Friday, February 04, 2011

She is my angel

Lama tak update pasal Aliya kan?

Banyak nak citer pasal budak kecik tu. Since masuk 7 bulan 3 minggu lepas, aku cam "eh, cepat nye besar anak mommy ni".
Dah pandai macam2, sampaikan aku rasa "oh! penat sungguh! Aliya tido 24 jam non-stop boleh tak? Mommy nk rest."

Of kos la tak boleh kan??? So, jangan merapu mintak yang bukan2.
Kalau dia tido kang, ade yang gatal tangan jadi tukang kejut.

Ok, jom baca ape yang Aliya dh boleh buat.
1. Awal 7 bulan aritu, Aliya berjaya sebut ba-ba-ba. tak pun va-va-va.... Ekspresi aku: sengih sepanjang hari. ;-)
2. Dah boleh duduk sekejap2 on her own without support
3. Suka panjat kerusi dan berdiri! Pegang sebelah tangan lak tu, toleh belakang, senyum2 kambing. Kononnya, "mommy! see, i can stand alone."  Haaaiissshhh!!!!
4. Suka jerit2 tak tentu pasal, lepas tu mengeluh macam banyak sungguh masalah nye..hehehe.. tp sweet. :p
5. She has 7 teeth and its a nightmare to me! Huwwwaaaa! Aliya, please stop biting me!
6. Sangat memilih. Nak ngan orang yang dia kenal je. Kadang2 daddy dia sendiri pun dia xmo. Hehehe, jumpanya kadang2 ekpun. :p
7. Skang makan ape yang aku makan. Beef steak, double prosperity burger, mee bandung, rojak keling dan lain2. 
Hehehe.... Tipu. Mana boleh kongsi ngan Aliya, tak cukup nanti aku nk makan.
Aliya makan x banyak, tp kuat minum susu, boleh abiskan 6-7oz dalam satu masa. Ke sikit tu? :p Kena pk cara nk suh dia makan banyak. Hmm....
8. Kalau duduk dalam walker, dia dh boleh keluar sendiri, yang kat umah tokmi la, sbb walker tu cam rendah sket, yang umah aku ni, dh ala2 nk boleh, tp aku boleh angkat tinggi sket lagi nk elak dia kuar sendiri. Pandai pulak dia letak kaki kat besi bawah tu, lepas tu pegang sofa untuk tarik naik ke atas. Eeee.....cubit kang!
9. Kalau tgok sape2 pakai tudung, mula la dia buat ala2 sesak nafas. "Tolong-tolong, bawak aliya skali!". Mmg kaki jalan la budak kecik ni.
10. Aliya boleh gigit ibu jari kaki dia masa nak masuk 6 bulan aritu. Tp time tu x pndai lagi bukak stokin. Skang ni, dh pandai bukak stokin sendiri. *kalau getah dh longgar la :p*
11. Game yang dia suka main ialah kejar2. Time dia merangkak tu, aku suka buat cam nak kejar dia, mesti dia merangkak laju, cari tempat selamat, kalau ade sumone area situ, dia akan panjat orang tu dan konon akan jadi pelindung dia, lepas tu gelak2 sbb dah selamat. Lepas tu pandang2 aku, kononnya "kejar la, kejar la!" hehehe....Comell! *puji anak sendiri la pulak :p*

Ok lah. Setakat tu je aku leh ingat skang ni. Sebab tgah2 taip ni, duk pk nak masak ape jap lagi. Kang kebulur adik aku 2 orang ni. :p

Sebelum tu, meh layan pic Aliya 2 hari lepas. ;-)


Mainan dia xmo main, makanan feveret aku gak la yang jadi mangsa.


Caner nk bukak niii?


Tgok tu, di guling2nya bekas tu. Pening kang mommy makan baulu tu nanti.


Try bukak guna gigi, kot2 berkesan.




"Mommy nak ke? Tgok je dari tadi."


Ok. Meh tgok Aliya nk buat akrobatik ni. Mula2 panjat dulu atas bekas baulu mommy ni.


Lepas tu, letakkan dada atas tudung dia.


Lepas tu, angkat 2-2 belah kaki, makin tinggi angkat makin mudah nk jatuh ke depan. :p


Ok. Dah jatuh sila pura2 senyum ye. ;-)


Nak aliya tunjuk lagi skali ke?


