Tuesday, December 21, 2010

Back on trACk 4

17 Dec 2010.


Hari kedua aku berseminar di Berjaya Hotel, Pulau Pinang. Boring? No komen. ;-)


Seminar habis agak awal hari tu, so yahuuu!!!. Plan hari tu macam2 mana pun kena jugak singgah Queensbay Mall sebelum balik ganu. Ye la, alang2 dah sampai sini, harus la amik kesempatan yang ada. Sibaik ade gps cap ayam aku ni, banyak sungguh jasa ko sepanjang 2 hari tu.


Tp rugi betul sbb x bawak kamera. Ade snap ngan kamera henpon, tp x cantik, mlas nak upload. Aku banyak shopping barang Aliya je.Meroyan jap tgok sale sana sini. Botol susu avent size 9oz , RM65++ after sales, sape x meroyan tgok kan, harus la grab. Nak je aku angkut stroller mcLaren utk aliya, sbb sales jugakkkk, tp yang tu kena paw en suami lah ye. Harap maklum.
Barang untuk aku? Xde beli ape pun, nak tunggu en suami balik, paw dengan kejam gitu.:p


Kami x terus balik ganu hari tu. Abah ngan umi cadang nak gi umah sepupu aku kat Alor Star. Yang ni kami x makan buah langsat sbb abah sangat pro jalan nak ke sana. ;-)
Diaorang mmg sangat meraikan kami, habis sume mende yang ade kat dapur tu di jamu kat kitaorang ni. Burrpp! Kenyang.


Lepas tu bawak kami jenjalan. Part yang Aliya paling suka, tp aku dah macam x larat sangat. Aku ikut pegi Pekan Rabu sbb aku nk beli Rojak Mak Bee. Ala, rojak petis yang orang slalu makan ngan buah pelam ke, jambu ke. Aku suka yang Mak Bee, sedap!!! *ye ke eja mak bee macam tu, ye kot* :p


Malam tu sepupu aku kuar jalan2 lagi, tp aku ngan aliya x ikut, kami dah selamat jumpe adiputra. ZZZzzz......


18 Dec 2010.


Seawal pagi kami dah bersiap2 nak balik. Sekali lagi jugak kami di jamu dengan macam2 menu untuk sarapan. Rosak la mesin timbang aku kali ini, bukan ape, takut nanti x leh nak baca kiraan berat sebenar. Asyik makan je kejenya. Haishh..!!


Dalam kete otw balik pun makan jugak, umi singgah beli jajan,kot2 kami bosan dalam kete nanti. Lepas tu benti makan tgahari lak. Nak sampai ke rumah tu 88 jenis makanan dh masuk dalam perut ni. Sian perut aku, dh x tapis2 dah, sume bantai.


Akhirnya sampai jugak kami kat bandar cyber ni, ganu tanahairku. sampai kul 10 malam, sempat la kami tgok siapa juara Mari Menari walaupun x sempat tgok diaorang menari2. Ralat! :p


Masa untuk berkemas2 tido. Esok kerja2 menggunung menanti. Sila tabahkan hati.


moral : buat sekali arung je la utk 4 post eh. 
Kalau rasa x sihat badan, cepat2 makan ubat, x kisah la cara mana pun asalkan makan ubat, kalau x nanti, sure plan bes2 yang korang buat akan jadi x bes. ngeee...


Salam.....


nota kaki: aku masuk ofis hari ni, dapat tahu aku kena pegi Kelantan next week sbb ade seminar lagi. Gulp!



Back on trACk 3

15 Dec 2010


Pagi2 lagi abah aku dah call, samada aku dh baik demam ke x. Klu aku masih x sehat, abah aku suh kansel je nk ke Penang tu.


Nasib la badan ni menyebelahi mood meroyan aku nk ke Penang tu. Hehehe..... Lepas subuh baru nk packing barang. Owh! lupa nak bgtahu, kali ni aku ke Penang aku angkut skali mereka2 yang ada. Cuma adik aku yang baru kawen tu je yang x nak ikut. Inginkan privacy katanya. Konon! :p


Perasan x, aku g kursus mana2 pun, aku tetap x berenggang ngan aliya. kan? kan? Alhamdulillah....semua dipermudahkan-Nya.


Kami gerak dalam kul 9.30 am lebey kurang. Sampai dalam kul 5.30 pm lebey kurang jugak. tu pun campur makan buah langsat 18 kilo. sibaik ade gps cap ayam aku ni, membantu la jugak. billion thanks to mr Garmin.


