Assalamualaikum…
Haaa… berjumpa lagi kita di hujung rancangan
bulan. Ekeke. Biasa la, tuan tanah ni down-to-earth,expose pun hujung2 bulan,
bertepatan dengan minggu gaji. Hati ceria tengok $$$, dasar si mata $$$, maka
otak jadi cerdas, jari-jemari salleh pun seronok menari2 tango atas
kibod. Gituewwww…
Walaupun hanya berbaki 1 hari sahaja
lagi, sebelum April 2013 melabuhkan tirainya, maka aci lah di kira kalau tuan
tanah nak buat entri sempena ulang tahun pertama puteri keduanya, iaitu cik
Nadhira Aqeela binti Shahrul Azlan yang mana ulang tahun kelahirannya yang
pertama adalah pada 7 April 2013 yang lepas. Kejam sangat kah aku? Tak kan? Kan
kan kan?
Alhamdulillah, puteri kedua aku yang
slim, design body ala2 model ‘human’-walk itu telah melewati usia 1 tahun.
Pantas masa berjalan. Macam biasa statement cliché, ‘rasa sakit beranakkan dia
pun masih terasa lagi’. Ekekeke.
Jom kita semak perkembangan model
kanak2 slim itu.
1.
Sudah berusia setahun. Yes, itu
pasti, sbb entri ni pun mmg nak kupas pasal tu pun. Haha. Istimewanya adalah,
usia setahun itu di sambut di Tanah Suci Makkah. Tiada kek, tiada belon, tiada
hadiah. Hanya nyanyian lagu ‘Selamat’ untuk Aqeela dari Mami, Dedi dan kakak
Aliya sesudah subuh pagi itu. Tapi kakak Aliya nyanyi versi mat salleh. Kellas!
2.
Berat terkini adalah 9kg. Kata
selim, harusla tak berat mana kaaaan. Haha. Berat tu duk maintain sejak dia
umur 10 bulan lagi. Minum susu banyak, makan pun banyak. Dalam sehari, paling
sket Aqeela minum 45oz, dan paling banyak 60oz termasuk tengah tido. Dah sama
banyak dengan kakaknya. Bubur aku atau tokmi suap jugak. Kalau dah susu banyak,
kurang la makannya and vice versa. Gituuueww. Tapi gitu lah jugak badannya. Sedapkan
hati, metabolism tinggi tu. ;-)
3.
Meniti tepi kerusi, meja dah lama.
Sejak umurnya 6 bulan. Di sangka kan bila masuk 10 atau 11 bulan dah boleh
jalan semek tu. Berdiri tanpa bantuan pun boleh. Tapi melangkah belum ada
kekuatan. Tp kalau pimpin, kemain laju jalannya.
4.
Giginya baru tumbuh beberapa hari
yang lepas. Dah la tumbuh gigi atas dulu, sebatang pulak tu. Hak sebatang lagi
dah nampak, tapi malu2 meow pulak nk keluar. Alahai… Walaupun xde gigi, tapi
kalau suap makanan kat dia, gaya kunyah tu dah macam tumbuh 18 batang gigi
geraham kekal. Commellll. (Excuse me, izinkan saya memuji beliau).
5.
Manja. Antara sikap yang paling menonjol
dimiliki oleh Aqeela. Kata pengkaji2 anak no 2 ni memang manja terlebih sket
banyak. Bagaikan magnet kalau nampak aku, nk melekat aje. Nak masuk perut balik
ke dik?
6.
Kartun pujaan ialah Upin Ipin dan
Kawan-kawan. Letak lah Barbie doll kiut-miut 88x ganda, pakai gaun kembang
semangkuk, rambut mengurai panjang, sepit bentuk hati lip-lap-lip-lap berkelip
depan dia, upin ipin botak tu jugak lah pilihan hati dan sanubarinya. Tiada
yang lain, setia pada yang satu. Hehehe.
Maka cukup lah sekadar itu perkongsian kita pada kali ini. hehe
Untuk Aqeela yang tercinta, mami, dedi dan kakak Aliya sekali lagi mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama. Kami sayang Aqeela kemas-kemas (ketat-ketat). hehe
Sehingga bertemu lagi ye gojes-gojes sekalian. ;-)
Thanks for dropping in!;-)
happy birthday qeela yg comel/ moga jadi anak solehah.. aisyah xsmpi 9kg pun sya. huhu.. jaga body juga tu, mkn sikit je. haha.. pun suka tgk upin ipin. skrg dah pndi cakap "nak pin" - sambil hulur tab. hehe..
ReplyDeletethanks aunty, hehe.
ReplyDeleteitu lah, kurus slim gitu semek tu. Takpe lah, janji sihat, kan sue.
happy birthday aqeela...comella awak!!
ReplyDeleteHepi betday aqeela.. 6bulan dah pandai meniti ke sha? Cepatnya.. Aysha 6bulan ni pun xpandai duduk sendiri. Huhu.. Manja sangat kot, terlebih bonding. Hahaha..
ReplyDeleteThank you Chekgu Azrine. Dak Aish pun ensem. ;-)
ReplyDeleteMekasih Lora. Ha ah, 5 bulan dah merangkak semek tu, sama je ngan kakak dia. Tp nk boleh kaki lambat je, takut beno nak melangkahnya.
Luahan mami yang penat nk gendong semek slim tu. ekeke