Monday, October 24, 2011

Shopping bila Daddy tiada, banyak beda nya :p

Aku tengah duk layan citer Soffiya episod2 yang last week, sibaik la aku ingat nk rekod, bagus jugak ade PVR ni, xde la tergantung citer2 yang aku follow. Hahahaha, macam penting beno ikut drama bersiri ni. ekekeke
Lagipun citer ni start betul2 time waktu maghrib, abis lak ngam2 nk masuk waktu isyak. Melampau kan.
Maka inilah guna PVR tu, laki tak bising, aku pun leh tengok citer ni ulang2 dengan tenang, kalau tetiba macam x dengar Ilyas cakap ape, leh aku rewind balik. ehehehehe.....


Di atas adalah intro yang tiada kaitan dengan entri aku. ehehehe, tak tahu kenapa tetiba nk citer pasal Soffiya ni. Tp aku mmg emo giler tengok si Fiona tuh. Ilyas punya lah baikkkkkkk, boleh ko perangai setan kat belakang laki ko sendiri, haiiihhh.... Asal la si Muiz tu tak bunuh terus sampai mati minah tu.
Ok, aku sakit hati!

Sekali lagi perenggan kedua yang tiada kaitan ngan entri aku. ehehehe....

Oklah, meh nk citer pengalaman bershopping dengan Aliya tanpa kehadiran Daddy. ehehehe....
Daddy Aliya mmg sekeras2nya MENGHALANG, tp aku kan penggoda yang tegar, maka mencair la laki aku bila dipersembahkan dengan pelbagai ayat2 manis dari isteri yang jauh di mata dekat di hati ni. Gituuuewww.... mau tips??? Boleh PM yee. ekekekeke. Aku tahu korang lagi super-duper hebat. :p

Kata Yuna, "kerana setiap gambar ade lagu".... tapi aku tak reti nak nyanyi2 ni, auratttt....;-)...
Maka aku bercerita melalui gambar sahaja yeee....




Mula2, kereta haruslah berkilat-bercahaya memancar2 di atas jalan raya, ini bagi mengelakkan pelbagai tuduhan liar daripada pemandu2 lain, contoh "pemalas sungguh pompuan ni, kete itam dah jadi kaler kelabu". Maka operasi gotong-royong membawa berkat membersihkan kereta berlangsung dekat garaj depan umah aku yang dikepalai oleh semek sepet seperti dalam gambar di atas. Kereta belum basah dia dah abis satu badan berjeruk (read basah lencun).


Aku xde can nk pegang getah paip tu, queen control sungguh semek ni. Aku rampas  je memang mengamuk guling2 la, dari nak membasuh setengah jam, tertunda kepada sejam. Daddy jangan bising kat mommy ye kalau bil air tetiba terlebih banyak 8 inggit dari bulan lepas, suh semek kecik ni yang bayar.


Merata2 di simbahnya, time aku panggil nk snap gambar dia, terus air tu di hala ke aku. Terkejut mak! Bukan ape, kang kami sume berjeruk cane nk masuk umah, dah la luar umah pun basah, dalam umah x kan nk basah sekali kottt.... Maka aku membasuh kereta adalah sangat berhemah, baju hanya terkena percikan air sahaja, tidak seperti semek di atas.




Notti sungguh la semek ni, turn makcu lak kena kacau. Makcu mmg dah separuh berjeruk.


Ok, time untuk berjangok (read cantik2, lawa2, cute2, senonoh dll). Semek ni dah penat main air, merengek2 nk tido, tp aku bo-layan, saje nk biarkan dia tido dalam kete, selesa perjalanan aku nanti klu xde tangan ke 3 dan 4 pegang stereng sama ngan aku.

Lepas sume dah siap, maka kami pun bergerak la ke Bandaraya Pesisir Air.
Aliya ngan Makcu duk belakang, baru sampai kat stesen Petronas Q-Ber cyber city, 2-2 dah lentok. ehehehe..

Aku sampai bandaraya terus terjah Giant, dalam kepala aku kat sini je satu2 nye tempat yang paling sesuai aku nk bawak Aliya. Aliya leh main kat playground dan aku leh shopping.
Mula2 kami terjah kedai makan dulu. Sume macam dah kelaparan, kekurangan tenaga, maka perut perlu di isi agar kehadiran glukosa akan diproses oleh insulin dan menukarkannya kepada tenaga. Gituuu, harap2nya betul la fakta aku ni, ekekekeke.



Kami lunch at Pizza Hut, Giant. Sebelum masuk kedai makan, haruslah upah semek ni ngan sedikit 'buah tangan' agar dapat menghidupkan suasana yang aman dan tenang ketika mengunyah spaghetti 40 kali sebelum telan. Sambil2 Aliya duk main2 tu, aku suap la sup ayam kat dia, xsedar hampir satu mangkuk tu Aliya sorang. Dah itu je yang dia nk makan, yang lain sume dia cakap 'moh' aka xmboh (read tidak mahu).

Kalau Daddy ade, sure xmo makan sini, fast-food is a no-no-no. Mesti ajak pegi Alias Mat Binjai. Tapi sha suka je makan situ pun. ;-)


Selesai makan, di sinilah tempat yang mula2 kami tuju. Sambil2 tu aku gilir2 ngan makcu Aliya pergi solat zohor. Bagi peluang kat Aliya main puas2. Tapi yang geram Giant dah meniaga pulak skang, dulu ikut la nak main 8 jam pun mende alah gerak2 yang ade music ni, tp skrang dh kena beli token. Satu token = RM1.
Boleh la main dalam 2 min kot. Kalau nk main sepuluh minit mommy kena tukar 5 token. Kalau 20 min? 30 min? sejam????? Ni baru hari ni, xkan lepas ni dah xmo datang lagi kan kan kan?