16 Dec 2010.


Aku skali lagi hadir untuk terima anugerah portal terbaik. Ofis aku tempat yang ke 27 dalam mesia. Proud to be staff of mdht? No komen. :p
Harini seminar habis awal, dalam kul 4.30. Masa aku duk berseminar, mereka sekeluarga pergi berpoya-poya beramai2. Sonok aliya boleh jalan2. Sibaik la Aliya ni boleh aje ngan sape2 pun, klu asyik nk bertempet  ngan aku je 24jam, parah. Time aku tepon diaorang tu, senang hati aku dengar aliya gelak2. Aku jugak la kesian duk menadah telinga dengar macam2 mende boring yang x lama lepas tu kuar kut telinga belah kiri lak. :p


Penang ni aku duk perasan ramai sungguh rakyat cina kan. Sebelah hotel aku duk ni pun, satu kedai melayu pun susah nak jumpe. end-up kami duk makan KFC je untuk 2 malam berturut.


Aku jalan2 kat area hotel aku ni, ade la cam kompleks beli belah kecil kecilan, most of the kedai yang aku masuk, owner adalah cina. Aku ade singgah kedai jual stokin budak2 kecik,comelllll, sume nak! Amoi kedai tu asyik pandang aliya je. Dari aku masuk kedai sampai la aku nk keluar. Amoi tu siap tahan aku, dia senyum tgok Aliya, aku pun senyum la on behalf, sbb aliya ni, klu orang yang dia x kenal, dia akan pandang je, sambil mulut terlopong. Amoi tu sempat cakap "macam olang cina saja". Oooo...patut la ko duk tenung anak aku dari tadi. *ayat itu hanya dlam hati ini*


Pusing2 dalam tu kejap je dh sampai pintu keluar. Kecik je pun, banyak kedai x bukak. So, hari pertama kat situ hanya berkeliaran di kawasan itu sahaja. ;-)


to be continue....

Back on trACk 2

14 Dec 2010.

Bangun pagi tu, aku rasa sangat lemau. Sakit seluruh badan. Apakah?
Tp x kan nk EL lagi hari ni kot. Ingat ofis bapak ko ke?
Aku gagahkan jua langkah ini. :p. Sampai ofis, terus gerak ke SUK. Tp sebelum tu aku dapat surat arahan ke Penang lusa, kena hadir seminar portal. Mak aih! mentang2 aku EL 2 hari, korang balas dendam eh.

Sepanjang kursus HRMIS hari tu, aku sangat tidak selesa. TIDAK LARAT. Seram sejuk je badan ni. X sabar rasa nk balik umah, lambat je masa berjalan.

Tepat jam 5, terus beredar dari bilik sejuk-giler-melampau tu. 

Sampai umah abah terus pengsan. Menggigil aku terbaring atas sofa. Umi datang rasa badan aku. Sah aku demam! Aku ni ade satu penyakit tau. Aku x leh orang concern pasal aku, ckap aku x sihat, aku konfem nangis. Lepas tu, tgah duk nangis guling2 tu, boleh pulak bercakap, bolokS skali, patah perkataan tu macam kuar x kuar je sebutannya... "dok, dok demam pun..!!" pastu nangis makin kuat. Hahahaha....

Lantas umi menyuruh abah belikan ubat. Ubat??!! Okay, tp dengan syarat, sila sediakan air milo 2 gelen untuk aku. Penakut!

Siyes x larat nak bangun. Aliya pun aku x layan sangat. Sian dia, beria merangkak datang kat aku, aku lak buat derk je. Bukan ape,kang aku dukung nanti, klu jatuh, sape lagi sakit. Kang 2-2 sakit lagi parah. kan? kan?

Lepas dh makan ubat, aku rasa cam lega sket. Esok boleh kot nak ke Penang. Tetiba badan menjadi cergas apabila teringatkan Penang. Hahaha.....

to be continue...

Monday, December 20, 2010

bacK on tRAck

Hye uols.... lamaaaaaaaaaaaaaaaaa x jumpe, kannnnnnnnnnnnn??


Keadaan sangat tidak mengizinkan aku nk berpoya-poya ngan blog aku, walaupun blog aku sendiri. sangat banyak kekangan baru2 ini. Faktor kesihatan anak sampai berjangkit kat aku, attend seminar, pegi kursus. Ingatkan year end ni leh duk rehat2 kat ofis je, tp makin berlambak lak kursus itu ini. Mula la org soseh2, ni gomen nak perabih peruntukan la ni, hujung tahun je kursus jauh2, awal2 tahun kursus kat bilik mesyuarat je.


Meh baca citer aku ni. Kalau rasa boring, pegi dapur amik jajan atau macaroons, pastu sambung baca balik okay!


