Sunday, July 17, 2011

Waktu Senggang Ku - Pencinta Flora ;-)

Kami dah hampir setahun menghuni rumah di Taman Permint Permata itu, tp belum kelihatan pasu-pasu bunga yang menghiasi keliling rumah. Kosong - bosan - tidak menarik. 
Aku mmg takde hal klu takde pokok bagai, sbb aku tahu kemampuan aku untuk menjaga kehidupan hijau itu mmg tidak-boleh-diharap. ekekeke

Tanaman hiasan nan-sebatang yang di hadiahkan oleh umi kepada kami pun aku boleh buat2 tak nampak. Asben aku lah beria membelai dengan cinta sepenuh hati. Bila dia xde 2 minggu, akan kedengaran lah pesanan "Jangan lupa siram pokok bunga abang tu nanti" di hujung setiap perbualan kami di telefon. Dah tepon nye tengah2 malam, mmg konfem la aku tak ingat, xde harapan la nk tgok aku pegi siram time2 tu jugak. Elok ke siram pokok tengah2 malam? errr seram! Bila tak ingat mmg tak siram la kan. Walaupaun tiap2 hari aku lalu sebelah pasu bunga tu masa nk panaskan enjin kereta. Kadang2 dalam masa 2 minggu di tinggalkan tuannya, sekali je aku siram, tu pun beberapa jam sebelum asben sampai umah di hari kepulangannya. ekekeke... Nasib la...

Tp sekarang aku telah insaf, tidak lagi bersikap kejam terhadap tanaman hiasan itu. Hehehe...
Kunjungan kami di sebuah nursery yang menjual pelbagai tanaman hiasan telah membuka mata hati ini, betapa cantik nya tanaman2 hiasan tersebut, di samping rawatan mata melihat kehijauan tumbuhan yang hidup segar itu. Gitueewww... ;-)

Aku yang mmg zero knowledge bab-bab bungaan dan pokokan ni, agak terkejut mendengar harga2 tanaman hiasan itu. Aku ingatkan singgit dua je. Rupanya boleh cecah ribuan ringgit Malaysia. Dan aku ingatkan pokok tu amik kat Malaysia je, rupanya imported from all over the world. Hmmm.....bisnes bisnes... ;-)

Hampir 2 jam kami di situ, tambahan pulak hari hujan, berteduh kat bawah rumah penjaga nursery tu pun dah hampir setengah jam. Banyak yang aku kenan, tp tetapkan iman dalam hati, jangan jadi boros, kesian kat en asben, cash flow dah macam air terjun bulan ni, bukan air paip dah.;-)
So, kami ambil beberapa tanaman sahaja, cukup lah untuk menghiasi ruang yang kosong di halaman rumah kami itu.



Masa sampai cuaca masih elok. Tp dah ade symptom nk hujan. 

Macam-macam pokok ade. Yang cantik, tinggi melangit, bunga juntai2, even yang tak cantik pun ade. hehehe.. pada pandangan mata aku la. Lain orang lain citarasanya. kan kan kan?

Aneka pokok orkid. Orkid kecik2 dalam pasu tu sesuai untuk gantung, murah2 je. Siap dah keluar bunga lagi. Hajat di hati nk amik jugak, tp sbb xde tempat nk gantung2 ni, asben dh reject awal2. tsk tsk tsk.. 

Yang ni orkid boleh letak bawah. Tapi aku lebih kenan yang gantung. 

Masa di duk bawah garaj penjaga nursery tu sebab hujan. Dah la pakai heels, sbb balik keje terus datang sini. Dislike!

Aliya pun hadir sama memberi sokongan kepada hobi baru mommy dan daddy nye. ;-p
Hobi lama ade keeee??? erk!

