Sunday, October 17, 2010

Al kisah....


Where to start?... RUMAH.

Ok, rumah! Dulu duk umah sewa, aik! Umah la pulak, jimat huruf, wutever.

Sambung balik, dulu duk umah sewa (macam ulang balik jeee...:p), aku x takut pun duk sorang2 time en suami pergi membanting tulang mencari rezeki. Even masa peknen pun aku duk sorang2, kaitan please... *sila kait sendiri*

Umah sewa dulu dekat ngan umah parent aku, dekat ngan umah2 lain, nama pun kawasan perumahan, memang la dekat2 ngan umah. So, klu ade ape2, x yah nk jerit kuat2, buat suara ala2 kucing manja pun orang sebelah dah sound “tolong diam sket boleh x?”

Tp skang, aku dah x duk situ. Rumah baru kami agak berjauhan dengan umah parent aku dan umah2 yang macam perumahan tu. Jauh sket je pun. Tp aku tak peknen pun aku takut duk sorang2, kaitan? Buat2 la faham ye.

Oleh di sebabkan ketakutan aku tu, menyebabkan aku terpaksa menyusahkan orang lain. Orang yang dimaksudkan itu adalah parent aku dan yang sealiran dengannya. Mereka terpaksa disusahkan semasa ketiadaan suami di sisi. Selama 2 minggu mereka terpaksa berulang alik dari kediaman mereka ke kediaman aku sehingga la 2 minggu yang memenatkan itu berakhir ekoran dari kepulangan en suami dari membanting tulang dan mencari rezeki itu.

Aku seorang yang sangat sensitif dengan keadaan yang berlaku ini. Sampai bila agaknya perkara ini akan berlarutan? Mungkin kah sebulan? 2 bulan? 3 tahun? 4 dekad? :p

Aku dan suami ada memikirkan jalan penyelesaiannya. Antaranya adalah, mencari seorang pembantu rumah. Tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan penyelesaian itu sampai skang x settle2. Yang paling ketara adalah faktor “mana nak cari orang yang boleh dipercayai?”. Aku naik seram setiap kali baca kisah2 dalam surat khabar pasal pembantu rumah ni. Tambah2 warga asing. Nak cari warga tak asing mmg payah, orang melayu kata kerja itu x standard. Hmmm..... duk saje2 kat umah baru la high class. *thinking*

So, jalan penyelesaian tersebut terpaksa KIV. Jadi, amalan biasa diteruskan seperti biasa. Petang karang balik umah parent aku, dan sejurus selepas solat isyak kami akan bergerak menuju ke kediaman aku.

Sekian.

*update blog selepas selesai karang surat rasmi kepada pejabat perbendaharaan negeri.

Moral : cintailah bahasa baku.

Salam....

1 comment:

  1. SHA...

    Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya yang kita x tahu...So, be strong k!!-Yaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...