Saturday, April 04, 2009

Cukai Taksiran

    
Tatkala aku sedang bergelut dengan perasaan kebosanan ini, As sedang berseronok dalam parti yang berbuih-buih itu. Adakah?! :-)...
Gusi dh ok ke? Bes ke makan udang bakar itu? hehehehe
Aku cuba bayangkan aku turut berada di sana, tp kadar kekerapan menguap membuat kan aku kembali ke alam nyata. Sungguh nyata aku mmg bosan.

Ofis aku bukak kaunter kutipan hasil pagi tadi. Aku terpaksa bertugas since ini lah pertama @ julung kalinya kaunter luar di buka dan ini lah pertama kali kutipan di buat menggunakan sistem berkomputer. Last Rabu, aku di maklumkan hanya sorang je yang datang bayar, so aku harap kutipan pada hari ini lebih memberangsangkan. 

Aku datang dlm pukul 8.45 sebb kaunter dijangka buka pada pukul 9. Aku ingatkan aku dh lambat, rupanya aku paling awal. Ade ke patut?!
Dah la meja xde, kerusi xde. Management failed!
Aku volunteer nk datang pun kira baik dah ni, tp preparation hampeh.
Dah la promotion last2 minit, mana la customer nk tahu. Banner pun ade la besar 2 kali meja skolah masa aku skolah rendah, itupun satu je. Kedekut nk buat lebih sket. 
Hahahaha, sesuka je kutuk ofis sendiri. Aku bukan kutuk, tp kritikan membina. 
Urusetia patut kena amik tahu, mende2 remeh pun x terpk, projek2 besar lagi la....

Dalam kul 9.30 baru ade org dtg pasang meja, angkut kerusi. Inilah... bila orang kutuk *omen, kita marah, tp sendiri mau ingat la...
9.30 till 12.30, 3 jam aku kat situ, 10sen pun kitaorang x terima hasil.
Cuma ade sorang pakcik tu, dia tanya " jual mende mek?"..
hehehehe....
Setelah penerangan yang agak x panjang mana diberikan oleh kerani kutipan pada pagi itu, pakcik tu pun seolah2 berminat nk bayar.
Kitaorang cek la maklumat cukai pintu pakcik tu, rupanya 4 tahun dh pakcik tu x bayar.
"xpe la mek, pokcik x dok pitis doh ni, td bayar cukai tanah doh"..
hahahaha....Bole?
Apsal la liat sangat ni....!!!!!

Aku pun liat gak sebenarnya, tp aku bayar tau!! Bayar la...... Penat la tunggu...........

Sibaik ade broadband ni. X la aku kebosanan sangat. Sempat gak aku browse gossip. :-)
Chatting ngan suami tercinta pun sempat.hehehe


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...