Wednesday, November 23, 2011

Monthly Check-up - Mengelat ke gitu??

Selalunya aku akan pergi klinik untuk check-up pada sebelah pagi, lepas dh punch card terus ke klinik amik no giliran. Tapi harini aku lupaaaa okay! Lupa aku kena gi klinik arini, dah tahu pelupa, tp reminder tak buat. Pulak tu arini ade meeting untuk demo sistem. Makanya appointment di tunda ke sebelah petang.

Dah la lupa date check-up, ubat pun lupa nk telan pagi tadi. Ish! belum masuk 3 siri ni. Hahaha, macam la orang 3 siri pelupa. ekekeke.... Sori yee rakan2 jelita ku yang 3 siri dan asben ku 31/2 siri. No offended. Soriii naik lori. :-p

Makanya, aku decide sebelum ke klinik aku nk telan dulu ubat especially iron tablet tu. Ubat tu mmg membantu utk meningkatkan kadar Hb aka haemoglobin dengan harapan xde la 'tulisan merah' harini. Nak ngadap YDP pun xdela aku cuak sampai macam ni skali. Adoiii la...

So, seperti biasa harus membeli jus buah dahulu untuk di telan bersama ubat itu. Kenapa? Aku mmg xleh makan ubat ngan air mati/masak/kosong. Konfem muntah kaler hijau. Memandangkan nk makan ubat mengandung ni dia ade 2 pilihan samada jus buah atau air mati/masak/kosong, harussss lah aku pilih yang berperisa kaaaannn. Laju la aku telan, suh telan 18 biji pun aku tak heran. Siot je sembang kan. Hahaha

Bila aku sampai, aku orang yang kedua untuk di'periksa'. Bagus jugak datang belah petang ni, xde la aku melangut tunggu lama2 kat situ klu datang belah pagi. Memang menempah kebosanan la kalau datang belah pagi, berjela2 menunggu untuk nama di panggil.

BP aku okay, 100/60, berat badan pun okay, naik 1.5 kg sahaja. Pregnancy kali ni sangat jauh berbeza masa peknen kan Aliya dulu. Kalau dulu, 5 bulan peknen aku naik 4 kilo dalam masa 2 minggu, padahal aku xde masalah nk makan, selera makan aku mencanak2 naik, tp berat naik ciput jee.. Misi xde la komplen pun, just nice la katanya untuk tempoh kandungan aku tu. Tapi aku lak yang naik risau. eh, sape misi sebenarnya ni? :-p

Urine aku pun xde masalah. So next is Hb. Ish! risau betul la ngan result Hb ni. Misi ketip jari aku ngan alat nama ape ntah sampai berdarah, bila darah kuar, dia lap dulu, katanya darah hak mula2 ni xleh amik, cair. Dia picit lagi, baru dia masukkan dalam bekas itam, pastu masuk dalam 'mesin' Hb tu. Lama jugak aku ngan misi tenung mesin tu, menunggu result keluar, macam tunggu penalti mesia lawan indon malam tadi. Over la Syahada. Tittt.. result kuar. 10.5.
Meraung2 aku kat situ gak, guling2 kat kaki misi, abis terselak kain sume sampai atas, aku pegang kaki misi, merayu2 supaya roba (read padam) balik tulisan merah dalam buku aku tu. Cut!!!
Over the acting. 

Misi kata Hb aku turun, aku diam je, senyum tidak, marah pun tidak. Pasrah. Sambil aku duk tekan2 jari aku hak berdarah tu ngan kapas putih. Misi macam kesian kot tengok muka aku hak macam xde perasaan tu. Dia pun laju2 cakap "meh kita buat skali lagi, cuba picit lagi jari awak, ade darah x?"
Aku pun laju la tekan jari aku suh darah keluar. Sibaik la ade lagi darah hak kluar, misi pun amik lagi sekali darah aku tu untuk ujian Hb kali kedua. Tunggu punya tunggu sambil dah bersedia untuk pasrah kali ke-2. Tiiit... haaaa tu dia. Result dah kluar. Yeay!!! Senyum terus aku tengok result 11.2 (haruslah tulisan warna turquoise dan diboldkan :-p) terpapar kat mesin tu. Nak aje aku cium2 misi chubby depan aku ni. Lantas pen hitam di ambil dan 'markah' 11.2 di tindih di atas tulisan merah tadi. 