Bonsai and this is one of them. First time tengok dah kenan. Masa tu dah terbayang2 pokok tu ade kat tiang garaj kete. Asben pun suka. Yeay! 
Bila tanya bab harga, mak aih!!! Terkejut omak. Seriously aku tak expect harga tu, too expensive. Kan aku dah bgtahu, zero knowledge bab2 ni sume. Kata penjaga tu bonsai tu imported from Myanmar. Harga bonsai seperti di atas rm950. Terkejut tak??? Aku harap korang terkejut macam aku, klu tak mmg korang sangat luas pengetahuan dalam bidang seperti yang aku nyatakan sebelum ini. Atau korang memang pandai buat2 tak terkejut. ekekeke....

Disebabkan keterujaan aku dan asben juga sangat beria, maka kejadian membeli belah bonsai tersebut berlaku. Selepas duk tawar menawar, dapat lah kami bonsai tersebut dengan harga 650 tanpa pasu, klu nk pasu harga lain yeee... Esok harinya, bonsai comel itu dan beberapa tanaman lain selamat sampai kerumah kami, sekali ngan pakej tolong tanam lagi tau. 

Bila dh settle, penjual mengeluarkan invois dan tertera harga bonsai hanyalah RM650 termasuk pasu.
Hehehe....baik hati sungguh penjual bonsai itu. Bila tanya charge hantar + servis tanam pokok2 tu, dengan rendah diri bgtahu "xpe lah". ;-)

Nak tengok mana asben aku letak bonsai tu???? Jom2 scroll ke bawah... :p


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Macam aku bagitahu la, kat tiang garaj kete. hehehe

Haaa...yang ni pilihan hati aku. Mula2 nak amik 6 jenis yang lain2, tp macam tak cantik bila nk susun nanti, kan kan? Sbb tu amik 3 set, boleh susun2 macam ni kan. :-p. Tapi aku tak tahu nama ape pokok2 tu. Tak kisah la kan, asalkan cantik di mata aku.ehehehe, kat mata korang cantik tak? ngeh ngeh ngeh 

Pasu2 kat atas tu sume rembat yang umi, cuma pasu bonsai je baru. Lepas ni kena beli pelapik pasu lak.
Dan misi mencari pokok2 bunga yang cantik-menarik-tertarik lagi lepas ni!!! 

Salam.....


Friday, July 15, 2011

Berkelah jom!

Perkelahan di Belukar Bukit (org kampung aku panggil tempat ni Lubuk Gala) pada tarikh yang aku tak ingat dah. Yang pasti time cuti sekolah. Nampak ngat entri ni basi, kan? kan? 
Tapi... inikan belog aku, korang lupa? :p

Lately jari jemari ku yang runcing ini seperti bermalas-malasan untuk menekan butang2 keyboard ini lama2. Kepala hotak ni pun macam susah giler nk bagi kerjasama menurunkan idea2 yang bes untuk berkongsi sesuatu dengan kalian. Kesudahannya, aku godek gambar2 tak-berapa-lama untuk dijadikan entri baru untuk tatapan pembaca setia aku. Tak pe lah aku syiok sendiri pun, yang penting ini belog aku, ulang chorus, ini belog aku. :p

Demi menjimatkan masa, biarkan sahaja gambar berkata2. ;-)


Perkelahan pertama budak kecik itu. 

Since dah selalu ngat train bermain2 dalam bath-tub di rumah, maka tidak susah untuk membiasakan Aliya memasuki ke dalam sungai-cetek-tapi-batu-tajam2-belaka itu. sebab tu aku pakai sliper dalam air.

Kalau sape2 takut tengok makhluk-bermata-merah seperti di atas, sila proceed ke gambar seterusnya. :p
*abang shayang jangan marah yeeee*
Aliya seronok dalam kesejukan air itu.

Berendam 5 minit, lepas tu naik cari makan, rendam 2 minit, lepas tu cari makan lagi. Asyik makannnnn jee....

Bersama cikgu tarian K-pop Aliya. Harini kelas off sbb cikgu cari idea nk buat choreographer dalam air lak lepas ni.

Batu itu disangka nye cekodok pisang. nyum nyum nyum...

