun kadang2 aku sengaja menambah senarai kerja2 aku sendiri. Eg: membuat lawatan ke meja kerja orang lain, bergossip, makan 5-6 kali dalam sejam, dll.

Moral : klu dah mmg malas tu, mcam2 alasan. Kannn?? ;-)

Prev post aku ade jemput korang datang umah kan, majlis akikah anak aku + house warming + open house + kesyukuran. Cam aku bgtahu, 1 majlis macam2 agenda. Kan satu malaysia. ;-)

Asal korang x datang? *kepada yang x datang la*

Mekasih sebb datang meriahkan majlis. *kepada yang datang la*

Yang x datang tu aku paham. Time tu dah la time raya, konfem banyak kenduri kendara. Time cuti2 macam ni orang berduyung2 nk buat kenduri. Sedara mara ramai yang balik. Sama macam aku, sbb sume adik bradik aku balik, so aku decide la buat masa hari raya ke-3.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Sampaikan en suami x sempat nak sarung baju melayu sbb sibuk duk melayan tetamu dari pagi lagi. Mummy ngan aliya je melaram bukan main. Tp sayang x sempat nak bergambar pun.

Aku tempah katering je. Mana la aku reti masak utk beratus2 orang tu. *masak utk 2 orang reti ke??* :p

Menu hari tu gulai kambing, gulai daging lembu, ikan patin masak asam, sayur keladi, ayam goreng, ikan goreng, daging goreng, sayur goreng, ikan singgang,sate ayam, sate daging, ulaman, budu, sambal belacan, tempoyak, air oren, air sirap, air masak, tart telur, biskut raya, kuih lipat, kerepek, tapai. Rasanya tu je kot.

Tetamu datang seawal jam 9 pagi, walaupun dalam kad dh siap2 tulis majlis start kul 11 pagi.

Tetamu terakhir blah jam 10.30 malam walaupun dalam kad dh siap2 tulis majlis sampai kul 4 ptg je.

Tapi kami x kesah, sampai pagi esok pun kami layannnzzzzz.....:p

Aliya lak x meragam langsung hari tu. Mungkin sbb acara cukur jambul kansel, so aliya suka hati sbb rambut dia yang mmg x berapa nk ade tu x jadi potong. :-p. Aku pun rileks je hari tu, x yah terkejar2 cam hari2 biasa bila dengar aliya nangis, sbb aliya x sempat nk nangis pun aritu dh ade orang tolong tgokkan. Aliya nk tido pun xleh, asyik kena dukung je. And the best part is Aliya dapat sangat banyak duit raya. Believe it or not 4 angka. Fuhh!!! Penat kira duit aliya. Mummy pun x penah dapat banyak macam tu seawal umur 3 bulan. Makin besar lagi la makin kurang. Alhamdulillah....rezeki aliya.

Walaupun katering, dapur aku tetap bersepah. Pinggan mangkuk penuh, siap terkeluar dari sink lagi. Aku tengok ngan mata separuh je, dh x larat nk kemas malam tu. Sbb dah sangat mengantukkkzzzz....

Sila layan beberapa pic yang aku amik dari facebook sedara mara, sekitar majlis.


Ape sahaja yang menyentuh bibirnya akan menjadi santapan aliya pada hari itu. ish! rosak tudung mummy tuu...

Me, Nyang Aliya, Mak teh Aliya. Puas paksa nyang Aliya suh datang, sibaik dia nk datang, siap bermalam 2 malam kat umah kami.

Mak teh sonot bergambar ngan Aliya. Aliya dah macam selebriti hari tu. Lip lap lip lap flash kamera duk amik gambar aliya.

Mereka sekeluarga, keluarga mertua aku. en suami je yang xde dalam pic family ini. tolong amikkan gambar agaknya.


Kawan2 en suami yang datang. tp xleh la tempek sume kat sini, penuh la blog aku. *dengki sbb pic kawan2 aku xde* :p

Moral : selalu la buat majlis makan2 klu nk jumpe kawan2 lama. ;-)



Tuesday, August 31, 2010

Gigih....alhamdulillah....

x tahu nk tulis tajuk ape....ekeke, bole la tajuk tu pun...
dun jugde a book by its cover...kaitan? nvm.

syukur alhamdulillah....finally, kediaman baru kami telah siap (final stage - pasang meter elektrik, since tnb dah pasang smalam, so kira siap la... walaupun dalam umah tu, ya ampun.... bibik!!!!). :p

kiranya almost 1 year la amik masa nk siapkan umah tu. eh, jap! 1 year apenya, lebih setahun daa... jun 2009 - ogos 2010.
owh! sungguh panjang cerita nak siapkan umah tu. macam2 masalah, problem, pe'el, ragam, halangan, constraints... hmm...perlu ke translation tu?? layannn...
dah la asben aku jarang2 ade, aku lak keje ofis hour, nak site visit slalu pun kang nanti ade orang cakap "ingat ofis ni ofis bapak ko ke suka ati kuar masuk?!!"... aku malas la nak layan mulut2 busuk ni, kang jadi tajuk utama muka depan s/kabor. ;p
so, selalu aku pegi lawat tapak lepas ofis hour, time tu lak tukang pun dah xde, nk komplen itu ini kena tepon, bila cakp dalam tepon, nk terang konfem tukang tu x faham, aku suh buat lain, esok pegi tgok, dah jadi mende lain, terpaksa 'musnahkan' balik dan bina smula, x ke tu buang masa, tenaga dan wang ringgit? klu nk jumpe diaorang pun hari sabtu, kdang2 ade, kdang xde, "gi round batu buruk" kata mereka. hmmm...

