Friday, February 04, 2011

She is my angel

Lama tak update pasal Aliya kan?

Banyak nak citer pasal budak kecik tu. Since masuk 7 bulan 3 minggu lepas, aku cam "eh, cepat nye besar anak mommy ni".
Dah pandai macam2, sampaikan aku rasa "oh! penat sungguh! Aliya tido 24 jam non-stop boleh tak? Mommy nk rest."

Of kos la tak boleh kan??? So, jangan merapu mintak yang bukan2.
Kalau dia tido kang, ade yang gatal tangan jadi tukang kejut.

Ok, jom baca ape yang Aliya dh boleh buat.
1. Awal 7 bulan aritu, Aliya berjaya sebut ba-ba-ba. tak pun va-va-va.... Ekspresi aku: sengih sepanjang hari. ;-)
2. Dah boleh duduk sekejap2 on her own without support
3. Suka panjat kerusi dan berdiri! Pegang sebelah tangan lak tu, toleh belakang, senyum2 kambing. Kononnya, "mommy! see, i can stand alone."  Haaaiissshhh!!!!
4. Suka jerit2 tak tentu pasal, lepas tu mengeluh macam banyak sungguh masalah nye..hehehe.. tp sweet. :p
5. She has 7 teeth and its a nightmare to me! Huwwwaaaa! Aliya, please stop biting me!
6. Sangat memilih. Nak ngan orang yang dia kenal je. Kadang2 daddy dia sendiri pun dia xmo. Hehehe, jumpanya kadang2 ekpun. :p
7. Skang makan ape yang aku makan. Beef steak, double prosperity burger, mee bandung, rojak keling dan lain2. 
Hehehe.... Tipu. Mana boleh kongsi ngan Aliya, tak cukup nanti aku nk makan.
Aliya makan x banyak, tp kuat minum susu, boleh abiskan 6-7oz dalam satu masa. Ke sikit tu? :p Kena pk cara nk suh dia makan banyak. Hmm....
8. Kalau duduk dalam walker, dia dh boleh keluar sendiri, yang kat umah tokmi la, sbb walker tu cam rendah sket, yang umah aku ni, dh ala2 nk boleh, tp aku boleh angkat tinggi sket lagi nk elak dia kuar sendiri. Pandai pulak dia letak kaki kat besi bawah tu, lepas tu pegang sofa untuk tarik naik ke atas. Eeee.....cubit kang!
9. Kalau tgok sape2 pakai tudung, mula la dia buat ala2 sesak nafas. "Tolong-tolong, bawak aliya skali!". Mmg kaki jalan la budak kecik ni.
10. Aliya boleh gigit ibu jari kaki dia masa nak masuk 6 bulan aritu. Tp time tu x pndai lagi bukak stokin. Skang ni, dh pandai bukak stokin sendiri. *kalau getah dh longgar la :p*
11. Game yang dia suka main ialah kejar2. Time dia merangkak tu, aku suka buat cam nak kejar dia, mesti dia merangkak laju, cari tempat selamat, kalau ade sumone area situ, dia akan panjat orang tu dan konon akan jadi pelindung dia, lepas tu gelak2 sbb dah selamat. Lepas tu pandang2 aku, kononnya "kejar la, kejar la!" hehehe....Comell! *puji anak sendiri la pulak :p*

Ok lah. Setakat tu je aku leh ingat skang ni. Sebab tgah2 taip ni, duk pk nak masak ape jap lagi. Kang kebulur adik aku 2 orang ni. :p

Sebelum tu, meh layan pic Aliya 2 hari lepas. ;-)


Mainan dia xmo main, makanan feveret aku gak la yang jadi mangsa.


Caner nk bukak niii?


Tgok tu, di guling2nya bekas tu. Pening kang mommy makan baulu tu nanti.


Try bukak guna gigi, kot2 berkesan.




"Mommy nak ke? Tgok je dari tadi."


Ok. Meh tgok Aliya nk buat akrobatik ni. Mula2 panjat dulu atas bekas baulu mommy ni.


Lepas tu, letakkan dada atas tudung dia.


Lepas tu, angkat 2-2 belah kaki, makin tinggi angkat makin mudah nk jatuh ke depan. :p


Ok. Dah jatuh sila pura2 senyum ye. ;-)


Nak aliya tunjuk lagi skali ke?


Tak lama lepas tu, aku tgok dia dh berdiri kat kerusi tu. Eeee.....Aliya mmg suka buat aksi2 silap mata ni.
Kadang2, aku tinggal seminit je nk g dapur, tgok2 dia dah berdiri kat almari depan tv. Haiiyyaaa!!! Banyak susah hati la ini macam...

But still, she is my angel! Mommy loves Aliya sooooooo much!!!


Moral : Awasi anak anda sebelum dia mengawasi kita. Ngeh3.

Salam.............

2 comments:

  1. cute jer aliya buat aksi akrobatik yer hehehe.. budak tecik mmg pandai buat aksi silap mata, kejap ada kejap tak ada hehe

    ReplyDelete
  2. mekasih k.nani singgah umah buruk saya ni. :p

    Aliya mmg aktif, kalau diam pun itu tandanya dia tido. :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...