12 Dec 2010.


2230 hours. Aku dh janji ngan adiputra nak jumpe tempat biasa, tp anak aku nak ikut sama, merengek2 nangis x benti2, puas aku pujuk, x benti2 jugak. Haissshhh.....
Rupanya anak aku betul2 nangis by the time aku gumbira nak gi dating ngan adiputra. *mimpi ko mmg x penah tamat sha wei*. Potong arr... :p
Aliya mmg slalu jaga malam2, nenen je terus diam, sambung tido balik. Tp malam tu asyik merengek2 je. setiap 10 min kot. Aku buat derk je la, sbb aku dh biasa macam tu, walaupun aku rasa "aliya, boleh tolong diam tak?" sbb malam tu agak kerap dia terjaga. Sampai la aku betul2 terkejut bila aliya meraung macam orang sakit. Dalam lampu tido yang samar2 tu, aku leh nampak muka Aliya merah menyala, aku rasa badan Aliya. O-EM-JI. SANGAT PANAS!!! Aliya demam! Makin kuat dia nangis. Aku cek suhu badan Aliya. 39.1 degree!! BUNTU.


Ting! Aku teringat pesan umi, klu budak kecik demam, amik air basahkan kepala dia. Sampaikan sekali ngan aku lencun. Aku call umah abah, 800 kali, x berjawap lansung. Aku call abah, konfem off. Aku call umi, kali yang ke 801 baru umi jawab. Umi suh basuh kepala Aliya, tunggu sampai diaorang datang. Aliya nangis x benti, aku bukak sume baju aliya, letak towel basah atas kepala.
10 min lepas tu, abah ngan umi sampai, x silap aku time tu kul 1.30 pagi. Umi bagi ubat demam kat aliya, makin kuat meraung semek tu, siap muntah2 lagi.
Umi ulit aliya sampai la aliya diam, tp x tido pun. Suhu dah turun sket. Lapang sket dada ni.
Kesian tgok aliya, bibir merah menyala, bg nenen pun x mo. Diam je, x aktif langsung. Nangis aku tgok aliya macam tu. :((


Hari tu aku EL, bawak aliya pegi klinik. Pagi tu Aliya sedikit cergas, mentang2 dah sehat sket. Sibaik x lama menunggu. Kami jumpe Doktor Asmawati. Aku suka dokter ni, baik sangatttttt, masa aku nak deliver haritu, dia la yang jaga aku. *tolong promote :p*. Sepatutnya Aliya kena inject untuk 6bulan harini, tp sbb Aliya demam, dokter x bagi, dia suh datang next week. Lepas dh amik ubat, kami terus balik, xde singgah mydin mahupun giant seperti amalan sebelum2 ni, asal ke kuala terengganu je mesti nak singgah mydin atau giant, padahal baru 2 hari sebelum dah singgah.
OTW balik tu demam aliya menjadi balik. Makin panas badan dia, kebetulan hari tu cuaca lak sangat panas. Sampai umah aku bg aliya makan ubat. Macam biasa, letak towel basah kat kepala. Aliya tido pun sekejap2 je. Makin risau aku, sbb badan panas sangat. Ada satu ketika tu, aku nangis tgok Aliya baring diam je, mata kelip2, asyik berair je mata dia, sangat tidak bermaya. Kalau x, aliya ni pantang letak kat bawah, penat la nak kejar semek tu nanti. sedih aku tgok bila aliya x aktif macam tu.Tetiba rasa "aliya, merangkak la, pegi la mana2 aliya nak gi pun, mummy sanggup kepenatan jaga aliya, asalkan aliya sehat". Huwaaa...... nangis!!


Orang cakap Aliya demam sbb nak beralih bulan, ade orang cakap lagi sbb aliya nak tumbuh gigi, dah 4 batang gigi kuar, baru skang nak demam? Hmmm....teori..teori.....


Membawa la ke malam, suhu aliya masih tinggi. Aku dah sampai tersengguk2 duk sebelah aliya, bila towel kering je, aku basahkan balik, macam tu la sampai ke 4 pagi, aku x sengaja tertido, itupun lepas bg ubat kat aliya.


13 Dec 2010.


Aku EL lagi hari ni since aliya masih x sehat. Aku dh bgtahu bos awal2, sbb aku sepatutnya kena attend meeting kat SUK hari ni, so harap2 ade la yang sudi replace. Aku gerak ke klinik awal sket arini, dengan harapan leh balik awal sket, takut cuaca panas macam smalam. Harini jumpe doktor Fadzillah. Doktor ni pun baik, lembut je cakap. Dia bgtahu Aliya xde ape2. Fuhh! Lega. Cuma continue makan ubat, specially antibiotik, please complete the course. :-)


Malam tu Aliya dah ok sket. Dah boleh main2 ngan ibu2 sedaranya, senyum2, gelak2, guling2. Aku pun senang hati, dah boleh makan dengan tenang. *Hahaha.....makan jeeee*


Petang tu aku dapat call dari ofis, bgtahu esok aku kena attend kursus HRMIS kat SUK. Ok, SYMP.


to be continue...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...