Sunday, November 21, 2010
Kerja Luar
Saturday, November 20, 2010
Dokumen Perjalanan
So, kami pulang dengan sedikit hampa, tp banyak hepi sbb soping banyak jajan. :p
Berbalik kepada urusan di pejabat kerajaan pada kali yang ke-2.
Kita buat checklist sket ;
1. Gambar ukuran pasport aku, suami dan aliya -DONE
2. Salinan IC aku dan suami - DONE
3. Salinan mykad Aliya - DONE
4. Borang permohonan aku, suami dan aliya - DONE
So, checklist menepati citarasa. :p... so jom terjah pejabat kerajaan itu.
Sampainya aku dan en suami di sana, kami kena lalui kaunter pertanyaan. Kaunter tersebut ialah kaunter amik nombor giliran sebenarnya, tp staf kat situ akan checking dulu borang dan keperluan permohonan kami.
Dialog kami dengan staf tersebut.
abang baju uniform : Borang ok. Jadi saya bagi 3 no giliran sbb ade 3 permohonan. Anak mana?
kami baju biasa : anak x bawak, aritu bgtahu kena bawak gambar anak je, x bgtahu pun suh bawak anak.
abang baju uniform : X boleh encik, kena bawak anak. Anak umur brape?
kami baju biasa : Kecik lagi, baru 4 bulan.
abang baju uniform : ooo....walaupun umur sehari tetap kena bawak anak.
kami baju biasa: (telinga en suami dah merah) dh tu x leh hantar lagi la borang ni? (dan beremosi)
abang baju uniform : encik boleh try tanya kat kaunter permohonan nanti. so, saya bg 2 no giliran dulu. (sambil hulur 2 no giliran kepada kami).
Aku diam, follow en suami dari belakang dan berjalan ke tempat duduk yang di sediakan.
"patut la sha rasa dh nk bawak aliya tadi, tp takut nanti dia macam2"... hahahahahahaha...... bila jadi macam ni ade aje ayat yang "patut la............... tp................".
Klu abang baju uniform tu cakap, " xpe x bawak anak pun". konfem ayat penyata ni lak kuar "nasib baik kita x bawak aliya tadi" ekekekekeke.....
en suami x banyak ckp sepanjang menunggu nombor kami di panggil. ade la tu tengah duk pk nk auta staf kat kaunter permohonan tu nanti. hahahahahahaha
TING! Mentol philips en suami menyala.
"Sha, lepas settle yang kita ni, kita balik amik aliya la eh, settle je la terus arini skaligus".
haaaa.....kan aku dah ckp, dia mmg tgah pikir kan sesuatu, tp aku je yg silap tilik. ekekeke
Urusan permohonan aku dan en suami dah settle. Menepati piagam pelanggan. Permohonan akan di selesaikan dalam masa 1 jam. Mereka menepati janji. Aku suka pejabat kerajaan ini. Like! :p
Sejurus selepas itu, kami pulang ke bandar cyber untuk angkut aliya ke bandaraya pesisir air. Tok mi geleng kepala. Ala, skang ni 30 min je nk g bandaraya, ilek ar tok mi. ngeh ngeh ngeh.
Kami sampai lagi ke pejabat kerajaan tersebut. Aku dpat lihat dengan JELAS, abang baju uniform kat kaunter pertanyaan tu senyum. Dia senyum sbb tgok aliya yang mamai kot, baru bangun tido ekpun. *Sila bersangka baik walaupun dalam hati aku kuat mengatakan abang-baju-uniform tu sebenarnya senyum sbb senyum sindir sambil dalam hatinya berkata - kan dah kata kena bawak anak* :p
Sampai no giliran aliya. En suami bangun sambil dukung aliya ke kaunter permohonan. *Dalam hati aku, x kan nk amik cap jari aliya kot*. X sampai 10 min, en suami kembali ke tempat duduk menunggu di sebelah aku.
Eh, dh ke?
"Dia nk tgok aliya je, dia mmg nak tgok orang yang memohon".
Aku cam, owh! Patut la abang-baju-uniform tu cakap, baby umur sehari pun kena bawak. Polisi diaorang, so juz obey the rules. *wink*
Selepas satu jam, produk terhasil. Skali lagi mereka menepati janji. :p
Inilah hasilnya....
Thursday, November 18, 2010
its my blog new skin
Kejadian ini berlaku selepas aku blog-walking kat beberapa blog yang aku selalu baca. Nak tiru ke??
Eh, no la... saje nk buat perubahan kat blog aku, sbb aku rasa cam dull je aku nyer.
