Monday, October 17, 2011

wordLESS mOnday boleh? My little helper ;-)

Semek sepet ni mmg minat dengan barang2 yang aku klasifikasikan sebagai 'No-No-No'. Tapi skang ni dah pandai, dh ade taktik supaya dalam masa lapan-belas-saat aku boleh tetiba macam kena rasuk untuk tukar jadi barang2 tu dalam kategori 'Ok-Ok-Boleh'. Mak tewas!


Sedaya upaya mengheret debu2 ke kanan dan ke kiri tanpa tujuan, maka mulut mak pun turut sama x henti2 berbunyi2 dengan nada tinggi rendah sbb tahap sabar x tinggi bila semek tu macam xde niat nk nolong, niat nak sakitkan hati mak ni ade la. Dalam duk mulut bising pun, sempat agi amik gambar, sibaik phone ade dalam poket. 

Last but not the least, gambar kepenatan kami. Semek penat menyepahkan lantai, mak penat duk bleber. Semua rugi, x dpat ape2. Ekekeke....
Oh! Aliya, dagu kelihatan agar berlapis, sibaik nampak agak seksi. :p
Ibunda haruslah bergambar berukuran suku pasport sahaja. Bimbang jika mempamerkan keseluruhan susuk tubuh akan di kecam dengan soklan yang berintikan perkataan2 gemuk, montel, chubby, berisi, tembam bam-bam, dsb. Mak sedih!!!!!

Eh, kata wordless............ malas la nk ubah tajuk, biar je lah macam tu. Blog sape ni??? 



Pandai pun.............. ;-p



Salam........

Wednesday, October 12, 2011

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday

Gambar adalah jasa baik en Google. ;-)

Tuesday, September 27, 2011

Tak penat pun ;-)

Ehsan from Google.


Suami on-duty.
Aku dan Aliya akan berhijrah ke rumah tok Abah.
Ambil alih tugas buatkan susu Aliya masa orang lain syiok mimpi jumpe adiputra.
Ambil alih sediakan air panas, bersihkan sume botol susu setiap pagi.
Kena ingat jadual top-up susu aliya setiap 5 hari.
Ambil alih tugas mandikan Aliya pagi,petang,mlam (on weekend).
Ambil alih tugas mandikan Aliya malam (on weekdays).
Rushing pegi tutup semua lampu luar rumah kat taman permint setiap pagi.
Rushing pegi bukak semua lampu luar rumah kat taman permint setiap petang lepas balik keje.
Siram pokok bunga dan pokok lada (klu ingat :p).
Balik taman permint time lunch hour sbb basuh basuh.
Balik keje pukul 5 baru sidai baju.
Esok lunch hour balik umah taman permint lagi untuk lipat kain masuk gobok (klu rajin sapu2 sket dalam rumah).

Penat??? ;-)



ehem, saya bukan mengadu atau merungut ye en abang, kang nanti esok orang tu balik, ade je yang suh mak tido luar. Oh! Please, dun do dat to me....
Tak relaaaaaaaaa...:p

*mode :gedik, sbb esok my-other-half off-duty. Balik jumpe kami, yeay!!!!*

Selamat pulang ke darat untuk en abang, dengan ucapan, dengan seikhlas hati ku serahkan kembali tugas2 di atas kepada mu yang tersayang. 
Takpe, x buruk siku pun. ;-) 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...