Tak lama lepas tu, aku tgok dia dh berdiri kat kerusi tu. Eeee.....Aliya mmg suka buat aksi2 silap mata ni.
Kadang2, aku tinggal seminit je nk g dapur, tgok2 dia dah berdiri kat almari depan tv. Haiiyyaaa!!! Banyak susah hati la ini macam...

But still, she is my angel! Mommy loves Aliya sooooooo much!!!


Moral : Awasi anak anda sebelum dia mengawasi kita. Ngeh3.

Salam.............

Akhirnya..... (cont)

Jangan bosan baca eh.....hehehe

Keesokannya aku bangun dengan satu rasa yang 
"aaaarrrggggghhhh tak suka x sehat macam niiiiiiiiiii".... 
nangis guling2, lepas tu pukul2 aliya sampai lebam sbb x tahan sakit.


ok. tipu!

Masih pening, kepala pusing2 macam smalam, tp harini lagi lagi lagi worse.
Sangat tidak larat nak berdiri.
And as usual, Aliya akan bangun awal dari sume orang.
Tapi aku x larat nak handle aliya.
Sibaik adik aku ada, Jannah la yang duk settle kan Aliya.
Aliya lak mmg akan poo-poo pagi2, part tu adik aku xleh nak settlekan.
So, aku yang sangat tidak gagah ni, terpaksa gagahkan jugak.
To be honest, Aliya sangat kesian sepanjang aku sakit tu. 
Bukan xnak hiraukan dia, tp mmg x larat sangat2.
Nangis2 dia nak suh aku amik. Sori eh sayang....
Kalau aku dukung, possibility nk jatuh tersungkur sangat tinggi, kan lagi kesian tu, kan kan kan?

Aku call asben aku. *sambil nangis2*
Dia nak call sepupu aku suh amik aku pegi klinik, dan aku menolak sekeras2nya.
Bukan takut la, cuma malas nk susahkan sape2.

Aku amik panadol dengan harapan pening tu kurang.
But it doesnt work AT ALL.
Aku kena makan sikit sbb aku mmg dh x larat sangat, lagipun nk makan ubat kena la perut berisi.

5 min je lepas makan, uwwwek!! uwwwek!!
Exhausted!

What to do???
Almost 5-6 times aku muntah sehingga pukul 5 petang.
Abah call. As usual, menangis adalah hobi bila time2 sakit macam ni. 
Abah siap bgtahu nak gerak balik kejap lagi sbb risaukan keadaan aku.
Tp aku ckp x yah, settlekan dulu hal2 kat sana.

Asben call. *Nangis lagiiiiiiiiiii....* Cengeng!
Asben siap bgtahu dia nk mintak balik sbb risaukan aku.
Ok, fine! Sila balik sekarang.
Xyah la balik, kang sampai2 je, aku dah sehat, x ke rugi? Sepatutnya mintak balik dari smalam lagi tau! :p
LOL.

Sumpah x larat nak menghadapi ke'pusing'an yang horrible tu.
Lepas asar aku siap2 nak ke klinik.
I dare to take a risk, driving while kepala sangat pusing2, daripada menyusahkan orang lain.
*Sila jangan tiru aksi di atas*
YES! Sangat bahaya, sbb vision aku blur, aku nak masuk parking, tgok side mirror, ade kereta, tp x pasti dekat atau jauh, lepas tu nampak macam double2 sume kete kiri kanan.
Fuh!!! Tobat xnak buat dah!
Dah la ade 3 nyawa dalam kete tu. Haishh!!

Sampai je klinik, aku nampak sign TUTUP!
Tgok jam dah kul 5.30.
Huuuwwwwaaaaa!!!!!!
Kesian tak kat aku???? Tolong nangis sama pelisssssssss!

Tp aku nampak doktor baru nak keluar pintu, means dat klinik tu baru je tutup beberapa minit yang lepas.
Dengan berani sbb dah tahan nak tanggung sakit tu, aku keluar kete menuju ke arah doktor yang sedang nk tekan alarm kete.
Aku kata, STOP! Jangan tekan dulu!


Ok. Tipu.

