Monday, May 09, 2011

Little Big Boss

Bila Aliya mula rampas kuasa. Semuanya nak ikut kata dia sahaja, pendapat orang lain katanya langsung tak guna.
Berpantun pulak kita petang2 ni ye. :p


Suka ngat duk atas kerusi mommy. Gomen staff klu tak pakai tudung, leh pakai cap eh??

Malu2 meow. ekekeke, sheksi tuuuu... kepala tu kasi cover sket la shayang oi!

Aliya dah start nk buat kerja.

Tengah review paperwork.

Mommy! Duduk. Aliya nk bincang ni.



Kemain seronok semek ni bila aku ajak dia thumb-print aka punch card nk masuk keje. Bila dah lepak kat bilik mommy, payah pulak nk ajak kuar. 

Ape2 aje la Aliya. Besar nanti jadi orang yang berguna tau. ;-)


Salam......

She's admitted


Mari kita bercerita tentang kesihatan Aliya.

Aliya tetiba kena virus selsema. Biasanya dia akan demam dulu baru dapat selsema, tp kali ni selsema x henti selama 2 hari. Jenuh jugak la nk mengejar semek tu, nak lap hingus yang kuar tiap kali dia bersin. Kadang, x yah bersin pun dia meleleh sendiri. 

Lepas 2 hari, Aliya batuk2. Aduhai...selsema tak hilang, batuk la pulak. Di tambah perisa lagi dengan kahak. Kalau la Aliya pandai buang kahak sendiri......

Lepas tu, Aliya demam. Tp takde la panas ngat, suam2 sahaja, lepas makan ubat dah ok. Tapi selsema dan batuk masih jugak tak hilang.

2 hari lepas tu, demam Aliya datang lagi. Tambah kronik time malam, panas terik seluruh badan Aliya. Memang tak tido la aku malam tu, bertemankan kain basah dan air satu besen. Aliya tak henti2 bangun-tetiba sepanjang malam tu,  dan tak henti2 jugaklah  aku lap badan Aliya, kejap je air tu dah kering, aku lap lagi, bila kering aku lap lagi. Last2, aku  balut terus Aliya ngan kain basah tu, bila agak2 kain dah nk kering, aku siram terus air kat badan Aliya. Baru la lena sket dia tido, leh aku tumpang sekaki.

Esoknya, aku tgok Aliya makin teruk. Nafas kemain laju. Dada naik tinggi setiap kali bernafas. Sume tu symptom jangkitan paru2 yang pernah kawan aku citer. Tapi aku tak nak buat assumption sendiri, so aku decide nak bawak Aliya ke INTAN untuk checkup. Maka aku EL la di hari kejadian.

Aku ngan umi ke INTAN pagi tu. Jumpe doctor Nor Fadzillah kat INTAN. Lama dia scan dada Aliya. Lepas tu doctor suh amik nebulizer, nak cair kan kahak yang berkumpul. 20 min lepas tu jumpe doctor balik. Cek dada Aliya lagi.

“I buat surat refer ke Hospital, bawa anak you ke sana cepat, suspect Bronchopneumonia/ jangkitan paru2”

Aku cam O-EM-JI!!! 

Lepas dapat surat, aku terus drive balik Bandar cyber. Tak intai pun ape isi surat tu. OTW nk balik tu, Aliya dan macam flat, mmg sangat lemah, even nk bukak mata pun x larat. Tp duk merengek je sepanjang nk sampai tu.

Sampai kat Hopsital kg aku, terus masuk kecemasan. Disambut oleh pegawai bertugas disitu. Ade bed kosong, umi letak Aliya atas bed tu. Tetiba Aliya boleh bangun duduk, lepas tu gelak2, ngorat pelatih2 lelaki kat situ. Aiyaaarrkk!!  Tetiba terpk, patut ke aku masuk kecemasan tadi??

Peg bertugas mintak bawak Aliya untuk x-ray dada. So, kami pegi la buat x-ray. Punya takut semek ni masa nak baringkan dia, tetiba mana datang tenaga yang sangat kuat menolak kaki aku yang mengepit kedua2 kakinya agar tidak bergerak. Sibaik la x-ray tu x sampai 5 saat, klu buat studio photoshoot mau meroyan aku kalau aliya tak bagi kerjasama. Ok, sori, xde kaitan.

Lepas tu, pegawai bertugas menilai result x-ray tadi.

“Ade jangkitan pada belah kanan, kes broncho. Admit ward la ye”.
Tu je yang dia cakap.

Aku cam mamai bila dengar perkataan ward. Tetiba air mata bergenang. Tapi tak jatuh, sebab malu nk nangis kat situ. 

Bermula la kisah ngeri kejam tragis kehidupan Aliya di ward.
Paling sedih bila nk amik darah. 3 kali cucuk baru boleh amik. Bila Aliya meraung kesakitan mata ni la yang tengok. Kalau la boleh ganti ngan darah aku, aku sanggup, amik la banyak mana korang nk amik. Sumpah tak sanggup nk tgok aliya time tu, by the time, darah dh boleh amik, tinggal nk balut je lagi, Aliya dah pejam time tu, letih bertarung melawan kesakitan tadi agaknya.

