Friday, January 01, 2010

sesi 'temuramah' di klinik ibu dan anak



Hi my dear readers... *if ada la..heee....*
since masa ada masa terluang ni, leh la aku update blog. Siyesly aku sangat bz ngan keje ofis lately, tambah2 di hujung tahun. smalam pun aku celebrate new year ngan en hubby kat ofis, kurang 5 min kul 12 tgah malam baru ktorang blah, itu pun sebb rasa dh seriau smacam..hehe.... thanks to u dear, anda peneman setia saya. Sampaikan tertido atas kerusi..:-).. tp lupa nk snap gambar. hehehe

well, back to our 'title'.
I called it temuramah sbb boleh kata aku kena berulang selang sehari ke klinik. Gamaknya nurse tu suka benor nengok muka aku. Alkisahnya, sebelum tiba next check-up aku tu, aku mmg struggle nk naikkan HB aku. Dalam erti kata lain, aku makan apa jua yang boleh tambah darah, campur sekali ngan yang boleh tambah lemak.heee....
Pertambahan mendadak itu menyebabkan nurse pun 2 kali suh aku timbang. hahahaha.....cannot believe in 2 weeks berat aku boleh naik sebanyak itu. Angka itu biarlah di rahsiakan untuk tidak mengaibkan pihak yang berkenaan iaitu AKU.

Pada aku, biasa je. Xde la berat giler, bukan nya aku bertukar jadi incredible hulk pun, kurang sket je dari mak badak. heee... aku siap tanya soklan bodo "nurse, dah tu nurse nak suh saya naik banyak mana?". Nurse amik buku checkup aku tu, tunjuk page blakang kat aku, siap sound lagi "awak x baca ke? 500gm je sebulan." hahahahaahaha.... mmg terkena batang hidung aku, tp siyes x logik. setuju x? *aku selalu lapar okay!*

Lepas tu aku diberitahu disebabkan kesan kenaikan keterlaluan tu, aku kena minum AIR GULA. Repeat, AIR GULA, bukan gula-gula okay. OMG. Sangat teruja untuk pengsan time tu jugak. Nurse suh dtg lagi esok untuk sesi minum beramai2. Mula2 aku cam refuse nak cite kat en hubby, sbb aku rasa cam nak ngelat je. Pandai la aku klentong dia nanti. Tp naluri keibuan aku...ececes... sian insan kat dalam pewut aku ni. Masa bgtahu hubby aku, aku ngengade malas pegi, suka tau buat dia risau. Time cani la nk ngengade lelebih. heee.... Hjh Laili siap col, advise aku suh pegi jugak, ni sume keje en hubby. suka ngadu!

Esok lagi sekali aku menjadi tetamu yang diundang petugas2 berbaju putih itu. Cam biasa tunggu giliran. Aku ingatkan terus leh minum air gula, skali nurse bagitahu kena amik darah dulu. Oh! aku terus pengsan.
Lolok je..ekekeke
Im not ready okay. Tulunnn........
Make it short, time aku kena cucuk amik darah. Sangat seram okay wpun aku sangat pandai buat2 x sabar nk kena cucuk. Kali pertama cubaan di lengan kanan aku x berjaya. Jarum dah masukkk!!! Tp x kena urat darah. aaarggghhh!!!!!!!!!
"Okay, kita amik lengan kiri la.."....aaaa???? semudah itu??
Percubaan kali kedua di lengan kiri aku mengalami nasib yang samaaaa!!!!
Nurse jahat!!!!!!!! Sakitt tauuu!!
"Eh, bakpe la susah sangat ni, urat awak halus sangat"...
So what? Nak amik kat lengan kaki lak ke? sibaik la kaki xde lengan,kan kan kan?
"Sy refer ke doktor la....sian ke awak"...OMGoodness! Knape x kesian esok jeeeee.....

Aku masuk bilik doktor utk percubaan yang ke-3. Dalam hati aku, tolong la...aku dah sengsara ni. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii......!!!!!!! Tolong pk sendiri. Aku rasa nk lempang objek kat depan aku time tu. Dengan rasa x bersalah langsung, dia bgtahu nk amik belah kiri lak. Sbb dia kata belah kanan dah lebam. Mmg la lebam, dh 2 kali cucuk!!
Kali ni mintak2 la berjaya, klu x sure aku sound, "doktor, meh saya cucuk sendiri la! " :-D
Dan alhamdulillah........setelah 4 kali aku di 'tikam' bertubi2. heee.....

