Thursday, August 11, 2011

Dapur Aku - Juadah Berbuka

Hari-hari aku duk menelan air liur mengadap pelbagai menu santapan juadah berbuka korang. Di siang hari lak tuh. Sungguh KIJAM. Takmo tengok kang korang sertakan sekali ngan resepi, gambar dah menggiurkan, rasa konfem la mabeles, tak salin resepi mmg rugi besar lah aku, buat atau tak tu cerita balik tabir.

Maka semalam, dengan hati yang penuh dendam yang membuak2, balik dari keje dah nekad, menu berbuka yang aku masak akan aku tangkap gambar dan akan aku bubuh di dalam blog aku untuk tatapan korang jua di siang hari. Aku juga seorang yang KIJAM sebenarnya. Huahuahuahuahuahuahua *ketawa sambil menumbuk2 dada*

Pada yang tak puasa, aku turut bersimpati kerana korang tetap xleh nk makan merata2 di bulan yang mulia ini. Jadikan lah gambar ini sebagai pembakar semangat korang untuk terus menghormati orang2 yang berpuasa di sekeliling anda. Gituuuewwww.....

Ok lah, aku dah agak keletihan mengarut di subuh hari. Tatapi lah gambar juadah aku yang uuuummmmppphhhhh!!!!! ini. ngeh ngeh ngeh....


Siakap Stim Limau + Daging goreng kunyit + Sayur Pedas Labu en suami + Kueh tepung bunga + kueh batik (kueh 2 jenis aku buat kat PARAM je :p).
Semalam aku buat kueh 'jump and stab'. Tp x sempat nk amik gambar, dah abis di ratah2 oleh en suami. Mabeles!!! Nanti nak buat lagi lah. ;-)

Hidangan yang tak boleh di makan turut aku hidang sekali atas meja. ekekeke
Semek sepet ni kena angkut sekali letak atas meja, aku malas nk dengar dia melalak meraung nk buka pose skali. Letak atas meja, bagi la nasi sepinggan, sudu satu atau bekas air. Memang sampai ke sudah la dia duk main mende tu. Duduk setempat je, tp satu meja duk sepah ngan nasi dia.
Tak ape lah, janji tak kacau kitaorang tengah makan.
Kang nanti, aku yang tengah lapor ni, ade je yang nk makan hidangan yang tak boleh di makan nanti. :-p


Sekian.


Salam......


-autopublish - just a quick update, better than nothing, ye dak?? :-p-

2 comments:

  1. hikhik...tau xpe...kekdg mmg ade rasa nk mkn benda yg xleh dimakan tersebut.....
    pppiiisstt I xterliur pun bwuuuuekkkk!!!!

    ReplyDelete
  2. tp tu lah, bulan pose ni mmg kena tingkatkan lagi tahap kesabaran tu, klu x mmg kena ratah dh semek tu. :p

    u tak terliurrrr???? ke x pose niii??? ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...