bila diingat balik kejadian2 sepanjang nak siapkan umah tu, rasa cam x siap2 je umah ni, tp syukur, orang sabar x akan rugi. :-). walaupun seperti perjanjian palsu, jangka siap disember '09. tp....:p
aku x nafi, kami mmg sedikit sebanyak menyumbang kepada kejadian itu, mmg ade banyak perubahan dan penambahan oleh kami, dan ade yang beberapa kali ubah dan bina mende yang sama, sbb itu masa jadi agak melebar. :-)
"orang kata, alang2 dah buat, biar la puas hati." jasa en asben aku kenang sampai bila2. *bodek la tuh!* LOL

rumah kami x besar cam istana, x gah cam KLCC *klcc gah ke? :p*, tp alhamdulillah, ckup untuk kami bertiga. *stakat ni masih ber3 la ekekeke, galop :p*.
xde mende yang betul2 sempurna, klu ikutkan hati macam2 aku nak, tp klu ikutkan hati jugak, en asben la yang merana, ngeh ngeh ngeh.

kami x sabar nak berpindah, barang2 sume dah angkut, cuma tuan rumah je belum mendiami lagi kat sana. sebelum nk pindah, kena buat doa slamat sket, mintak rumah tu selamat untuk didiami *ayat skema x menahan*. so, abah aku jemput 5,6 orang untuk buat solat hajat + doa selamat kat umah tu hari khamis ni. en asben men'darat'kan dirinya pada esok hari, so sempat la kami nk prepare umah yang tunggang langgang tu sebelum majlis khamis ni.
aku dah capek dalam 2 minggu ni settlekan hal rumah tu. skang giliran en asben lak. fair and square!

sebelum aku menamatkan coretan malam ini, di kesempatan ini aku menjemput kalian2, bagi pihak en asben dan anak aku, ke rumah kami di Lot 10334, Taman Permint Permata, Kuala Berang pada hari raya ke-3 sempena majlis akikah anak perempuan kami, Nabiha Aliya binti Shahrul Azlan, majlis kesyukuran rumah baru kami *housewarming :-)*, majlis cukur jambul Aliya tp kansel sbb aliya x de rambut, kang ade tergunting kulit kepala lak *nak cakap jugak tuuu LOL*, majlis kesyukuran aku dah konfem dalam jawatan pada mac 2010 :p. uishhh!!! ni memang kes jimat cermat nii..... satu majlis macam2 agenda. 1 malaysia!! ekekeke

Jemput la ye.... segan nk invite kat fb, ahahahaha....*pigi dahhh*
eeehhh betulll, lagipun en asben dah jemput. so aku rasa cam menyemak je banyak2 post mende sama. xpe la eh. :)

moral : lu pikir la sendiriii....:p

salam..

cannot sleep


hmm....aku try tutup mata sejak dari kul 10++ tadi, tp x leh lelap gak. renung aliya x berkelip2 pun still x leh nak tidooo.... end up aku kat depan laptop ni. googling for recipe, menu hari raya. hahahaha. buat ke idak itu citer sbalik tabir, yang penting niat. ekekekeke
masak pakai niat aje jadi eh?? :p

2 hari lepas aku dah salin satu resepi kueh, ala2 cam kueh ketayap, tp yang ni inti sambal ikan, x pun inti kentang +daging. aku panggil kueh gulung, sbb kueh tu bergulung ekpun. klu ketayap inti dia nyor aka kelapa. ketayap pun aku suka. kueh gulung ni, arwah my mum selalu buat. aku sukaaa...... klu yang garing lagi besssssss, makan masa suam2 gitu, owh! kecur liur kuu...

tp nyaa, sampai ke saat ni aku x cuba2 lagi resepi kueh gulung tu. ye la, masa bila la aku nk bergulung2, duk bergulung ngan aliya jeeeee....haishh...
xpe, simpan je dulu resepi tu, kot2 bulan depan bole try, time aliya duk ngan tokmi dia la..hehehe

banyak giler resepi, siap ngan gambar, sume maveles, tp klu aku buat sebijik ikut resepi tu, belum tentu nampak sebijik cam dalam gambar tu. aku penah gak salin resepi dalam tenet ni, tp time masak aku x ikut sangat pun, hehehe... kadang2 bahan2 dia tu cam 'uish! mana aku nak cari niii?'...haaa kan dah menyusahkan aku, dah la aku kena masak, nk kena cari bahan2 yang pelik2 lagi.... senang2, ganti je ngan bahan2 yang aku kira bersesuaian... as long as sedapppppppppp!!! *sila puji diri sendiri*.

eeehhhh....nak masak ape niiii???
pk esok je la.... kang ade yang x bangun sahur lak nanti.... :-)


moral : amalkan diet yang seimbang, baru lah x letih di siang hari dalam bulan pose nii.... :P

Salam.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...