Terus amik buku ke bilik konsultasi pulak. Mula2 cek perut dan dengar heartbeat baby. Normal, 147. ;-)
Alhamdulillah.... semua tulisan dalam buku ni masih tidak tercemar dengan pen merah. Sticker pun masih suci murni. Gituuewww.... Harap2 kekal la sampai aku selamat bersalin nanti. InsyaAllah....
Setakat ni arahan suh minum air gula masih belum di keluarkan, misi pun cakap maybe tak perlu sbb pertambahan berat tidak memudaratkan lagi. ;-)
Hehehe... Alhamdulillah....

So, harap2 entry ni bagi tips kepada rakan2 jelita ku yang sedang hamil especially bab Hb tu. Kalau rasa x puas hati ngan Hb, mintak la suh misi buat lagi sekali, xpe la hilang 2-3 titik darah tu daripada kena bleber berbakul2 sbb tak makan kerang. hahaha....
Part telan ubat sebelum check-up tu aku x pasti keberkesanannya. ehehehe 
Tak ngelat kan kan kan?


ihsan : google image


Berdebar2 jugak nk tahu jantina orang kat dalam ni. Masa Aliya dulu, 5 bulan pegi scan, doktor konfem 90% mengatakan aku peknen anak pompuan. 
Tak kisah la lelaki atau perempuan asalkan sihat sempurna semuanya. InsyaAllah.....;-)



Salam....
 
Thanks for dropping in!;-)

auto-published. Tuan tanah sedang berkursus.

Tuesday, November 22, 2011

Servis Bertukar Tangan

Bila mommy dah tak larat nk melarang, maka inilah jadinya. Derhaka ngan asben yang suh jaga elok2 cinta hati ni, jangan sampai Aliya rosakkan.
Aliya ni bak kata makcu dia 'makhluk hidup', maka xde button switch on-off yang mana aku boleh guna time aku nk online, boleh tekan button sleep mode kat Aliya, kan senang. Tapi mmg tak boleh!

Bg mengelakkan laungan dan lolongan yang boleh buat gegendang telinga ni terjuntai kat luat, maka keizinan yang x bape ikhlas harus diberikan kepada semek tu untuk bermesra tapi bukan teman (ayat keling).



Main angry bird, terrer jugak, dh masuk level 2. Hehe


Dia suka dengar music hak mula2 keluar bila aku tekan play. Goyang2 badan sambil menyengih x sudah2. Gigit kang!


"mommy nk pinjam ke pandang2 Aliya lama2 mcm tu?"
Pinjam???? Hellowwwww......
*abaikan background yang 'sedap' dipandang tu.;-)



Boleh je cinta hati mommy tu, mcam2 gaya duduk boleh tengok. Hak ni nampak mcam 'seksa' sket la, sbb tu kena crop tang bawah tu. Hehehe


Pesanan penaja untuk Daddy:
Kena belikan satu lagi ipad, tak cukup ni. Sekurang2 setengah dozen je lagi. Gituewww...


Thanks for dropping in! ;-)


- Posted using BlogPress from my iPad




Sunday, November 20, 2011

Dapur Aku - rajin nyeeee.....

Baru2 ni banyak salin resepi dan mintak resepi. Tp ade some receipes yang kena kiv dulu, x tahu la bila nk buat, dalam hati ni teringin membuak2 nk buat, tp tak berkesempatan lagi.

Datang angin rajin duk kat dapur, kalau datang angin sepoi2 malas, harammmm nak pijak dapur. Ala, rajin simple2 je, bukan buat nasi kawah pun, sekadar untuk makan 2,3 orang, jadi lah kan daripada xde. Sekurang2nya bakat terpendam aku ni berasah lah jugak. Sedapkan hati sendiri.

