Monday, November 08, 2010

Aliya Lagi

Mentang2 ade anak,sokmo la nk update pasal anak. Hehehe.... dah mcam blog “ Ini blog Aliya”. :-p.

Kang aku citer pasal laki aku kang, korang konfem muntah darah, so salah satu cara untuk mengelakkan korang muntah merata2, better aku KIV dulu post pasal laki aku. Bila aku rasa aku x kisah korang nk muntah merata2 pun, time tu aku akan buat post khas daddy-kasi buat en suami. Okay?

Kembali ke niat asal, iaitu pasal Aliya.

Smalam, aku cuti. Kenape? Sbb aku ade urusan di pejabat kerajaan yang menyebabkan aku sebagai kakitangan kerajaan terpaksa mengambil cuti bagi menyelesaikan urusan di pejabat kerajaan tersebut. Klu aku keje sah2 la aku x leh nak settle kan urusan tu, klu leh settle time aku keje pun, itu bukanlah satu perkara yang wow! Sbb ianya dipanggil sesi pengULARan. Tp aku adalah penjawat awam yang penuh dedikasi dan berintegriti. So,....-sila sambung sendiri-...... :p

Sekali lagi terpesong. Fokus pada niat asal, iaitu Aliya. Fokus! Fokus!

Selepas selesai urusan di pejabat kerajaan tersebut. *nanti aku citer kisah yang berlaku dipej kerajaan itu* Aku ajak en abang singgah Giant. Hati ini berkehendak membelikan sesuatu buat aliya. Sesuatu yang Aliya leh main2 time mummy dah x larat nk dukung aliya lagi. Aliya semakin memberat + sangat aktif, mummy akan cepat berasa x larat selepas beberapa ketika mendukung aliya. So, bila aliya guling2 atas comforter sambil main2 ngan mainan yang mummy beli, leh la mummy rehat2 jap sambil layan Chinta. :-p

Masa aku ngan en suami duk pilih mainan yang ingin di beli, kami jadi rambang mata, rasa sume nak amik. Geram! Tp dalam kepala kami berdua time tu turut sama terpk “Aliya main ke nanti klu kami beli?”. Hmmm..... “main kot nanti...” sedapkan hati sendiri. Sepanjang pemerhatian aku, Aliya ni klu main ngan satu2 mende tu, dia x akan amik masa panjang untuk xplore keseluruhan mende tu. So, klu dia sentuh2 je mainan yang aku belikan ni, lepas tu blah je seolah2 “aliya x suhb eli pun mainan ni”, aku x heran. ;-). Satu lagi, klu dia xleh nk telan sampai ke perut mainan2 sekalian itu, konfem dia akan MARAH!!! Aliya garang kah? Ketika ini lah en abang akan berkata2 “Orang lahir tgahari ni mmg garang kot”. Seraya itu aku terus menjawap, “Sha x lahir tgahari pun!”... Motif? Fikir2 kan lah. :p

Sbb tu sampai skang kami x bercadang nk beli baby car seater tu, sbb kami yakin dan pasti bahawa aliya paling lama nk duk dalam mende alah tu hanyalah dalam 2 minit sahaja. So, daripada membazir, baik mummy dan daddy beli pizza, leh makan, kenyang perut mummy ngan daddy, aliya minum susu mummy, sama la makan pizza gak. Boleh? Kira boleh laa....

Jom layan pic aliya dan mainan baru nya. Main sampai bosannnnn.... sbb xleh gigit masuk mulut.


Letak atas tilam dia, x sampai 2 saat sentuh mainan tu, terus meniarap.

Sume mende nak telan, klu x leh uwwaaa..... tu bukan makanan la sayang.... nanti mummy belikan Double Cheeseburger untuk Aliya k. Kita share! ;-)

Aliya lebih berminat kat DSLR la mummy...

Sentuh boleh, tp xleh nk hold, marah la dia sbb xleh masuk mulut. Haishh....

Penat la, baik tgok Mari Menari. :p

Moral : klu dah tahu anak cepat bosan ngan satu2 barang, x yah la beli yang mahal2. Jimatttt!!

Salam...


6 comments:

  1. nt daddy belikan "ikan singgang" aliya boleh makan

    ReplyDelete
  2. sama la ngan aqil lahir tghri :-) mainan budak2 su beli yg murah2 jek.. hehe. baru beli dah rosak, berderai, baik beli yg murah. hehe..

    ReplyDelete
  3. comey..sarat mainan die tu..cm menarik...kt mane eh beli...mahal ker

    ReplyDelete
  4. en abang : tp sendiri makan. aci ke?

    Su : Betul2 masuk waktu zuhur su. hehe, lepas ni tunggu aliya ble cakap dulu baru beli mainan baru. kejam ke? :p

    faiez : tu ar, banyak dan menarik tp tidak menarik perhatian aliya. :-). Beli kat giant, x sampai rm50 klu x silap. petang ni harus je giant ye. :p

    ReplyDelete
  5. aliya,nak pinjammm!!cik As dulu masa baby tadok mainan gini..siannnn kan ke cik As???bagi la pinjam ekkkkk....tp mesti berebut ngan mommy aliya,dia pon darat gok tu.muehehhehe

    *larikkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  6. mummy kabo, masa kecik dia x main mainan gini. tok abah beli laptop "DELL" ngan server HP suh mummy buat blog. sbb tu mummy berebut gok mainan ni ngan Aliya kadang2.

    Murah je pun mainan ni cik as, suh uncle mijang beli. tp jaga2 kang berebut ngan uncle mijang lok kekgi, sbb uncle mijang pun cam darat gok. baik beli 2 ar cik as, x yah berebut. okay?

    Good luck!

    from Aliya with love. ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...