Saturday, November 20, 2010

Dokumen Perjalanan

Apakah tajuk itu? :p

dalam post ni aku ade bgtahu nak citer pasal urusan aku kat pejabat kerajaan tu kan?

Ok, meh sini baca sampai abis. ekekeke...

Since urusan tersebut berlaku di pejabat kerajaan, so aku terpaksa la men-cuti-kan diri sendiri yang juga pekerja kerajaan (pekerja kerajaan??) ini. Kali ini kami dah prepare baik punyaaa... kejadian tempoh bulan telah menyebabkan urusan kami terbantut. Kejadian apa?
Sebelum ni kami dah penah pegi ke pejabat kerajaan tersebut, tetapi disebabkan x buat ulangkaji dan x de soklan spot, urusan kami tergendala, tp cuti aku berbaloi sbb en suami ajak aku pegi soping. groceries je pun...ekekeke...
So, kami pulang dengan sedikit hampa, tp banyak hepi sbb soping banyak jajan. :p


Berbalik kepada urusan di pejabat kerajaan pada kali yang ke-2. 
Kita buat checklist sket ;
1. Gambar ukuran pasport aku, suami dan aliya -DONE
2. Salinan IC aku dan suami - DONE
3. Salinan mykad Aliya - DONE
4. Borang permohonan aku, suami dan aliya - DONE
5. Duit - DONE
So, checklist menepati citarasa. :p... so jom terjah pejabat kerajaan itu.


Sampainya aku dan en suami di sana, kami kena lalui kaunter pertanyaan. Kaunter tersebut ialah kaunter amik nombor giliran sebenarnya, tp staf kat situ akan checking dulu borang dan keperluan permohonan kami. 


Dialog kami dengan staf tersebut.
abang baju uniform : Borang ok. Jadi saya bagi 3 no giliran sbb ade 3 permohonan. Anak mana?
kami baju biasa : anak x bawak, aritu bgtahu kena bawak gambar anak je, x bgtahu pun suh bawak anak.
abang baju uniform : X boleh encik, kena bawak anak. Anak umur brape?
kami baju biasa : Kecik lagi, baru 4 bulan.
abang baju uniform : ooo....walaupun umur sehari tetap kena bawak anak. 
kami baju biasa: (telinga en suami dah merah) dh tu x leh hantar lagi la borang ni? (dan beremosi)
abang baju uniform : encik boleh try tanya kat kaunter permohonan nanti. so, saya bg 2 no giliran dulu. (sambil hulur 2 no giliran kepada kami).


Aku diam, follow en suami dari belakang dan berjalan ke tempat duduk yang di sediakan.


"patut la sha rasa dh nk bawak aliya tadi, tp takut nanti dia macam2"...  hahahahahahaha...... bila jadi macam ni ade aje ayat yang "patut la............... tp................".
Klu abang baju uniform tu cakap, " xpe x bawak anak pun". konfem ayat penyata ni lak kuar "nasib baik kita x bawak aliya tadi" ekekekekeke.....


en suami x banyak ckp sepanjang menunggu nombor kami di panggil. ade la tu tengah duk pk nk auta staf kat kaunter permohonan tu nanti. hahahahahahaha
TING! Mentol philips en suami menyala.
"Sha, lepas settle yang kita ni, kita balik amik aliya la eh, settle je la terus arini skaligus".
haaaa.....kan aku dah ckp, dia mmg tgah pikir kan sesuatu, tp aku je yg silap tilik. ekekeke


Urusan permohonan aku dan en suami dah settle. Menepati piagam pelanggan. Permohonan akan di selesaikan dalam masa 1 jam. Mereka menepati janji. Aku suka pejabat kerajaan ini. Like! :p


Sejurus selepas itu, kami pulang ke bandar cyber untuk angkut aliya ke bandaraya pesisir air. Tok mi geleng kepala. Ala, skang ni 30 min je nk g bandaraya, ilek ar tok mi. ngeh ngeh ngeh.


Kami sampai lagi ke pejabat kerajaan tersebut. Aku dpat lihat dengan JELAS, abang baju uniform kat kaunter pertanyaan tu senyum. Dia senyum sbb tgok aliya yang mamai kot, baru bangun tido ekpun. *Sila bersangka baik walaupun dalam hati aku kuat mengatakan abang-baju-uniform tu sebenarnya senyum sbb senyum sindir sambil dalam hatinya berkata - kan dah kata kena bawak anak* :p


Sampai no giliran aliya. En suami bangun sambil dukung aliya ke kaunter permohonan. *Dalam hati aku, x kan nk amik cap jari aliya kot*. X sampai 10 min, en suami kembali ke tempat duduk menunggu di sebelah aku.
Eh, dh ke? 
"Dia nk tgok aliya je, dia mmg nak tgok orang yang memohon".
Aku cam, owh! Patut la abang-baju-uniform tu cakap, baby umur sehari pun kena bawak. Polisi diaorang, so juz obey the rules. *wink*


Selepas satu jam, produk terhasil. Skali lagi mereka menepati janji. :p


Inilah hasilnya....





ni aku ngan aliya nyer, yang en suami ade dalam simpananya.





eclipse itu adalah model tambahan.

moral : kalau dah tahu polisi gomen ni berjela2, sila la baca sampai abis, jangan baca sekerat2 je, klu x end result pun sekerat la jugak. :p

Salam......

4 comments:

  1. hahahahhaha.lawak nye lah!sebelum baca abih org dah tau sya nak buat pasport!hehhehe...

    tp mmg pon,dah 2 kali org g imigresen,mmg kena bawak bb.sokmo je org bawak bb,walaupon kecik cenonet.semata2 nak tengok je.wujud ke tak bb tu.kot la hanya bayangan je.hahahhahaaa

    anyway,nak bercuti ke doha ke?tak sabar!!

    ReplyDelete
  2. hahaha... x aci!! baca x ikut stage, terus scroll tgok gambar. :p

    tu ar, betul gak diaorang buat macam tu, in terms of security. tp klu sawati ade, mungkin bole dipertimbangkan klu xde aliya pun. *konon ade kabel* :p

    saje je as, sharul ajak jalan sini2 je, tp lambat lagi pun...yang pasti bukan tahun ni. tunggu aliya besar sket je lagi.

    klu la bole ke Dubai, leh singgah Doha jap. tp lokasi itu tiada dlam senarai. :p

    ReplyDelete
  3. wah. nak gi mana tu? hehe.. masa su dulu nak gi bandung, wat pasport bekumpulan jek, mmg kena bawa sume la org kt dlm gmbr paspot tu.. hehe

    ReplyDelete
  4. hehe, xkemana pun, area2 sini sahaja. :p

    tu la, dia ckp suh bawak pic anak, xde pulak dia bgtahu suh bawak anak sekali.
    sha pun berat mulut nk tanya, so nasib la...
    hehehe, pengajaran tu. ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...