Laki aku kadang2 selalu gak la tanya soklan heran.
Tiap kali dia pegi keje, ade aje cite aku masak ini, masak itu.
Tapi bila dia ade kat umah, aku asyik tanya nk makan kat mana? Ehehehe...
Eh, ye ke? Tak perasan lak, mungkin sbb dah terbiasa kot. Ekekeke

Jom2 hadap 3 menu yang aku try baru ni. Resepi ni dapat dari kawan aku, As. Dia mmg queen of the kitchen, mmg suka masak, suka makan pun yeee. Ampunnn... Ehehehe
Ade lagi resepi lain aku amik dari dia, tp kita cuba hak senang semesek dulu, kata nya la. Korang pun dah selalu buat, aku rasa pernah buat gak, tp x pernah guna sos ikan, sbb x tahu. Hahahahaha
Rupanya sedappppppppp sangat bila guna sos ikan ni.







Kerabu udang dan kerabu daging. Resepi yang sama, cuma udang dan daging je yg aku tukar.

Meh2 aku bg resepi hak senang semesek tu ye. ;-)

Aku guna dalam suku kilo udang je.
Serai 3 batang, potong halus2.
Tomato satu biji, aku tak amik pun biji dia. Hehehe. Ptong kecik2.
Lada kecik (cili api) aku guna 3 je, sbb mmg hak pedas skali ni. Kalau korang rasa nk meletup mulut boleh lah tambah lagi. Pun potong nipis2.
Sos ikan secukup rasa, 3-4 sudu besar (anggaran).
Gula secukup rasa.
Perahan lemon/limau nipis. Aku guna lemon sbb limau nipis xde. Klu guna limau nipis lagi ummpphh rasanya. Hehehe

Udang/daging tu rebus dulu dan toskan.
Bahan2 lain masuk dalam satu bekas dan gaul sebati.
Lepas tu masukkan udang/daging dan gaul sebati lagi.
Lepas tu ngap la. Xyah makan ngan nasi, ratah je macam tuuu...

Tip: untuk rasa tu sampai ke usus kecik, ehehehe.... Kena makan udang,serai, tomato dan lebihan air perahan yang di gaul2 tu sekali. Makan udang/daging sahaja tak kaw ar, lagipun membazir la klu serai tu tak makan. Kan kan kan?
Tip elak membazir sebenarnya. ;-p





Hak ni tuan/puan dah biasa tengok kan. Ehehe.
Harini aku tetiba rajin nk buat, sbb bahan dia banyak lagi, bahan whipping cream tu pun berlambak lagi. Maka merajinkan diri buat pavlova.
Lagipun strawberry dalam peti ais simpan lama2 nanti x elok lak.
1st time buat dulu xde strawberry, so aku replace ngan anggur hitam.
Bila tukar ngan strawberry ni makin menarik lak pavlova ni, klu ade kiwi lagi bes kan. Sebiji pavlova tu aku bawak umah abah, sekelip mata, sekali harung je diaorang hadap. *kes angkat bakul sendirilah ni*.
Hahahaha..... Nasib lah yeeee.... ;-)

Hak ni tak yah bagi resepi lah yek, boleh gugel sendiri.
Malas nk taip, leceh gak guna ipad ni, asyik nk kena roba (read padam) sbb asyik typo jeee...

Ok lah, ngantuk dah ni, esok kena attend course kul 8 pagi.

So, selamat mencuba lah yeeee....


Salam...


Thanks for dropping in!;-)


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, November 19, 2011

Si Tudung Tweet

Telefilem cute arahan Ghaz Abu Bakar yang diterbitkan oleh syarikat Liyana Jasmay sendiri iaitu Mermaid Studios. Nama company pun cute. Ekeke

Barisan pelakon: Liyana Jasmay of course ade la kan, Juliana Evans. Hak tu je aku kenal kot, hak lain boleh gugel sendiri yeee.

Citer ni tayang kat TV9 pada 16/11/2011 baru ni, jam 8.30 malam. Aku dh rekod awal2 kat pvr aku, sbb aku tido umah abah, kang ade yang berebut channel kat umah abah xmo tengok tv9, maka aku dh bersedia dari awal, cerdik kan? Kahkahkahkah... Poyo!

Beria kan aku sampai rekod bagai.

Haaaa....aku mmg minat ngan minah cute nama Liyana Jasmay ni. Cuma tahap keminatan aku dh tak bape nk menonjol sangat sekarang, dulu kemain klu nampak minah cute ni kat tv, melompat2 bintang lah aku.

