Wednesday, October 19, 2011

Macam2 aktiviti Aliya

Warning : Gambar di muat naik secara pukal. Maka di harap bersabar hingga ke noktah terakhir. ;-)


Suka sangat ketap2 bibir macam tu. Bila aku cakap 'xmo kawan!' mesti dia pun cakap 'mo' sambil ketap mulut macam tu, pastu paling muka dia laju2, konon2 xmo tengok aku la, padahal mata duk jeling aku gak. Bila lama aku buat derk x kawan ngan dia, mesti cebik muka buat2 nangis. Lempang kang!

Selalu berebut botol air mak chu. Maka aku belikan satu untuk dia. Hari pertama dpat botol tu ke hulu ke hilir di bawaknya sambil gantung kat leher. Air dh la isi penuh, kadang2  tertonggeng ke depan sbb x balance.

Cuba nk tutup dan bukak sendiri. Bila aku tolong, mesti x nak buat sendiri dah, asyik tarik tangan aku suh main buka dan tutup. Jenuh!

Bersungguh minum. Semek ni mmg suka minum air masak. Kalau gelas besar tu, separuh dia boleh abiskan dalam satu nafas. Bila ade botol air ni, kejap2 minum, maka kejap2 kena top-up.

Peel baru. Lepas dh mandi, pakaikan pampers, pakaikan seluar, pakaikan baju. Tapi kalau baju yang ade butang, sebaik je lepas masuk tangan yang kedua, terus tolak tangan aku, x bagi kancing, sbb nk kancing sendiri, last2 aku jugak di carinya.

Tengok tu, seluar pun x sempat nk pakai molek2. Tak nyabo betul la Aliya ni. 

1st time makan aiskrim sendiri. Sepupu aku yang bagi. Nak cakap tak boleh kang takut terasa lak. Kelip2 la aku ni tengok Aliya makan ais krim. Bukan ape, aku rasa macam awal lagi nk bg makan mende2 macam tu. Kalau setakat calit2 sket kat bibir dia tu masih boleh konsider, ni satu batang Aliya makan sorang derrr..... hati ibu ni gusar melihatnya. Pasrah!

Baju hijau tu anak kakak aku yang sulung. Mmg peminat nombor satu aiskrim dan jajan. Kalau bagi nasi ayam RM4 dengan asikrim kacang rm0.30 sen, hak murah tu la pilihan hati. Aliya muka cuak sbb mungkin rasa sejuk aiskrim tu.

Dah boleh kontrol dah, tapi xde la sampai dia gigit, dia hisap aiskrim tu. Bila dh separuh ais krim tu, maka separuh baju pun penuh ngan titis2 ais krim tu. Aiyooooo anak mommy comot!

Bagi2 ayam je semek ni. Kalau barang dia suka, dia akan bagi, tp konfem dia akan amik balik. Kalau xmo malu sendiri, bila Aliya konon nak bg sesuatu baik x yah amik, kalau tak buat malu je.... ekekekekeke

Bila pegi kedai beli barang, xmo dah duk dalam troli. Ape kelllasss.... Aliya boleh jalan la mommy! Yang aku runsing kan bila dia duk sentuh dan nk amik semua barang. Kalau masuk kedai kasut lagi haru. Semua kasut yang duk susun atas rak paras dada Aliya tu, semua dia bawak turun susun kat atas lantai lak. Letih aku nk menyusun balik.

Tengok, dia nk start dh aktiviti dia tuh. eeeiihh budak kecik ni, selamba je angkat air botol tu sebelah tangan.

Aktiviti santai lepas dh basuh poo untuk kali yang 3 hari tu, baru petang hari, belum sampai ke malam lagi. 4,5 kali sehari adalah biasa. Kakak aku pun heran, budak kalau dah setahun paling banyak 2 kali je sehari. Tapi Aliya xde la meraung nangis2 sakit perut masa poo tu, elok je meneran. Entah la, sistem perut dia dh macam tu agaknya.

'Wo' - Hello. Itu je la ayat mula2 skali klu pegang tepon. Lepas tu dah campur2 ngan bahasa jerman dan perancis serta indon sket2. errk!indon?? kesan tokmi yang suka tengok citer Putri Yang Bertukar. ekekeke

Ralit duk tengok upin ipin kat youtube. Part upin ipin cakap masing2 diam jeee... time nk abis citer kan ade lagu, time tu terus bangun terus goyang2 kiri kanan. Abis lagu terus duduk suh play lagi. Dah tu bila mommy nk update blog nyeee..... akhirnya aku jumpe reason kenapa aku culas ngat nk update blog. ngeh ngeh ngeh

Aliya suka berlagak macam orang dewasa. Nak main ngan orang besar. Budak2 kat umah tok abah mmg suka main ngan Aliya. Kalau Aliya keluar umah je, kanan kiri aku duk dengar orang panggil 'Aliya...Aliya'.
Glamer jugak anak mommy ni eh. hehehe

Ade hati suh kakak turun basikal tu sbb Aliya yang nk gohek. Basikal dia tu xnak main pun. Jadi perhiasan je laaa.... Kalau tokmi dah lepas Aliya keluar umah, laju jeee kaki tu melangkah, muka menyengih je.. konon-konon 'Oh! Sungguh bebas!'.
Bila dh nk maghrib, orang ajak masuk je, terus datang mood Tarzan dia tu. Menangis -meraung macam kena pukul. Ni mmg nk kena babab betul2 ni. Haaiihhh....


 Salam...






Thanks for dropping in!;-)

 autopublished.

6 comments:

  1. k.sya..lama dh xguna perkataan GOHEK...hahaha...
    cm sama jer growing phase anak kita...sonok kan..tp aliya lg best..nk dpt kwn dh pasni..neway take a gud care

    ReplyDelete
  2. Irdiena lom pandai nk butangkan bju..sbb bley kira bp helai je bju butang die...irdiena pun lom pandai minum air dgn straw..mama xpenah ajar..ngeh2x.....

    ReplyDelete
  3. salam ziarah kembali..wee aliya dh mkn eskrem..sy tk pnh lg ajar darwisy..takut batuk plk..

    ReplyDelete
  4. Yati : ehehe, bahasa klasik tu. mekasih yati.

    Faiez : baju Aliya yang butang2 kat depan mostly baju tido. x pandai lagi nk butang sendiri, tp sume mende org buat nk buat jugak.

    Fiza: thanks singgah sini. bab eskrim tu mmg merisaukan, sebelum ni ade bg tp sket je pun. Tp itulah, bila orang lain yang bagi, macam x tahu nk cakap ape.
    Dilema ibu. huhuhu

    ReplyDelete
  5. k.sya,off topic...approve FB please..berkurun dh yati add k.sya

    ReplyDelete
  6. aaa??? ye ke? k.sha ni skang dah x tengok pun sape2 yang nk add dalam fb, xpe2 nanti k.sha tgok balik. hehehe sori yeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...