Thursday, March 24, 2011

Kalau dah JODOH ;-)

Yeay!!!!
Akhirnya JODOH kami dipertemukan jua.
Almost 2 weeks time menunggu ketibaan mu, dan kini kau di depan mata menuggu untuk di NGAP. ekekeke
Dah macam serial killer lak. :p
Aku dah lama tgok-teringin nak makan mende alah ni. Bila BW je mesti akan TER-terjah citer pasal mende alah cute ni. Bikin hati ini gundah gulana, tido malam tak lena, asyik teringat2 dan termimpi2 kan mu.
Dah la kat Terengganu ni payah nak jumpe mende cute-miut macam tu.
Korang yang ade kat KL mesti selalu dapat makan kan.
NAK DUK KL!!!!!!!!

Dan aku tahu mende alah ni mmg mahal, sampaikan ade aku baca seketui cenonet tu harga dia RM5. Kalau yang ade anak 8 orang, bankrapsi la macam ni.
Dah rasa seketui mesti nk rasa lagi kan, tp kalau nak makan sampai kenyang, jawabnya sebulan x yah soping la. *bagi orang yang tak kaya macam aku ni la*
Yang memang menjadi makanan ruji mereka tu aku x amik kira, dh memang duit mereka bersepah merata2. Masuk toilet pun "alamak, terlap tangan dengan note RM1000 la"
Begitulah bila orang kaya berkata2, sampaikan tisu tandas ngan duit pun boleh tertukar. :p

Kembali kita kepada kisah orang yang tak berapa kaya ni.
Akhirnya aku menempah secara atas talian. Aku beli ni takde la mahal sangat, tak sampai RM2 pun seketul.

Smalam, bila GDEX call nk antar barang, super eksaited, tak sabar nk tgok kecomelan mende alah tu.


Presenting to all of you.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mende alah tu ada dalam kotak ni. 

Resit penghantaran/ penerimaan mende alah tu.

Packaging mende alah tu sangat KUKUH. Syabas kepada penjual mende alah tu. Memastikan barang tiba dengan selamat dan sempurna.
Strategi memikat hati pelanggan.

Mende alah tu dibungkus lagi dengan plastik yang-ada-biji-angin-bila-picit-bunyi-PAP. Mesti nak picit lagi lepas tu. ekekeke
Ade yang dah boleh agak pun. 
*yang boleh agak tu mesti mende alah ni dh jadi sebahagian makanan ruji korang. Kaya wooo*

Haaaa...makin jelas dan nyata mende alah tu mempamerkan susuk tubuhnya.

Cute label.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Taraaaaaaa!!!!!!!!
Mr/Mrs/Mdm/Ms Macaron in the house!!!!!!!!!!!
Comel tak kawan-kawan????

Sebelum selamat NGAP, gambar kenangan harus la di rakam.

Hehehe.....cute giler mende alah ni (bukan nama sebenar)

Ada 5 kaler dan 3 flavour sumenya. Chocolata Ganache, Peanut dan Dulce de Leche.

Masa aku duk snap2 ni, tangan asben duk zas-zas nak amik satu.
TAK BOLEH!!

Makan hendaklah dengan berhemah ye. Sila gigit pelan2 dan kunyah 800 kali baru telan.

Yang ni perisa Chocolate. Yummmmmeeehhh!!!!!
Aku tak tahu cane nk describe kesedapannya, korang kena cuba sendiri.
Memang SEDAP!!!!

Yang ni pun SEDAPPPPPPPPP. Tapi ade 2 keping je perisa ni. Aku satu, asben satu.

So, malam tadi kami dh habiskan 4 keping.
*Banyak nye asben makan. Aku yang KUPIT aka KEDEKUT*
So, berbaki 21 biji + 2 keping yang cikmin bagi FOC. ;-)

Kedekut ke aku? Hahahahaha...
Bukan senang nk dapat kat sini, sebb tu aku jadi sekejam itu.
Lepas ni seketul tu nk belah 2, share ngan asben, tp filling dia tu konfem melekat kat salah satu shell je kan, haa yang tu aku punya. ekekekekeke

Aku beli Macaron ni kat sini.
Memang MABELES!!! *double thumbs-up!*


Rasa2 kalau dah abis nanti, macam nak order lagi la. :p

Salam............

8 comments:

  1. k.sha..sila bagi web address nak order nih...saye juge mau makan mende alah itu~~~

    ReplyDelete
  2. punye la berjimat cermat dan berhemah nak makan tu. kalau saya, tak sanggup nak makan kut.. jadi perhiasan je. hahaha..

    ReplyDelete
  3. The thing is..after read this entry I feel that 1. nak rasa jugak!!!!even dok KL xtau pun ade benda alah nieh
    2. nak join kelas yueh..menariknye warna macaron tueh..tp mahal la plak fee nyer...

    ReplyDelete
  4. kahkahkah..dekat 2 pagi berkomen kat sini..lucu pulak baca coretan pemakan macaron ni...rasanya cikmin bagi 5 flavour..cekelat..dulce..peanut..yang purple tu blueberry..dan yang kuning tu butter vanilla atau pun kalau masam2 rasanya lemon curd..

    apa2 pun terima kasih sudi membeli dan sudi menuggu ya..pics2 yang cantik..nantikan cabutan bertuah pada 31hb ni untuk macarons buyers..gud luck!!

    p.s cikmin tahu link entri ni dari analitik trafik blog..hehehe..

    ReplyDelete
  5. owh ya..jangan lupa simpan dalam peti ais tau..letak dalam bekas kedap udara ya..bila nak makan..keluarkan macaron dari bekas dulu after 10 minit baru makan okeh..

    ReplyDelete
  6. waahhh...menariknyaaa!comel gile color2 dia.sayangnya nak makannnnnnnnnn!hahhaha

    eh,dia bleh pos ke qatar tak??hahahahha....bestnyeeeeee klu duk mesia!kat sini mahal la.makan sekali sekala bleh la.klu sokmo,kena korek tabung la masa bayar tu.hahaha...

    org beli kat sini,ada 12ketul,harga dia 36qr.mahal la bg org.sbb dia kecik2 kan.hahaha....yg sya beli tu napok banyak je....bestnyeeeee!nak macarooonnnn!

    ReplyDelete
  7. sya, su pun tak pernah rasa lagi!!! mcm nak beli jek.. hehe.. tapi klu dah tersuka, parok gak tu kena kuar pitih .. haha

    ReplyDelete
  8. kawan2 ku sekalian, sila lah beli, yang dh selalu makan tu, sila makan dan makan lagi.
    sha punya dalam peti ais pun tinggal beberapa keping je lagi. asben makan manyakkkkkkkk.

    sha siap catu tau klu nk makan, tp asben kata "mana kenyang makan satu".
    eeee....buat kilang macaron la klu nk makan sampai kenyang!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...