So, aku google 'blog template'. Banyak yang google suggest, tp my eyes caught this such simple yet so attractive template. Skali wordpress punya. tp aku buta2 gak pegi donlod. lepas dh donlod, xtract file, xde jumpe .xml file. tu la, buta2 pegi copy template tanpa buat revision. rupanya, wordpress template xleh suka-suki nak apply kat blogspot. hehehe *gelakkan diri sendiri*
aku google lagi. DAN.... aku jumpe sebijik sebuntat yang aku dh donlod tadi version blogspot. Gumbiraa!!!...
Dengan tidak sabar aku men-donlod-kan file tersebut. tp sebelum aku install kena backup dulu current template, kang x jadi x pasal2 lak aku meraung2 mengalahkan aliya. LOL
Selepas mem-backup aku dengan pantas meng-install new version of my blog skin. hehehe
O-EM-JI. Banyak mende pulak nk kena ejassss.....:-((
Eeee... x suka!!! Malas nk godek2 coding. Tp kena gigih jugak kalau nk cantikkk kannnn???
So, dengan seribu satu perasaan dalam hati ni, aku struggle jugak godek coding tu, dah la 'tulisan cakar ayam',serabut. Eee.. menci menci menci...
Dan...ini lah hasilnya. but not completely done. masih banyak mende nk kena edit balik. Paling sardis counter aku terpaksa reset to zero balik. Haisshhh..... *macam la ramai sangat yang baca...* :p
Ok, gimme time nk siapkan mende temeh-temeh-temeh ni. Lepas tu dengan tenang leh bercerita-ceritut balik.
moral : belajar la menerima perubahan, jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada sekarang. motif?? ntah, x tahu. :p
Salam.....
Monday, November 15, 2010
Aliya nak tumbuh gigi???
Sunday, November 14, 2010
her hepi faces ;-)
yeay! online tanpa sempadan

hehehe..... title aku sound sooooo hepi kann....
Monday, November 08, 2010
Aliya Lagi
Mentang2 ade anak,sokmo la nk update pasal anak. Hehehe.... dah mcam blog “ Ini blog Aliya”. :-p.
Kang aku citer pasal laki aku kang, korang konfem muntah darah, so salah satu cara untuk mengelakkan korang muntah merata2, better aku KIV dulu post pasal laki aku. Bila aku rasa aku x kisah korang nk muntah merata2 pun, time tu aku akan buat post khas daddy-kasi buat en suami. Okay?
Kembali ke niat asal, iaitu pasal Aliya.
Smalam, aku cuti. Kenape? Sbb aku ade urusan di pejabat kerajaan yang menyebabkan aku sebagai kakitangan kerajaan terpaksa mengambil cuti bagi menyelesaikan urusan di pejabat kerajaan tersebut. Klu aku keje sah2 la aku x leh nak settle kan urusan tu, klu leh settle time aku keje pun, itu bukanlah satu perkara yang wow! Sbb ianya dipanggil sesi pengULARan. Tp aku adalah penjawat awam yang penuh dedikasi dan berintegriti. So,....-sila sambung sendiri-...... :p
Sekali lagi terpesong. Fokus pada niat asal, iaitu Aliya. Fokus! Fokus!
Selepas selesai urusan di pejabat kerajaan tersebut. *nanti aku citer kisah yang berlaku dipej kerajaan itu* Aku ajak en abang singgah Giant. Hati ini berkehendak membelikan sesuatu buat aliya. Sesuatu yang Aliya leh main2 time mummy dah x larat nk dukung aliya lagi. Aliya semakin memberat + sangat aktif, mummy akan cepat berasa x larat selepas beberapa ketika mendukung aliya. So, bila aliya guling2 atas comforter sambil main2 ngan mainan yang mummy beli, leh la mummy rehat2 jap sambil layan Chinta. :-p
Masa aku ngan en suami duk pilih mainan yang ingin di beli, kami jadi rambang mata, rasa sume nak amik. Geram! Tp dalam kepala kami berdua time tu turut sama terpk “Aliya main ke nanti klu kami beli?”. Hmmm..... “main kot nanti...” sedapkan hati sendiri. Sepanjang pemerhatian aku, Aliya ni klu main ngan satu2 mende tu, dia x akan amik masa panjang untuk xplore keseluruhan mende tu. So, klu dia sentuh2 je mainan yang aku belikan ni, lepas tu blah je seolah2 “aliya x suhb eli pun mainan ni”, aku x heran. ;-). Satu lagi, klu dia xleh nk telan sampai ke perut mainan2 sekalian itu, konfem dia akan MARAH!!! Aliya garang kah? Ketika ini lah en abang akan berkata2 “Orang lahir tgahari ni mmg garang kot”. Seraya itu aku terus menjawap, “Sha x lahir tgahari pun!”... Motif? Fikir2 kan lah. :p
Sbb tu sampai skang kami x bercadang nk beli baby car seater tu, sbb kami yakin dan pasti bahawa aliya paling lama nk duk dalam mende alah tu hanyalah dalam 2 minit sahaja. So, daripada membazir, baik mummy dan daddy beli pizza, leh makan, kenyang perut mummy ngan daddy, aliya minum susu mummy, sama la makan pizza gak. Boleh? Kira boleh laa....