Gitueeewww....... ;p

Cikgu matematik ajar cara tiup belon pakai sabun mandi.
Formula : sabun + air = belon. ;-)

Sebab tiup belon guna sabun tak jadi, so kena denda la!

grand-abah with her grand-daughter ;-)

They setting up the khemah-untuk-girls-tukar-baju-lepas-mandi. ;-)

Part of our bekalan. Budu, belacan tak yah tunjuk la eh, macam melampau ajee... berkelah pun bawak sekali makanan-kesayangan. 


Ecececes...kesepian ke bang? Jangan tenung lama ngat anak bini orang tuuu....

Mommy Aliya bila kadang2 datang la sakit-jiwa-kacau beliau, cenggini lah jadinya :p


 Aku lupa seketika title mommy ketika berada di dalam sungai cetek itu. Rasa seperti berada di darjah 5 Mutiara. ngeh ngeh ngeh

Dari kiri dugong and duyung. ngeh ngeh ngeh

Tak ingat kenapa kejadian di atas. Yang pasti Aliya baru bangun tido. Tak sempat salin baju pun, tido ngan baju basah atas riba tokmi, dah la x pakai pampers. Lepas bangun sambung berendam lagi. ;-)

Sesi perkelahan berakhir jam 6 petang. Kami pakat solat asar atas batu2 tajam berlapikkan tikar. Giler tak stabil time angkat takbir, goyang inul gitu. Moga ibadat kami di terima. InsyaAllah.....

Sekian sahaja cerita-ceritut dari ustazah Syahada pada hari ini. Selamat beramal... ;-)


Salam......

Thursday, July 14, 2011

Double Celebration

Malas la nak taip sebenarnya. Mood kelaut.

Sebabnya..............
hmmm....nak menyatakan sebab pun malas gok, sbb kena taip BAEK PUNYA demi menjaga hati mereka2 di luar sana. Mana lah tahu kan, ade insan yang aku tak xpect baca aku punya tulisan yang tak seberapa ini. Nantikan tak pasal2 terasa hati bagai. *nampak ngat ade niat nak mengata*

Kita teruskan kepada niat asal je lah ye. The Double Celebration.

Date : 19 Jun 2011 (Sunday). Declared as cuti umum sbb Terengganu menang Piala FA and SUKMA 2011.
Venue : Taman Tamadun Islam. *tp tempat2 menarik kat dalam tu semua tutup. Kata cuti kannnnn?*
Celebration : Aliya's 1st bufday and Daddy's Day
Description : Very humid afternoon. Mood Aliya ZERO. Mommy and Daddy sangat sabar melayan karenah si budak sepet itu.

Eh, tadi aku cakap malas taip kan. Dah! dah!... tgok gambar je lah ye...



Yeay!!! Aliya dah setahun, tak lama lagi dah boleh kawen.

 
Blueberry cheese cake yang sangattttttt ummppphh!!!! 

Takpelah Aliya xmo pandang kamera pun, Daddy! cheeseeeeee...;-)
Tengok ar muka semek tu. 

Mommy tumpang hepi sama. ;-)

Aku dan anak aku. :p


Shian Aliya, bufday gift tak jadi. :p

Rabbit kena sumpah pun orait gak sayang. ;-)

Inilah anak perempuan sulung ku. ;-)

Cute kan? kan? *puji anak sendiri skali skala xpe kan?*




Untuk abang shayang, selamat hari bapa. Jadi bapa yang bertanggungjawab kepada Aliya dan suami soleh kepada sha. hehehehe
Ucapan dah macam arahan. :p

Untuk Aliya buchuk, selamat hari ulang tahun kelahiran yang pertama. Jadi anak yang solehah, dengar cakap mommy and daddy, jangan nakal2 ye, kalau dapat adik nanti jangan jadi kakak yang bekeng, klu adik buat salah, tegur baik2 jangan marah2. Ingat pesan mommy ni tau!
Gituuuu ucapan harijadi kali ini yeee... ;-)


Salam.....

Wednesday, July 13, 2011

WordLESS Wednesday




Soooooooooooooooooooooo peaceful. ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...