Assalamualaikum…
Minggu pertama
hampir berakhir di tahun baru 2013. Since ade word ‘pertama’ dan ‘baru’,
kiranya aku masih tak terlewat nak ucapkan selamat tahun baru masihi kepada
kalian semua.
Biasalahkan,
tahun baru ke, rumah baru ke, kete baru ke, baju baru ke, mesti masing2 dah set
dalam kepala nak mulakan sesuatu yang baru tu dengan yang best belake, semangat
membara2, barang baru derrr, mesti lah sayang.
Macam aku, yang
dah lama giler tak de new entri, bila masuk tahun baru, dan ada entri baru, rasa
pelik tak nampak sangat kat situ, ramai2 duk pakat update pasal tahun baru,
azam baru, maka aku pun selit lah sama.
Kalau ikutkan
hati, teringin sangat nk update blog, tp bila taip je delete, taip je delete.
Sbb rasa macam, kesinambungan antara entri lepas tu xde. Hehe. Macam tetiba, ‘eh eh pekes
syahada update blog, ingatkan blog dah kena jual’ gituewww… padahal
sapelah nk kesah kan. Ekekeke
Tahun baru aku
bermula dengan kisah yang agak kurang enak. Tapi ianya bukan sesuatu yang perlu
dikesali. Telah tertulis jalan cerita itu yang bakal berlaku, maka aku redha.
Waahh...kemain
kau syahada, suspended betul. Ehehehe
Akhir Disember
2012, kesihatan anak2 aku tak berapa menggembirakan. Di mulai dengan si adik
yang demam. Syukur en suami off-duty time tu, maka urusan penjagaan si kecil
agak terkawal. Plus, Aqeela pun senang bekerjasama time makan ubat, kecik lagi
kot. Hehe
Lepas 3 hari,
Aqeela dah kembali ceria, and i noticed she can sit by herself without support.
Maka tokmi pun susun ayat baek punya ‘patut la demam, nk boleh duduk rupanya’.
Hehehe. Ye lah tu.
Selang 2 hari,
Aqeela pass baton kepada si kakak nye pulak. Hak sulung ni memang bermasalah
sket ngan ubat-ubatan, musuh ketat kekdahnya. Tonsil dia datang balik. And the
best part is, en suami dah selamat ke laut time ni. Satu perkara yang korang
tak tahu pasal suami aku ialah, setiap kali Aliya tak sehat, setiap kali tu lah
en suami kat tengah laut. Perancangan Dia blake, nk uji ketahanan mental
fizikal maknye dengan kerenah anak yang macam2 tu. Lucky me, dekat dengan ahli
keluarga, so senang nak mintak tolong.
3 hari demam,
tonsil membesar bagai juara, maka aku kena amik cuti kecemasan di hujung tahun
yang mana aku sepatutnya bz di pejabat nak setelkan penutupan sistem yang mana
user nak guna bila bukak tahun baru. Kesian bos aku, kena hadap mende tu
sorang-sorang.
Aku masuk ofis
pada 31/12/2012. Masa tu Aliya dah beransur pulih, tp tak sepenuhnya. Dalam
pukul 10 pagi, aku dah menggigil dalam bilik. Balut tubuh ngan pashmina, tutup
ekon, tapi masih gigil jugak. Ah sudah. Aliya pass baton kat aku pulak dahh.
Tengok skrin monitor pun dah double-vision. Makin lama di tenung skrin tu, telinga
dah berdengung2. Dari aku pengsan kat situ, baik aku mintak excuse balik rumah.
Nak drive tak
berani, maka mintak tolong abah antar aku balik. Sampai rumah, tokmi aliya
sambut aku dengan soalan berbentuk jawapan “hah demam doh ke?”. Aku tak jawap pun, terus
landing kat mana2 ruang kosong dalam rumah tu, sambil ‘mengerekok’ pelan2 sebab
kesejukan. Tokmi amik comforter terus tutup 98% tubuh aku, kepala je di biar
ternganga, sambil duk bebel ‘ah, sudah, abis sume demam. Abah ar ni, sume orang
jangkit’ haha. Demam tok abah 2 minggu lepas yang dipersalahkan.