Jom layan pic aliya dan mainan baru nya. Main sampai bosannnnn.... sbb xleh gigit masuk mulut.





Tuesday, November 02, 2010
aliya selsema
1/11/2010 aku attend taklimat sistem di Majlis Daerah Besut. Pemergian aku dengan membawa hati yang tidak tenang. Aliya kurang sehat. L Tp aku kan seorang yang sangat tenang. Plus aku mmg nak tgok sistem diaorang, dalam erti kata yang lain “kan bes kalau aku ble copy source sistem tu”. Ekekeke
Overall, sangat berbaloi aku ke sana. Time kat sana, sangat berkobar2 dan x sabar nak balik ofis nk buat perubahan kat sistem kitaorang. Hari ni masuk ofis, bukak sistem, buka report ni, bukak form tu...tetiba arrggghhhh!!!!!!!!! Mana nk capai dulu niiiiii.....banyak giler nak kena tgok. Langsung aku pengsan di kerusi biru yang ala2 cam kerusi malas, sbb dia berpusing2 cam kerusi bos dan klu menyandar cam bes jeee.... lagi bes kalau pejam mata sekali. J
Kerana situasi seperti di atas la wujudnya peribahasa seperti Hangit-hangit ta*k ayam buna.
Smalam, bertolak balik dari MDB dh almost 5pm. Sampai bandar satelit aka Qber dah jam 6.30. Aku dah jamak siap2 time solat zohor kat Besut. Sampai je umah tgok Aliya cam layu je. Sayu hati aku. FYI,sepanjang aku duk bertaklimat kat besut dari pagi sampai petang, en abang duk smses pasal Aliya. Aliya selsema. Dia duk merengek je selalu. Tak selesa kot, sbb susah nk bernafas. En abang mms pic aliya, sume muka layu jeee...siannn...mmg x leh di biarkan. Takut makin melarat. Haishh.... so, aku decide, x kisah la aku sampai kul bape pun, aliya kena bawak pegi klinik jugak.
So, sampai je aku di rumah pada jam 6.30 ptg, perkara pertama ialah letak handbag dulu...hehehe... baru dukung aliya. :p... Selalu klu dia nampak aku, senyum sampai x nampak mata. Tp smalam cam “eh, sape lak dtg ni?” kata Aliya di dalam hatinya. :p... muka kosong je pandang aku.
En abang xde, pegi amik adik aku kat sekolah. So sempat la aku layan Chinta jap. Hee.... en abang sampai, elok2 je azan maghrib. FYI, aku balik umah parents aku, sbb umi yang tolong jagakan aliya time aku keje walaupun en suami sedang tidak bekerja. Sbb en suami x reti basuh kan poo-poo aliya dalam sinki.
Aku terus solat maghrib dan sebelum drama Chinta abis kami dah gerak ke klinik. Kami gerak awal sbb takut karang ramai orang. Aliya lak yang tidak aktif itu sudah pasti tidak selesa. Kat bandar satelit kami tu mmg ade klinik, tp since aku dah deliver kat INTAN, checkup Aliya dari umur 7 hari pun kat INTAN, so aku prefer INTAN untuk treatment.
Kami sampai lebey kurang kul 8. No 5 adalah no giliran kami. By the time sampai INTAN, aliya masih tido, so aku x bercadang untuk kejutkan Aliya sehingga la Aliya terjaga sendiri.
Doktor Raja Himah yang periksa Aliya mlam td. Suhu badan normal, tidak demam. Aliya cuma selsema dan belum tahap kritikal sbb kahak sikit je. Sblum ke klinik, ade la dalam 3,4 kali hingus aliya kena sedut menggunakan alat penyedut yang sangat berkesan, tp masa nak sedut tu, aku dan en abang sengit berperang dengan Aliya apabila Aliya cuba membuktikan yang dia sangat gagah perkasa dengan menerajang perut aku beberapa kali sampai senakkkkk....sakit okay!
Doktor bagi ubat titis dalam hidung, lupa dh nama ubat tu. Doktor kata baby x leh makan ubat lagi, sbb sukatan sebenar utk baby is unknown. Masa doktor bg ubat titis tu, dalam kepala aku time tu, konfem aku kena terajang lagi lepas ni. Nasib laaaa.....asalkan aliya sehat. J
Moral : jangan bagi anak anda menangis lama2 sampai ‘selok’ aka ......ntah la, x tahu nk translate cane. Buat2 paham je la labu.... :p.
Salam.....