Aku : "Tutup doh ke klinik?" *which part of word TUTUP kat sign tadi yang aku x faham?* abaikan la, aku kan sakit. :p
Doktor : "Tutup doh, tp masuk ar".
Alhamdulillah........... 
Rezeki jangan di tolak, kan doktor. ;-)

X yah nk beratur panjang tunggu turn, terus masuk bilik doktor.
Aku citer dari a-z pe yang berlaku kat aku.
"you pregnant ke?" doktor tanya aku.
aku senyum. "Agak2 doktor?"
Tipu je, giler ke nk sembang2 manja macam tu ngan doktor?
Aku cakap, "tak kot.." hahahahahahaha KOT???????????

Doktor diagnose aku kena vertigo.
Aku cam "oooooo.."
Konon faham la, padahal balik terus google, sbb aku x faham sangat penerangan doktor bila aku tanya "ape tu?".

Dia bagi aku 2 jenis ubat je.
Aku sakit setengah mati dia bagi aku 2 ubat je?? Ingatkan dapat la 2 bakul ke?
Tolong jangan mengada! Makan ubat  besar semut pun tutup hidung, huh!
Ok,fine.

Balik tu, aku makan sket sbb nak makan ubat.
Harap2, dengan izin Allah, lepas makan ubat tu kepala ni lega sket..

Cam biasa, lepas 5 minit makan, terus muntah balik!
Lupa nk bgtahu, mak sedara aku ade kat umah abah, sbb lepas balik klinik aku terus ke umah abah, sibaik abah tinggalkan kunci umah.
Mak sedara aku tolong tgokkan aliya, mandikan aliya sume.
Big thanks + big hugs + big kisses!!
Aku dah flat!
2 days without food! 

Abah call bgtahu balik esok, gerak awal pagi esok.

Malam tu, mak sedara temankan aku tido umah abah.
Again, terima kasih sangat sbb tolong tgokkan Aliya.
Time tu terpk gak "cane la kalau aku duk jauh dari parents, sedara mara, sape la nk tolong tgokkan aliya kalau aku sakit macam ni".
Terdetik "alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan aku....amin".

Esoknya aku agak stabil lepas makan ubat.
Tp kepala masih pusing2. X leh nk berdiri lama, dan x leh buat sebarang keje.
Abah ngan umi sampai lepas zohor.
They suggested me to see the doctor, another doctor, sbb nampak aku cam "mabuk" je. Jalan huyung hayang. :p

Again, aku jumpe doktor. Doktor ni agak detail. Amik tekanan darah aku pun 2 kali.
Darah rendah.
Itu dah lama aku tahu, mmg aku spesis darah rendah.
And also, he diagnose me vertigo.
Tp ubat yang aku dapat kali ni agak banyak.
Best part, dapat MC for 2 days. ;-)
Doktor suh aku rehat secukup2nya. Banyak kali pesan tu. Dah la doktor india, walaupun pesanan yang sama, tp ayat dia lain2. hahaha...makin pening aku. :p
He also advised me " Low BP worse than high BP, so pls get a good rest or u might collapse"
Sounds serious jugak eh vertigo ni kan???
OK, saya rehat secukup2nya nanti. ;-)

2 days at home. Abah's place. 
Sooooooooo good. sbb boleh berehat dengan tenang. ;-)


foot note : sampai skang aku masih rasa pusing2 tu. Specially time baring.
Tgok monitor lama2 pun one of the reason.
Terpk nk jumpe doktor, nak scan, bila eh?

Salam......

Thursday, February 03, 2011

Akhirnya.....

"What took u sooooooooooo long?"

Sangat panjang sebabnya, tapi aku x berminat nak publish kat sini, nampak cam sangat beralasan je selalu. ngeh3
Korang jangan malas eh jenguk umah aku ni eh.
Niat nak update tu sangat selalu2, tp mmg x berkesempatan.
Semalam aku tido sampai kul 4 pagi, semata2 nak khatamkan 200++ entry korang yang aku x sempat baca.
Aliya ilek je duk sebelah temankan aku bw. Sket pun x kacau aku. ;-)

Akibatnya, aku sangatttttttttttttttttt ZZzzzz..........................
Aliya lak kejutkan aku seawal kul 6.....aaarrrgghhhh!!!!!
Stop!

Meh aku citer pasal kisah yang asyik tertangguh tu yee...
As sudi lagi tak nak baca ni? :p


Alkisah bermula.....................