Game lain pun ade, glider, seesaw (eh, macam xde jee, x pasan la), game tembak2. Tp tu la, risau lak aku lepaskan Aliya main2 kat situ, ramai ngat budak2 besar duk lari2, kang dilanggarnye Aliya, x pasal2 kan. Tak kurang jugak kapel (read couple) yang duk tenet dekat situ, x faham aku, kang kata tak 'bertamadun' korang mengamuk. Sah2 yang ade kat situ mak-pak yang bawak anak, kalau ye pun dh mmg xde kemaluan at least respek la kat kami2 yang dewasa ni. :p

Lepas dah sejam lebih main kat situ, aku cadang nk gi beli barang sket. Rasa macam kejap la pulak, tp tengok jam dah sejam lebih. ehehe

Kalau Daddy ade, sure xleh lepak lelama kat situ, "jom-jom, lewat ni, kang x sempat tengok bola malam ni"... gituueeewww..... ekekeke


Masuk Giant hampir setiap pelusuk rak, aku lalu dan aku benti. Aku siap bagi Aliya try meja cute ni, nak aje aku belikan untuk dia, tp memikirkan "tunggu time Daddy ade sekali lah yee", maka dibatalkan senarai yang mmg xde dalam list tu.

Kami pusing2 lagi, lepak lama2, belek itu, belek ini. Seronokkkkk, Aliya pun sporting jeeee teman mommy shopping.

Kalau Daddy ade, mesti xleh lepak lama2, belek sume2 barang walaupun bukan nk beli pun. "x yah la tengok, bukan nk beli pun". 



Siap leh main2 lagi, masukkan Aliya dalam troli dan Aliya redha jeee... Siyes, aku ngan makcu mmg dh x larat nak main kejar2 ngan Aliya dalam tu. Seronokkkkk je dia berlari2 dalam tu, macam Ini kedai bapak saya, sila lah datang bermain di sini. 

Kalau Daddy ade, "jangan la wak gitu ke Aliya, sian ke dia, sakit belakang tu, meh Daddy dukung Aliya". 







Antara barang2 yang aku beli, since kakak aku datang dan duk kat umah aku sementara ni, maka aku tambah la sket koleksi bantal kat umah ni. Harap2 selesa la mereka tido ngan bantal baru tu. ekekeke


Tak lupa jugak buah tangan lagi untuk Aliya. Menambahkan bilangan mainan yang akan bersepah2 kat hall umah aku ni. Mommy bising2 sbb barang sepah2 pun tetap duk beli jugak. Sian Aliya asyik duk main mainan samaaa jee.. ;-)


Mengekek-ngekek Aliya gelak bila mak cu letak orang patung tu atas glider, bila patung tu menggelusur jatuh, gelak Aliya tengok. Seronok jeee tengok anak puas hati main mainan yang mommy beli. 

Kalau Daddy ade, sure kena tapis halus2 gituuu masa nk beli.... "eh, mende kecik2 ni kang Aliya masuk mulut, telan nanti, bahaya tu. Cari mainan lain la".


To: Daddy
Jangan kecik hati tau, kami bergurau sahaja. Kami sebenarnya seronok lagi kalau Daddy ade sekali, boleh tambah lagi senarai shopping kami tu. ehehehe


Thanks for dropping in!;-)



6 comments:

  1. parok sungguh la bini sharul nih.hahahahha.dlm byk2 tu,niat suci sebenarnya beli brg2 utk kakak dia.tp byk selingan tu yg dok napok mana niat suci tuh.ahahahhahahaha...lawok2...

    ReplyDelete
  2. mmg parok as, parok berdooh-dooh ni. tp skurang2nya mmg niat sha suci kan.;-P
    part selingan tu sekadar warna-warni kehidupan, penambah perisa, penyedap deria, secukup rasa knorr rahsianya. ekekeke

    ReplyDelete
  3. hoh.. hai pn suke g giant... sbb leh menghabiskan mase berjam².. last² x beli ape pn.. pusing je lebih.. aliya xnk main yg display gelungsur kat giant tu ke? Dina kalu ke giant.. dh tau dh hala tuju die.. hahaha...

    selingan : fiona tu mmg ampess kan? tetiap ptg musti x abes2 mulut ni terkumat kamit komen psl fiona... eeiiii.. geram²...

    ReplyDelete
  4. mainan aliya menarik hatiku..nk li kan irdiena jugak la...sila jgn marah ye i tiru u..hahahhahaha
    kekdg buntu nk likan mainan ape...semua mcm buhsan....

    ReplyDelete
  5. mujur ada pembantu nak handle budak kecik ni. hehe.. klu su, rela tak bawa.. tak larat nak kejar dan tak larat nak dokong :-)

    ReplyDelete
  6. sya, kak lely rasa mmg byk bedanya soping tanpa asben.. heheh, u no wut, seniri amek, seniri bayar maaaa... ;-p
    satu lg, kena beratur panjang²..
    kl die ada, kite just tunggu atas kusi panjang kat cashier tu sambil mencari line wlan.. hahahah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...