Monday, May 30, 2011

Meh makan steamboat.

New update but old story. :p

Aku ngan asben pegi KL sbb nak amik adik aku. Cuti sem for 4 months. Oleh kerana nk suh dia teman aku duk Taman Permint Permata sepanjang asben pegi keje, so kena la pura-pura tunjuk baik hati mengofferkan diri untuk membawa dia pulang ke pangkal jalan ke terengganu.

Bermalam kat umah kakak aku, 2 malam. So, leh la spend 2 hari berjalan2 di gedung membeli belah. :p

Kisah lucu pun ade. Lucu bila ingat balik la, time kejadian tu berlaku, mmg agak haru jugak lak. 

Alkisahnya, aku ajak asben pegi midvalley. Asben awal2 surrender "abang x tahu jalan la".
Aku protes, "ala, signboard berlambak2, follow je la".
Demi isteri tercinta ini, asben MEMAKSA diri. ngeh ngeh ngeh. *giler tak ikhlas :p*

Memang signboard TIDAK MEMBANTU. Sbb awal2 pun kami mmg dah salah arah. Ntah kemana2. Duk dalam ekon pun rasa macam membara je. :p

Lantas asben bersuara "abang nk gi low-yat, beli GPS la".

Low-yat kat mana bang? Sebelah trafik lite kat depan tu ke? *aku baik, sindir pun dalam hati je :p*

Ade hati pulak nk g low-yat. Midvalley nye dah jumpe ke?

Tapi memang kami selamat sampai ke low-yat. Kata asben "abang tahu jalan nk g low-yat".
Ok, fine!

Masuk low-yat tak sampai 20 min pun. Kedai pertama yang ade display GPS cap garmin, kedai tu lah yang asben beli. Lepas tu, kami terus blah, gigih nk ke midvalley.

YES! en Garmin sangat membantu. Kami memang menuju ke MV. TETAPI............asben aku ni jenis yang degil, sore pompuan yang tak merdu tu dh suh exit kiri, tp asben g terus je, sbb MACAM TAK YAKIN "ye ke jalan ni". KEYAKINAN lah sangat kannnnnnnnnnn.... langsung kami kena u-turn sket punya jauh, pastu masuk kawasan perumahan la, lagi la kami konfius. 

Lepas tu, asben dh insaf, xmo degil2 lagi, akan dengar cakap. 

Akhirnya sampai jugak kami di MV. Yeayyy!!!! ;-)

Sebab kelaparan, kami terjah Chicken Rice Shop dulu. 

Menyesal tak bawak stroller. Letih duk dukung semek ni.

Objek dalam bulatan adalah riak wajah semek Aliya yang terkejut bila.......... sshhhh!!! ;)

Sibaik la adik aku ikut sekali. Boleh gak aku tumpang berehat seketika. 

Menu wajib jika terjah CRS. Adik aku sedang menahan imannya. :p

Sengaja mencari pasal. Abis je rm2 untuk carrot tu, meraung la semek tu sbb tak puas main. Aku dah tahu, saje nk test pitching Aliya. 

Masa ni dh pusing2 dalam mall tu. Tapi satu ape pun tak beli. Beria nak datang bukan main lagi. Asben paling frust, butik Guess tengah duk renovate. Aku pun frust, klu tak, leh tumpang sekaki. :p

Masa ni tengah duk cari butik guess tu kat level bape. Aliya yang lebih2 tolong cari.

Last2 balik ngan tangan kosong. :(. Tapi aku hepi je.
Anak buah aku ni makin cerdik. Boipren pun makin ramai, asyik duk bilang nama lelaki je kat skul dia. ;)

"Kak wina, Aliya punya tu. Bila turn Aliya lak?"
Yang rambut curly pakai baju pink tu anak kakak aku no. 2. Cengeng aka manja giler. :p. Yang rambut sanggul, lepas tu toncang lak kat tepi tu, anak aku yang sulung. Baik je, macam mak dia la.

Malam sabtu, kami keluar makan steamboat. Kedainya dekat Ampang. Thai Steamboat.

Kedai ni ala buffet. Dewasa RM22++, kanak2 7 tahun ke atas RM12++. Kalau nk sizzling/bbq steamboat dewasa RM27++, kanak rm14++.

Now you can choose. Korang boleh pilih, boleh amik sebanyak mana pun korang nak. TAPI...... kalau tak abes, diaorang akan charge harga lain tau. Kakak aku yang bgtahu la. 

Korang duduk la sampai bontot korang melecet kat situ, diaorang takkan halau.
Tapi kalau kedai dah tutup, pe kejadah korang nk duk lepak situ lagi nyee....

