Tuesday, November 08, 2011

Malang tidak berbau :-(

Kalau berbau, agak2 bau dia cane eh? ekekeke

Kisah sedih yang berlaku kepada aku semasa hari kejadian en asben hadiahkan aku 'cinta hati' tu.
Kelam kabut ngan semek sepet tu duk lari2 tidak setempat, asyik nak main naik turun escalator, sampaikan aku tak pasti masa bila jam tangan yg juga pemberian suami masa bufday aku yang ke-26 terjatuh/tercicir/dicuri/dirompak (over)/ diragut dan lain-lain yang sama maksud. Aku sayang, suka, minat sangat ngan jam tu. Tak pernah lekang dari tangan kiri aku ni, kadang2 tangan kanan jugak. Aku JARANG sangat bukak jam tu, boleh kata 24/7 duk melekat kat tangan ni, aku mmg suka tengok jam, kadang2 selang 5 saat sekali (melampau), tp itulah kenyataan, bila dh xde rasa mcam janggal sangat2.

Rasa bersalah kat asben x yah citer la, masa hilang tu aku x bgtahu terus, aku cari2 jugak dalam bilik tempat kami menginap tu, time dia xde kat bilik, abis sume tilam2 aku punggah letak bawah semata2 nk cari jam aku tu, Aliya pelik tengok mommy dah macam 'weng' time tu. Sayang jam tuuuuu!!!!
Siyes, ralat sangatttt. Ni kes sebab excited melampau sbb dapat 'cinta hati' kot. 

Bila dah give-up, mmg sah hilang time shopping kat east cost mall, aku sangat yakin! Maka beranikan diri bagitahu asben.
Well, asben aku mmg 'kewl' babe! 
"Padan la hilang pun, 3 tahun dah jam tu, ke nk jam lain pulok?"
See? See?
Sumpah aku xde niat macam tu pun walaupun aku tahu aku mmg dilahirkan materialistik. kuang kuang kuang.
Tapi xde lah saje2 hilangkan jam semata nk beli jam baru. Sumpah tidak!!! 

Mungkin betul la orang kata, teori yang selalu aku dengar, kalau kita terlampau takut, dalam kes aku ni, takut nk bgtahu asben jam aku hilang, pada hakikat sebenarnya di belah pihak asben aku xde ape2 pun, aku je yang syiok sendiri,terlebih takut, padahal asben rilek jeee... 
So, lepas ni kalau ade mende nk bgtahu asben ke, boss ke, mak mertua ke, korang kena get ready ngan perasaan takut yang melampau2, ala2 yang syiok sendiri tu, konfem manusia yang korang nk face tu sangat 'kewl'.... macam asben aku. ngeh ngeh ngeh

Maka, smalam, asbenku yang sangat pemurah itu bercadang nk bawak aku ke kedai jam kegemaran nye. Katanya, dari zaman dia sekolah lagi, kalau nk beli jam mmg kesitu lah, dan sebelum ni pun mmg aku selalu ikut dia ke kedai tu tiap kali dia nk beli,repair jam ke, tukar bateri ke, ptong tali jam ke, di situ lah tempatnya.
Agak old-skul, tp kira established la kan klu dh sampai skrang masih mampu bertahan. 


Di sini lah penempatannya, Jalan Banggol, area Kampung Cina. Bangunan dia mmg bangunan lama, walaupun dah nama Bandaraya Pesisir Air, bangunan2 kat Kampung Cina ni masih dikekalkan untuk tujuan menarik pelancong luar di samping mengekalkan ciri2 atau struktur bangunan lama dimasa awal penubuhannya.Konon2 kukuh la kan, sampai sekarang tak roboh. :p



Ini adalah pilihan asben, ku relakan pemilihan di buat olehnya, (konon baik hati dan masih rasa bersalah hehehe). Dan sangat menepati citarasa aku, SIMPLE. Tokei kedai tu suh aku amik yang ade berlian bagai, asben aku gelak,
"hak tu mak datin je pakai tokei".
So, klu bukan mak datin sila duduk diam. 
Mula2 asben pilih brand SEIKO, tp tak banyak choice, sbb tu beralih kepada BONIA. Mula2 asben cam refuse, sbb dia kata BONIA ni handbag maker, tp tokey kedai tu insist bgtahu, 
"mana ade, bonia buat jam dulu baru buat beg". 
Biasa la kan, kalau dah tokey jam bgatahu mcam tu, makan terkesan jugak lah di hati. Cuba tokey nasi minyak yang cakap macam tu, ade korang nk percaya??

Lepas dh nego2 harga sume, ptong tali jam sampai dh tinggal pendek sekentot (tak pasti vocab ape ni), maka asben pun sarung la kat tangan kiri bini dia ni, dah macam upaca pembatalan air sembahyang la pulak. ekekeke
Maka, sejurus selepas itu, mata ni x lepas2 tengok jam kat tangan ni. hahahahahaha (gedikkk)
Orang dh belikan, haruslah eksaited (read excited). Tapi sila berpada2 kerana malang tidak berbau!. ;-)


Abang, i love you! Muahhhh!!! ;-)

Salam...