Lepas tu aku terus minum air gula. Perasaan?? Try minum sendiri, korang tahu la 'kenikmatan dan kelazatan' perisa asli tu. Mai secawan! :-D

Lepas minum, i tot dah abis, nurse ckp "tunggu 2 jam eh, lepas tu amik darah sekali lagi".
Siyes kali ni aku pengsan. Tetiba gelap seketika. Oh apakah!!
Bangun sha! Bangun sha! Men'kejut'kan diri sendiri. ekekeke

2 jam selepas kejadian.
Nama aku dipanggil untuk sesi tikaman yang ke-5. Kali ni nurse tadi dh surrender awal2. Fuh lega kejap. Dia panggilkan sister untuk tikam aku. Dalam hati "sister mungkin terrer sket, so slamat.." :-)
Sister ckp kat nurse "sy nak jarum hijau". Padahal nurse dah siapkan jarum, tp aku lupa kaler ape, dan aku x tahu pun ape motif sister nk pakai jarum tu. Dia ckp, senang sket. Oh, aku tmbah lega.
"Ok, saya amik darah sket ye..." pendekatan yang baik kepada patient yang baik.ekekeke
Aaaarrgghhh!!!!!....
Pe kes yang sakit tersangat niii???? Nurse tadi cucuk aku 2 kali pun xde la se'kejam' ini rasanya.
Lepas sister kuar, nurse tanya aku "mesti sakit kan, sbb dia guna jarum hijau, jarum tu besar sket, mmg mudah nk amik darah tp mmg sakit ar..."
Penerangan tu sangat jelas! Menciiiiii!!!!

Selesai sudah sesi aku pagi tu, tp yang pasti dalam buku rekod merah tu telah tercatat yang aku akan datang lagi lusa, 2 hari selepas lusa dan 2 hari lagi selepas lusa.
Haishh!!!
Cuma nak amik BP aku, kot2 ade darah tinggi. Amboi!! Nauzubillah...

So, sepanjang tarikh yang ditetapkan tu, aku pegi cek BP aku, so far aku berada di zon selamat. Dan 28hb Dis, aku kena jumpe doktor. But since aku ade urgent commitment, very personal matters yang perlu diselesaikan segera, so aku klentong kat doktor aku ade meeting kat KL time tu. So, dia suh aku dtg on 29th. Fly ke KL dan pulang kembali ke terengganu hanya dalam masa x sampai 24 jam. Alhamdulillah, settle. Yang penting en hubby satisfied. ;-)

So, 29th Dec aku gi jumpe doktor. Tanya itu ini, bla bla bla....
Dia bgtahu result gula dalam darah tu masih pending, so please come again on 18th Jan.
So, next app masih jauh di hadapan. Rileks jap rasa.
Tp, pesanan terakhir x tahan tu "makesure awak dtg next time, berat maintain mcam skarang. kurang kan makan malam".
owh, pesanan berbau sindiran. ekekekekeke
Saya kunci pesanan itu! ;-)

Hmm....agaknya macm ni la time mak2 kita ngandungkan kita dulu. Tp bila aku ckp macam tu, mesti ade respon "dulu lain la.....bukan macam kita skrang ni..."..
Hmmm.......apakah kelainan itu??? ;-)

Salam.......


3 comments:

  1. Insya Allah, segala pengorbanan bagi ibu mengandung pasti mendapat keredhaan dari-Nya. Very proud of you

    ReplyDelete
  2. congratulations, sha!! tengah pregnant rupanya ko skang yer? hehe.. saya hari tu pun, kena gak skali, berat badan tak normal, dalam masa sebulan jer naik 5kg, tapi time tu dah masuk minggu ke-32. doctor suh pekse darah 2 hari skali, tapi saya gi skali jer, pastu ponteng sbb berat dah tak naik2 pun. nurse pun tak perasan yg saya ni kaki ponteng. tak lama pastu, kena detect tekanan darah plak naik, padahal tak rase pening2 pun, berat badan pun maintain je. dia bagi ubat darah tinggi, tapi tak pernah makan pun. hahaha.. kena suh ambik darah gak, then result kuar after 2 weeks. tapi, tak sempat tunggu 2 weeks, dah ter-beranak. hehe.. takpe2, sakit skit jer amik darah tu, nanti time bersalin, lagi la sedaaapp... ermmmm...

    ReplyDelete
  3. skali inject mmg la sakit sket je, klu dh banyak kali inject tp x jadi mau x meraung sha. :((

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...