Pernah sekali aku ngan asben pegi kuantan, jalan2 kat Megamall, masa tu lum ade ECM, Liyana ade time tu, masa tu x ingat lak aku ade program ape, aku duk kat area2 blakang pentas. Asben aku duk cuit2 suh pegi je kat Liyana yang kat blakang pentas tu, tp aku malu. Ekekeke
Gamaknya, Liyana nampak laki aku duk cuit2 aku kan, makanya minah cute tu pun lambai kat aku suh pegi kat dia, ehehehe.... Owh! Green light.
So, aku lajuuuu pegi, suh laki aku amik gambar aku ngan dia.
Puas dah aku godek hard disk aku cari salinan gambar aku ngan Liyana, tapi takde. Dulu ade dalam account friendster, tp aku dh xleh masuk acc friendster aku, sayang sungguh, padahal kat friendster la aku bertemu jodoh ngan asben ku yang tercinta. Eh! eh! Off topic tetiba... ;-)

Jarang kan aku review klu aku tengok citer, sbb aku x pandai nk elaborate citer tu jadi pendek, kang aku review tak tido malam korang baca entry aku nanti.

Ok2, ckp panjang x guna, meh baca senarai pendek yang aku berjaya list tentang beberapa perkara yang aku rasa menarik and vice versa tentang citer tu. Mcam poyoooooo jeee. ;-p

1. Liyana aka zubaidah kena duk kolej, masa masuk bilik jumpe roommate, awal2 sembang dah kutuk2, agak keterlaluan jugak la bg aku, klu aku konfem dh nangis bila org kutuk aku macam tu, huhu.. Part tu agak tak x logik la.
Ayat ayah dia lepas antar zubaidah masuk kolej "sembahyang jangan tinggal, tudung jangan tanggal". Ayah yang sweeeeeet. ;-)
2. Poyo, 1st time masuk kelas terus jatuh cinta tiga segi. Zubaidah masuk kelas, ade sorang mamat pakai kopiah terus jatuh cinta kat zubaidah, senior nama aiman masuk kelas diaorang, zubaidah terus jatuh cinta kat aiman, classmate zubaidah iaitu juliana evans aka marissa masuk kelas terus aiman nganga2 mulut terpesona ngan marissa. Aku klu 1st time masuk kelas, sure tundukkk je, sedar2 dh langgar meja. Ehehehe
3. Hantu kak zubaidah balik rumah. Hahaha... Ayat tu salah sorang yang tweet-je aka tweet sbb sindir zubaidah yang angau kat aiman, pastu zubaidah gi post kat tweet-je dia, masa tu jakun x tahu yang dia x private kan acc tweet-je dia. Abis sume org baca.
4. Poster 'yang tertutup itu indah' mmg mabelessss. Cun babe! Pic zubaidah yang jd poster of the month kat notice board, sbb ade sorang senior buat projek fotografi utk minah yang bertudung ala2 kemelayuan sket. Terus ramai yg suka kat zubaidah.
5. Dlm masa 45 min aku tgok cite ni, Zubaidah dh ade 500 follower tweet- je dia tuh, aku dh 18 hari sign up, baru jeeee sebelah tgn ni ha. Hmmm...
6. Pastu minit ke 46 dh ade syarikat yg amik zubaidah jd model. Jasa si Kem aka kamariah, pasal poster yang cun tu lah. Tak pasal2 zubaidah terus jadi glamer, pakai tudung pun dh stylo, tapi cuteeeee....commel lah! Suka-suka-suka!
7. Hahaha, password twitter adalah ilovejustinbieber. Kuang3... Masa ni zubaidah cam jahat sket la, dia ugut sorang minah ni, kawan baik marissa, suh bagi username ngan password acc tweet-je dia kat zubaidah. Cara minah yang kena ugut tu bgtahu password dia tu yang aku tergelak, hahaha..


Tu je kot part yang aku rasa bes. Hak lain pun bes. Klu korang rasa menarik ngan review aku ni, boleh la korang tengok ye, boleh je donlod, aku ade jumpe link aritu, tp lupa nk salin, ala, korang gugel je, ape susah. Semua di hujung jari kaaann... Hehehe


Ok lah, selamat mendonlod dan selamat menonton. ;-)

Thanks for dropping in!;-)


- Posted using BlogPress from my iPad

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...