Aku balik keje cam hari2 biasa, kul 5 sharp zassss!! beratur paling depan sebab nak jadi orang yang pertama punch card nak balik. Gila bangga jadi orang pertama balik. :-p
Aku singgah umah umi dulu, amik Aliya. Umi ngan abah nak berangkat pegi Johor, uruskan hal adik aku, Syahida, pindah umah ke Banting, akhirnya dia dapat jugak tukar sekolah, dapat duk dekat ngan asben dia. Rezeki dia, katanya "itu hadiah perkahwinan".

So, aku angkut Aliya ngan 2 orang adik aku balik umah aku.
Aku sampai je umah, aku rasa cam nak pitam. Gelap jap.
Beberapa saat lepas tu ok.
Aku solat asar dulu sebelum nk siap2 mandikan Aliya.
Masa solat tu, setiap kali aku rukuk ngan sujud, badan aku rasa mcam x stabil, huyung hayang.
Tp masih bole bertahan.

Pening datang sekejap2 sehinggalah lepas solat isyak.
Aku nak tidokan Aliya, dh meraung2 semek tu nk tido, saje aku x bagi dia tido lepas mandi ptg tu, 
sbb dh nak maghrib, klu tido time tu, konfem terjaga lagi karang, nak suh tido lak lepas tu sangatttttttttttttttttttt menyusahkan susah okay!
Cam biasa, nk tidokan semek itu kena bg hadiah sepasang susu cap gantung, baru la senang lak lena.
Aku lebih suka menyusukan aliya sambil baring.
Supaya aku pun boleh lena sama nanti.
Elok2 je aku letak kepala kat bantal, tetiba aku rasa pening yang amattttt.
Makin pening bila aku pejamkan mata, seolah2 aku duk bergantung kat kipas siling, speed 5. Ya ampun!!!
Peningggggggg sangat!!!!
Kalau aku celik mata lak, sume objek blur, semua mende kat depan aku ni macam berpusing mengelilingi aku. Aku x leh nak fokus.
Pusingggg!!!!! 

Aku cuba duduk, lepas tu tekak rasa cam mual2 je, perut bergelora.
Rasa macam nak muntah. Yes! 
Aku rasa nak muntah. Aku panggil adik aku kat luar, giler kuat aku jerit, sikit pun adik aku x dengar, Aliya lak kalu x terjaga dengar orang terpekik2 macam tu adalah sangat ajaib.
Aku menjerit, Aliya menangis, nice combination!
No wonder la adik aku x dengar aku panggil.

Aku terus jerit panggil adik aku, nak suh amik Aliya jap, sbb aku dah tak tahan nak termuntah.
Yes! aku mmg  x tahan, dan menyebabkan aku x sempat.
Tak sempat nk lari muntah dalam toilet, so tilam menjadi kawasan tadahan.
Horror giler aku muntah, aliya siap nangis2 ketakutan tgok aku muntah.
Aku suh adik aku bawak aliya duk kat luar.
Aku bangun nak g masuk toilet, nk bersih badan.
Ya Allah, sume blur, aku x leh nak jalan, sume mende berpusing2.
Terhuyung-hayang aku jalan, siap kena berpaut kat pintu toilet jap.
Masuk je toilet, sambung muntah lagi.
Semua bende keluar. Slim kejap. :p
Siyes aku xleh berdiri, aku duduk je dalam bilik air, cuba nak stabilkan diri.
Bila agak2 dh boleh jalan, baru aku keluar. Bersihkan muntah aku atas tilam tu, walaupun sangat tidak bertenaga time tu, xkan nak biarkan macam tu. eeeee yak!
Cadar terus masuk mesin basuh.

Terpaksa tido bilik lain malam tu.
Habis sebotol febreze aku sembur kat tilam. :p

Aku hanya nak baring je, lama jugak nk lelapkan mata, sbb kepala pusing2 x henti.
Baru je nk lelap, tetiba rasa nak muntah.
Terus bangun masuk bilik air, muntah lagiiiii...
Macam dah xde mende nak keluar, tp tetap muntah jugak.
SAKIT SANGATTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

3 kali aku bangun muntah sebelum dapat tido dengan selamat malam tu.
ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..................


Panjang la pulak, kita sambung lagi eh, citer belum tamat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...