Thursday, July 28, 2011

She can walk ;-)



It just happened yesterday!! ;-)  ~~27 Julai 2011.

Balik keje petang semalam, aku tengok dia main2 lagi ngan makcu. Makcu suka main2 kejar ngan Aliya. Bila kena kejar, Aliya la 'perangkak' paling laju dalam rumah tu. Lepas tu gelak2. *dalam hati aku, mengigau la Aliya tido malam karang.* 

Kalau ngan makcu asyik gelakkkkk je, kalau orang lain buat kelakar sampai nk putus orang kentut pun belum tentu Aliya gelak, kadang2 macam dia paksa2 gelak. Apekebende la yang kelakar ngan makcu tu.

Dalm kul 7 smalam, aku duk layan dewi cinta. Nengok kan Aliya seronok main ngan makcu, aku saje lambatkan waktu mandi budak kecik tu. Lepas maghrib baru aku angkut Aliya untuk mandi. 
Lepas mandi, siapkan dia satu hal, dah pandai xmo pakai pampers skang. Mengada! Kalau tak kencing-*erak merata, mommy pun malas nk pakaikan Aliya pampers tau!

Lepas je aku pakaikan seluar kat semek tu, terus dia bangun dan JALAN. Siap sengih2 lak tu, sambil angkat tangan pastu tepuk2. Yeay!!! Aliya dah boleh jalan. Kami ramai2 (kecuali asben, ade tgah laut) cam amaze tau, semua gelak2. Muka aku macam panassss je, giler teruja tengok anak dah boleh jalan. :-D

Aku pun apa lagi, terus amik phone nk rakam, nk bg daddy dia tengok. Elok2 je nk rakam, boleh pulak dia duduk lepas tu tunjuk skill merangkak dia yang dah pro tu. Haaaiiiisssshhh..... Mendatangkan kegeraman kepada aku sahaja.

Lepas tu dia bangun jalan lagi, tp sekejap2 je. Masih tak yakin nk berdiri sendiri. ;-)

Alhamdulillah....... saat yang paling mommy tunggu. Takpe la nk sambung merangkak balik pun, ekekeke. Mommy tahu tak lama lagi Aliya akan selalu main kejar2 ngan mommy dan pastinya mommy la yang semput dulu.

Phewww!! *Lap dahi yang  xde peluh*


Salam....

5 comments:

  1. tahniah alya.. pas ni tak terkejar alya plak. pas ni ckp " alya duduk diam2 blh tak?" hehehe

    ReplyDelete
  2. pastu mommy tak sabar lak nk suh Aliya leh cakap. Pastu bila ble cakap, mommy lak "Aliya, boleh diam tak?" :p

    ReplyDelete
  3. yea yea aliya dah berjalan..!!!.mmg excited sha...aritu irdiena buleh berjalan pas blik Redang...ngah dok berdiri..tetibe trus berjalan...2, 3 step..then duduk...tp esoknyer terus lupe mcmane nk merangkak.....pasni kita tgu diorg berckp plak eh....excited nk bergossip ngan anak sendiri

    ReplyDelete
  4. hehehe, mommy Aliya mmg over-xcited ni. Tak sabar nk tunggu Aliya boleh buat itu-ini. Tp bila dah tak terkawal mula la komplen macam2. :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...