Setengah jam aku
duk gigil2, suami call. Mendengar suara aku yang menggigil2 macam orang tak
cukup nafas, terkeluar la ayat “abang booking chopper balik arini lah”. Tetiba
rasa, ehhhhhh demam dah baikkk lah. Kemain kan Syahada bila laki offer nak
balik. Tp tu semua lakonan dalam hati je, lakonan sebenar “eh, xpe lah, karang sha sihat la ni”.
Ah sudah lah syahada.
Kul 7 malam en
suami selamat sampai, datang kat aku usap kepala aku. (Tetiba rasa macam abam
am dan ain hawani) hahahaha. Aku ni jenis sensitip mengada sket time2 sakit.
Air mata murah je, 2 baldi singgit. Hehe. Tambah2 kalau laki yang cakna, lagi
la mengada tahap nak kena lempang.
Lepas maghrib,
kami ke klinik. Tonsil bernanah kekdahnya. Patut la aku nk telan air liur
sendiri pun kemain azab. Suhu badan 38.8 degree C. Sibaik doktor tak masuk ubat
bontot je. Hahaha. 5-6 jenis ubat aku dapat. Aku ni baik sket je dari Aliya,
doktor bagi 6 aku makan la 2 jenis, ok la kan, Aliya tu sume tak makan. Hehehe.
Doktor bagi MC, so dapat lah aku rehat kat rumah di bawah jagaan en suami.
Maka, pada
01-01-2013 (Selasa), aku merasmikan tahun baru dengan aktiviti terbaring lemah
di atas katil sambil di temani suami dan anak-anak. Suami dah siap2 tulis kat
botol ubat yang ni – yang tu pukul brape aku kena makan. Time makan, time ubat,
time solat suami akan kejutkan aku, selebihnya membuta. Anak-anak mmg 188%
suami handle. Bagus bukan? ;-)
02-01-2013
(Rabu), masih lagi lemah. Kali ni di tambah pulak dengan vertigo aku tu. Dugaan
sungguh. Tapi aku tak kesal, sakit itu kan penghapus dosa kecil. Paling
tersentuh hati bila suami bagitahu ibu mertua aku (mak dia la) “sha demam sebab
jaga anak-anak rul”. Nangisssssssssssssssssssssss.
So, sekarang
alhamdulillah, aku dah kembali sehat untuk memulakan tahun baru dengan azam
baru, macam korang2 jugak. Azam baru dah ade cuma rasanya tak perlu kot nak
senaraikan di sini. Hak tahun lepas pun ade yang di bawak ke hadapan. Hehe.
Peringatan untuk
diri sendiri dan kawan-kawan ku yang jelita semuanya, jomlah kita audit diri
masing-masing sebelum melihat orang lain, hidup atas dunia pinjaman ni bukan sekadar main-main, setiap perbuatan
tercatat dalam buku amalan yang akan disempurnakan balasannya di akhirat nanti.
Salam….
Thanks for dropping in!;-)
Sha
ReplyDeleteSamalah kes hujung tahun satu family demam.
Mmg dugaan sggh!!
la siannya.. alhmdlh suami sya memahami. hehe.. mmg syahdu lah klu demam mcm tu kan. kekeke..
ReplyDeleteSweet je hubs u..semoga cepat sembuh ye..
ReplyDeleteKak lynn : mmg sungguh dugaan. Bila suami boleh balik, rasa mcm ringan je kepala ni, terbang di awangan hehe
ReplyDeleteSue : hehe, syahdu la sangat, makin tua makin mengada, konon comel lah tu ekeke
Chekgu azrine : salam kenal. Suami mana x sayang isteri. Hehe. Alhamdulillah dh sehat, tq.
ReplyDelete