Saturday, January 30, 2010

Unplanned xtvt

Jumaat, 29 Jan 2010.

Kami mmg x plan ape2 pun this week. Cadangnya nk rehat kat umah je. Tp disebabkan ade 'hal' yang mmg sangat memerlukan kehadiran kami ke Taman Sri Putra, so berlaku la penghijrahan pada hari tu.

'Hal' yang aku maksudkan diatas ialah :
~ alkisahnya en hubby telah membuat satu keputusan yang sangat drastik yang menyebabkan dia seperti jatuh ditimpa tangga. Abaikan klu peribahasa tu x sesuai.
Cani, adik ipar aku baru balik dari Azerbaijan. Orang poket tebal mesti la ade list panjang beli itu ini. Nak dijadikan cerita en hubby turut teruja bila adik dia pakai hphone baru iaitu 'beri hitam'.
So, dia decide on the dot, nak jugak pakai hphone tu. So, si adik pun usha la satu lagi beri hitam dari kedai kawan dia. Dapat la en hubby merasa beri hitam yang sangat sedap itu.
Tp x sampai 24 jam, macam2 pesen, macam2 kisah, macam2 masalah... ala..mende baru, mmg la x biasa lagi, tp en hubby tidak puas hati. Dipendekkan cerita, serta merta dia x nak phone tu. Tepuk dahi aku!!
Hahahahaha....
Gedebak gedebuk, x boleh tukar, bole trade in, x bole trade in, itu ini....macam2 hal...
Last2 bila kami macam dh redha, tetiba ade good news. Tokei tu dah setuju nak replace ngan hphone lain. Yang paling bes, hphone idaman en hubby, ala2 beri hitam jugak la, tp brand Nokia.

Disebabkan itulah kami berhijrah ke Taman Sri Putra hari tu, nak amik hphone baru en hubby. Dia nampak sungguh tidak sabar ekpun.

Moral : sila fikir masak2 tp jangan tunggu sampai hangit.;-)


Back to our topic.

Kami gerak selepas en hubby balik dr solat jumaat. OTW ke sana, aku suggest kat mr suami nk singgah klinik gynae. Terfikir jugak nk cont check-up kat private, tp sampai skang asyik tangguh je. Tp klinik gomen tetap kena pegi jugak. Fair and square. Tp tgok la cane nanti. hahahaha

Sampai umah MIL, en hubby senyum puas, dpt main ngan fav toy. Nyampah! Tersengih2...
Tp kami x lepak lama kat situ, sbb nk kejar turn kat klinik. Actually, sebelum pegi umah MIL, kami singgah dulu klinik, tp sebb ramai sangat senarai menunggu, kami blah dulu..

Lepas maghrib kami terus gerak ke klinik. Turn kami masih belum terlepas. Sibaik doktor malam tu ade 2 orang, so kami x tunggu lama.
Aku masuk jumpe doktor. Aku bgtahu itu ini. Dan doktor buat checkup kat aku. Almost the same ngan ape yang aku buat kat klinik gomen, bezanya fasiliti agak canggih. ekekeke
Dan yang paling menarik ialah, part body weight.
Siyes aku x faham. Mesin timbang tu x betul atau aku yang terlampau. Doktor siyes tercengang tgok berat aku. hahahaha
Berat itu adalah berat jika aku mengandung 9 bulan, tp aku baru 5 bulan ++.....hahahahahahaha
lu pikir la sendiri! :-)
Tp doktor x marah, doktor x cakp pun pasal minum air gula, x cakap pun pasal injection.
Hehehe... i loikeeee!!! Sayang doktor.

And the most fav part is, scanning.
Aku cam sangat teruja bila doktor tunjuk ini kepala...ini kaki...
Dan yang paling jelas aku nampak ialah denyutan jantung dia. Ya Allah! Sungguh indah!
~ i feel like crying okay, but happily~ ;-)

And the pic as below.


Actually, lepas doc print, aku ngan en hubby cam x berapa clear ngan pic tu. Tp, ape2 aku tahu si kecil itu ada dalam gambar di atas. we'll keep it as his/her 1st pic. :-)

Tp yang x bes dengar ialah, presentasi atau kedudukan bayi aku. Doc bgtahu breech aka songsang. Aku cuak tau! Tp doktor awal2 bgtahu, masih awal, baby masih duk main2, pusing2 dalam tu. Fuh! Lega... ;-)

Skang aku dah rasa gerakan dia kat dalam. Kadang2 tu sangat sakit. Aku x tahu samada itu tendangan atau tumbukan. Tp siyes sakit. So, untuk keadilan, lepas tu sure aku tumbuk perut encik suami. Konon2, aku cerita pe yang aku rasa kat en hubby, tp beserta dengan gaya dan aksi. Jahat! ahahahaha..... Baru la adil, kan?


Sekian dulu cerita untuk weekend ini. Gambar terbaru aku adalah seperti di atas. Aku masih seperti dulu, kan? Masih slim, klu gemuk pun, sket je....

*sy suka puji diri sendiri*...so, tiru macam saya! :-)

Ok la, kita jumpa lagi di lain siaran.

Salam....

7 comments:

  1. kih kih kih.. baper la agaknya berat engko skang yer?! saya hari tu naik 10kg jer dari berat asal. so, tak nampak sangat pun.. tp pernah terbaca kat magazine, jgn naik lebih 16kg, kalau terlebih, after bersalin nanti susah nak turun. hehe...

    ReplyDelete
  2. itu la lora, sha pun x tahu la sha makan mende. tp tiap kali timbang, jarum tu cam sengaja nk perli2 sha. siyesly, sokmo la lapaaa...

    ReplyDelete
  3. sha! tembam dahhhh =) jaga baby tu baik2. jangan buat kerja berat ok. take care. bila due??

    ReplyDelete
  4. sha.. sudi2 la tengok gambar baby saya masa dlam perut. link kat sini yer

    ReplyDelete
  5. sha pun terpk nk buat 3D ultra sound, tp maybe bila kandungan ni dah 6 bulan keatas. hehe

    ReplyDelete
  6. yaahhh..dah 6 bulan...sik madah..hehehee..patut tergerak ati mok baca blog ktk tek..TAHNIAH ^_^

    ReplyDelete
  7. bukan sik mok madah, tp kmk segan mok madah.
    kikiki

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...