Lepas tu, kami di bawa ke wad kanak2 di mana Aliya ditempatkan.
Aku ade request, “Nurse, boleh request bilik tak kat sini?”.
“Mana-mana wad kanak2 di Malaysia xde 1st class, semuanya standard.”

Aku iyakan sahaja kata nurse tadi, harap2 katanya benar belaka. Bukan niat aku nk berlagak nk duk asing dari orang lain, cuma kalau ade, aku nk la request, tp kalau takde, its ok, small matter. Skalipun kena bayar lebih sket, demi Aliya Daddy tak berkira kan? Eh, tetiba daddy lak. :p

So, mari la kita teruskan entri ini dengan gambar sekitar hari kejadian.

Admitted date : 05 Mei 2011 (Thursday)
Duration : 3days and 2 nights
Venue : Wad Kanak-kanak Hospital Hulu Terengganu.


Beberapa jam selepas di TAHAN. :p. Berkesan giler ubat yang nurse bg kat Aliya.
Memang tak duk diam langsung.

 Aku risau tang kaki dia tuh. Asyik gerak je. Kalau dipegang, kita lak di marahnya.


Intai sekeliling, kot2 ade jiran leh ajak sembang.
 
 Rasanya aku timbang aritu dh 10kg. Takkan demam 2 hari turun 1kg kot. Patut la rasa ringan sket dukung Aliya aritu. :p

 Nak diri aje, mentang2 dah sehat sket. Sibaik la katil tu kecik.

 Haa tgok, sampai dh berlipat bagai tube tu. Seriau lak aku time tu, tp Aliya rilek je. Kalau lah aku yang kena, bukan kata nk angkat kaki, nk sentuh pun x berani. Tp darah tak kuar pun bila Aliya buat macam tu. Nurse banyak kali pesan jangan gerak, nanti tercabut. Korang agak Aliya faham ke nurse pesan kat dia?

 Sedaya upaya nk alih tag nama kat katil dia tu, nak intai abang ensem depan dia la tuh. :p

Hehehe, Aliya pakai Pet-pet. Aku suh umi belikan pampers yang zip-zap, so umi belikan pet-pet sbb pampers Aliya yang pants tu susah nk pakai, nk kena masukkan tube skali ngan botol drip tu dulu baru Aliya leh pakai pampers. Aliya klu duk diam xpe, penat mak tau!
Tapi pet-pet kena tukar selalu, sbb *ontot Aliya cepat merah. Malam baru aku pakaikan pants dia tu, x larat nk bangun tukar selalu. :p


 Kakak sebelah aku ni, selalu ngat bagi Aliya biskut. Aliya lak tak pernah menolak rezeki, mcm prinsip mak dia la. ;-). Habis sepah2 tilam. Haishh..

 Dalam ward tu ade small playground, bosan2 aku bawak Aliya pegi main. Seronok dia main.


 Laju aje babai bila mommy buat2 nk tinggal dia. Tinggal betul2 kat situ baru tau!


Assalamualaikum.. ade orang tak? ;-)



Haaa..... meh aku citer part ni. Sebelum ni, gambar kat atas, kaki dia yang berbalut kan. 
Aliya ni xleh tau ade mende2 pelik attached kat badan dia. Dia mesti usha lama, lepas tu mula la nk masuk mulut. Tube kat kaki dia tu dh banyak kali dia duk tarik2, nk masuk mulut. Aku la yang seram tgok bila dia duk tarik macam tu. Akhirnya, pada suatu hari, Aliya berjaya menyentak tube itu menggunakan sebelah lagi kakinya hingga la tercabut.

"Misi, misi, tube tercabut ni"

Sempat jugak nurse tu bebel kat Aliya. Nurse bgtahu kena inject lagi, sbb ade lagi satu ubat belum masuk. Aku pengsan tetiba.

Meraung lagi la jawabnya. Dan akhirnya tangan kanan Aliya berbalut setelah berhempas pulas nurse cari urat darah kat kaki kiri Aliya tapi tak jumpe.

Shian anak mommy. :(


 Elok je tonggeng2 eh. Lepas tu aktiviti meneran secara solo. 


 Anak korang kalau tak sehat macam ni jugak ke?



 Aliya kena amik neb setiap 4 jam. Aku kena tunggu waktu dia tido, baru lah abis ubat dia sedut, kalu buat time dia jaga, mmg xde maknanya. 

 

Sian anak mommy. Kecik2 dah masuk ward. 

Tuan tanah pun nk jugak. ;-). Ramai sungguh 'jururawat' bertandang kat muka aku ni.

 Muka hepi sbb doktor dh bagi discharge hari ni. Yeay!!!


Skang sambung makan ubat kat umah lak. Jenuh berperang ngan semek ni. Tapi kadang2 dia tahan je ubat tu masuk mulut. Good girl!

Thanks kepada ahli keluarga, mertua, kawan2, jiran2 yang datang melawat. Doakan Aliya sembuh sepenuhnya. InsyaAllah....


Salam.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...