Thanks for dropping in!;-)



 autopublished.

Monday, November 07, 2011

Dapur Aku - Pavlova in the house ;-)

Mood ber'baking' kembali bertandang. Nafsu cemburu melihat rakan2 memuatnaik pelbagai macam gambar kek di laman sosial membuatkan aku terpanggil untuk turut menghasilkan kek dari air tangan ku berbanding memilih sekeping kek di resepi rahsia. Gituuuuewww...

Maka proses bermula. ;-)

Oh ya! Resepi sangat banyak aku tengok di internet, pun di blog Suliana aku jeling2 jugak link yang dia kasi tu. Mostly resepi yang aku tengok lebey kurang sahaja senarai ramuan nye. Mana resepi yang lagi pendek hak tu la yang aku tengok, ekekeke...


4 biji telur putih gred A yang di asingkan dengan penuh hati2, terasa diri dh macam sorang peserta Masterchef Malaysia, padahal nk makan sendiri je punnn.... hehehe...
Putar pakai mesin untuk yang rajin macam aku, kalau malas jangan putar, bakar je terus. ngeh ngeh ngeh



Bukti meringue aku menjadiiii... Yeay!!!!! Lepas dh masuk gula dia akan kelihatan lebih berkilat dan sangat menarik. Aku suka. ;-)


Nampak tak? Nampak tak? Bukti lagi nih. Kalau meringue tu x tumpah/jatuh/menitik konfem memang menjadi lah tu. ehehehe


Lepas dh rasa2 yakin meringue aku menjadi, maka boleh la di letakkan di atas kertas turas, tp sbb aku xde kertas tu, maka aku guna kertas minyak, itupun nasib baik ade. Aku pun bentuk2 la sendiri meringue tu sampai la jadi macam gambar di atas sebelum selamat masuk dalam ketuhar pembakar.



Maka siap lah pavlova ciptaan aku. ekekekeke
Bandar cyber ni x jual strawberry, maka aku replace ngan anggur hitam tanpa biji. Laki aku lagi kejam tauuu... aku suh dia carikan strawberry, dia buat2 muka terkujat (read terkejut), aku saje je nk test, sekali sampai kat pasar, dia call aku kat umah "sha, strawberry xdok, abang beli nangka bole?".
Aku sakit hati, tapi aku layan kan aje, "ok, beli 8 guni yeee".
Sampai je umah dia hulur plastik anggur kat aku. ekekekeke


Aku bagi sket kat umah parents aku, sekali diaorang call, x cukup. ehehehehe



Salam....


Thanks for dropping in!;-)



Aktiviti hari raya korban

From my pov, raya haji atau raya korban di Terengganu ni xmeriah sangat pun. Dengar2 cite kalau kat Kelantan, sambutan mmg besar2an la. Sepatutnya macam tu la, raya korban la patut di rai penuh kemeriahan berbanding dengan raya aidilfitri. Menghayati kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah, subhannallah, besar sungguh pengorbanan tu, menjadikannya teladan untuk memperbaiki diri.

Kita ni, kadang2 bos suh masuk ofis awal, cuti raya dibekukan, dah tarik muka, tak sanggup nk masuk ofis time2 org duk seronok beraya, jeles la kan, x aci, hehehehe...aku lah tu.

Hari ni pun melepak saje di rumah belah pagi, sbb jap2 lagi nk kuar menghadiri banyak jemputan makan2 harini. Maka, tangki perut untuk pagi ni kami isi ngan sebungkus nasi lemak shaja, tu pun share ngan Aliya, daddy je yang makan banyak.

Lepas tu bagai ular kekenyangan depan tv dua beranak.

Selamat hari raya korang!

Friday, November 04, 2011

Salam Jumaat

Salam Jumaat semua.

Aliya sedang enak di ulit mimpi, so aku amik kesempatan ni utk bermesra dengan cinta hati. Kekok jgak berblog guna ipad ni, function agak limited. Huhuhu

Cadangnya aku nk baking harini, gigih semalam cari resepi kek, berkobar2 nk beli brang buat kek lepas balik kerja smalam, tapi.... Xpe lah, xde rezeki la tuh aku nk buat kek utk aidiladha tahun ni, redha. ;-)

Maka harini aku lepak2 sahaja di rumah. Esok nk pegi tengok kawan aku dapat baby baru pun rasanya x kesampaian. Maybe next time.
Mencari ketenangan dirumah sahaja untuk 4 hari ni. Malas nk kemana-mana. Duk umah parents aku, main masak2 untuk raya haji ni bes jugak, since adik aku pun ade balik. Lagi meriah.
But sorry, xde red velvet untuk kamu yeee...

Ok lah, ingin ke kedai mencari bahan2 utk masak, kesian Aliya, minum susu je sebelum tido. Nanti mommy masak sup ayam ye.

See ya'.






Thanks for dropping in!;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...