Ni our 1st round. Kami amik seafood je semua. Ketam paling banyak kami makan. Udang pun sangat segar. Kerang, lala, kerang buluh, remis, mcam2 seafood ada, u just name it. Sayur aku amik gak sket2. Pelbagai sosej ayam, daging sume tu, kami tak amik langsung. Kang makan yang tu, kenyang x termakan lak seafood sekalian. Lagipun, yang tu untuk budak2 je. :p

Setiap meja memang disediakan satu tong gas. Aku agak jakun di situ. "Eh, bahaya la tong gas merata2 ni". 
Aliya sangat 'behaved' malam tu. Sepanjang kami makan malam tu, Aliya hanya tido sahaja. So aku sangat bergembira makan tanpa halangan. ;-)

Kami semua kecik2 sahaja (nasib la korang baca), tp kami semua makan banyak!

Sup tomyam yang sangat mabeles. Sup ayam dia aku tak suka ngat, rasa macam megi ayam. :p

Nampak tak? Nampak tak? Sedap hingga menjilat jari hantuuuuuuuuuuuuuuuuu!. :p

Abang ipar aku kata, selalunya malam sabtu memang full la kedai tu. Agaknya rezeki kami malam tu. 

Sebahagian sampah sarap yang asben aku tak bagi waiter tu kutip. Nk amik gambar kenangan katanya. 
Abang ipar aku bgtahu, waiter akan datang amik sampah sarap tu klu dia tgok dh penuh meja. Itu pun dah 3 trip waiter tu amik, kebetulan masa waiter tu datang, asben pegi pilih seafood lagi kat dlam kedai. Bila tgok sampah asyik kurang je baru asben bgtahu jangan bg waiter tu amik sampah lepas ni. ekekekeke

Aliya GOOD girl! ;-)

Keluarga kecil mereka yang meriah. Mulut si Wina tu leh tahan banyak cakap gak. Tapi asyik IBU,IBU,IBU je manjang. Kan aku dah kata, cengeng!

Sampai umah pun, semek ni tak bangun2 jugak. hehehe.....
Aliya, klu dah tido lepas maghrib, memang sampai pagi esok la tidonya. Tapi tengah malam tetap cari 'besfren' dia gak. Haiiisshhh.... kaco mommy tido la. :p

Esok hari nya, aktiviti kami memang full. Beli dah belah semahu-mahunya. Asben drop kami kat sogo (sogo dihatiku :p), asben pegi Pavilion. Mentang ade GPS. Berjaya gak dia bawak balik selai jeans Guess. Kalau la aku ikut.......
Eh, aku pun shopping okay. Aliya paling banyak, mana2 pegi asyik beli untuk Aliya je. Juga kain baju raya untuk adik aku.

OTW balik ke Terengganu petang tu, asben ajak pegi Kuantan. East Coast Mall.Kecil tapak tangan, stadium bukit jalil saya tadahkan. Ngeh ngeh ngeh. 
Seronok-beronok-ronok aku yang tukang pikul Aliya ni. Hilang segala sakit pinggang bila asben kata "amik la sha nk beli ape2." 
Aku pun sambung, "Abang amal la ayat tu selalu ya, insyaAllah...senang hati bini abang nanti". :p

Kami sampai rumah dalam pukul 1 pagi. Letihhhhhhhhh!!! Esoknya kena keje. 
Bab keje je, letih manjang... kalau bawak pegi kedai beli belah, suh pikul meja makan pun aku sanggup. Agak nya laa...:p

psst: tajuk entry ngan content nya selari kan? ;-)


Salam...............

5 comments:

  1. sya, ampang area mana ni?? su pun duk ampg tapi mcm tak pernah lalu/ xprnah dgr kedai steam boat ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. ooo dah tahu!! depan balai polis tu ye?? hmm dh pernah mkn area situ tapi su mkn goreng2 kat timor palace tu... patutu la ramai org smpi ke luar2 meja dia.. nnti blh try :-)

    ReplyDelete
  3. hehehe, dah agak, sue mesti komen punyer sbb sue duk ampang. ;p

    bab2 area mana, dekat dengan bangunan ape, stesen minyak ape paling dekat dengan situ, mmmg sha mintak ampun mintak maaf, failed klu tanya pasal lokasi di KAMPUNG kuala lumpur. Kalau tanya BANDAR Terengganu, insyaAllah sha masih boleh tolong. *peace*

    not bad la sue, kalau ikut tekak sha ni memang berbaloi la dengan harga tu, sbb leh amik banyak mana, makan la sepuas hati. Make sure masa pegi perut tengah lapar. ;-)
    Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  4. sha.....ayat hubby sha tu mmg best sha...hikhik..cummelnyer si aliya duduk..sopan...

    ReplyDelete
  5. ooohh! ayat paling INDAH dalam syurga dunia. ;-)

    cari jugak pic mana faiez cakap Aliya duduk sopan. Rupanya pic aliya bersanggul dan bertoncang, ngah tgok sepupunya main mainan tu.
    Sbb JARANG jugak nk jumpe minah tu duduk sopan2 ala girlish ni. :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...