Tuesday, February 02, 2010

welcome chef on weken ;-)

Walaupun citer ni dah basi, aku tetap nk post jugak. So, aku harap korang dapat bazirkan sikit masa korang untuk 'hadap' mende alah ni hingga ke noktah terakhir okay!!

Alkisahnya.... aku telah menyuarakan hasrat hati aku kepada en suami yang aku nk makan k.e.t.a.m. X susah pun sebenarnya, pegi je kedai, order nk makan ketam masak ape. Tp the prob is, aku x nak yang masak kat kedai, aku nk yang masak kat umah aku. tp bukan aku aku yang masak, tp en suami yang masak. hahahaha....weng!
Tu boleh dikategorikan mengidam ke? hmm.....anda pk la sendiri..muhehehe

Sbb aku rasa macam tak mengidam sangat ialah kerana, aku mmg la nk makan ketam, tp tahap beria-ia tu masih terkawal. kira macam klu ade mmg rezeki la, tp klu xde, nk buat cane kan.

Tp kesungguhan en suami buat aku sob sob sob...terharu beb!

Pagi sabtu tu, kami gerak ke pasar mencari ketam mengajar anaknya berjalan betul. heee...
Tp, hampa sbb xde sorang pun penjual ikan yang jual ketam. :p
Tp aku x kisah, macam aku cakap la, klu xde nk buat cane kan.
Tp en suami sangat tidak sanggup menghampakan aku. On the dot, dia decide "jom kita g pasar cabang 3". wow! beliau sungguh pandai melawak di pagi hari.
Aku ingatkan dia gurau, rupanya dia siyes bila dia x masuk simpang ke rumah kami, tp pegi terus menuju ke kuala terengganu. Biar betik dia ni!
Aku yang mengidam atau beliau?? *sila jawab poll ini di ruangan komen* :p

all the way from KB to KT, aku keep asking, betul ke ni? kang sampai sana xde ketam tak ke sia2. tak pun klu ade yang kecik2, tak pun klu ade yang lama, tak pun klu ade aku lak taknak...hahahahaha

Haaa...mmg betul tekaan aku! Xde sorang pun penjual kueh "woh put sambal" yang jual ketam, dan xde sorang pun penjual ayam yang jual ikan, dan xde sorang pun penjual yang x jual ape2. Abaikan!
Aku sedih sbb harapan aku hancur, dah la lapaaaaaaaaaa.... en suami belikan sata dan aku beli kueh x tahu nama ape, janji leh telan.
Aku ingat nk g makan je terus, tp en suami nak g cari ketam kat pasar Batu 6 lak. O-em-ji!
Aku dah cakp, xde kot orang jual ketam, sbb skang bukan musim dia lagi. Aku dah surrender, xpe la klu x dapat makan skarang pun.
Tp en suami tetap berkeras hati nk pegi cari. Konfem beliau mengidam!!

Otw nk ke pasar batu 6, kitaorang lalu jalan shortcut. Dan tetiba en suami terlihat suasana yang seakan2 pasar. Ya, benar sekali, itu adalah Pasar Tani. and he stopped the car, i mean dia cari parking la, x kan la begitu teruja sampai benti kete tengah2 jalan kot. Kami pusing dan pusing sampai pengsan. hehehe..lolok je. Sampai nk pengsan, tp belum sempat pengsan.
Rezeki masih tidak menyebelahi kami. So, our next pasar is Batu 6. Masa nk gerak pegi kat kete, ade orang cuit bahu aku, eh ke bahu en suami eh. aku lupa la.. hahaha, abaikan.
Tp insan itu adalah my MIL. wut a surpriseee!! hahahaha, hjah laili ngan hj w.manan suka dating pagi2. Tp kami x sembang lama sbb destinasi kami masih jauh dan harapan kami masih kabur.

Sampai kat pasar batu 6, aktiviti kami sama seperti yang kami lakukan di pasar2 sebelum ini, meninjau2 target yang boleh membantu kami mencapat matlamat kami. Yezzaa!! itu dia...!!!
mission failed!! Kaki aku tetiba rasa cam dh xde kepala lutut. Dan akhirnya aku rebah tersungkur ke lantai basah itu.
Ekekeke...tipu jeee :p

Aku siyes kali ini, im giving up! tp en suami protes. Aku tarik muka. sbb aku penat okay!
So, en suami surrender. *cara ugutan ku berkesan kahkahkah*. jahat!
Tp dalam masa sama en suami sempat suggest kat aku, "nak balik ni kita lalu ikut pasir panjang, otw tu ade 2 pasar, boleh singgah tgok kot2 ade ketam".
Soooo sweeetttt.... nak jugak belikan ketam untuk aku.
Tp aku awal2 dah surrender, "4 pasar dh kita g, sume xde, so kali ni konfem xde jgak...tp xpe la klu nk try lalu pun". Ayat konon2 separuh koma. :p

Kami sampai kat pasar Bukit Besar and i refused to follow him, dah x larat lagi nk jalan wpun mula2 insist sangat nk turun sbb nk cari kueh. hampir 15 min, en suami x jugak dtg2. agaknya dia beli mende lain kot. x lama lepas tu, aku nampak he's holding a plastic bag, dalam hati aku "banyak nye beli kueh" sbb size plastic itu agak besar. en suami tersengih2 cam kena sepit ketam. geli hati gak tgok.

And it is because of........ KETAM! hahahahaha
and finally, berkat kesabaran en suami dapat jugak rezeki kami makan ketam dat day. 4 ekor en suami beli. ketam sepit biru tuuuu...sangat besar okay!
mwah! mwah! mwah! ops! overacting..hahaha

kami sangat xcited! x sabar nak balik nk masak. eh sori, x sabar en suami nak masak. heeee....
kami singgah kedai beli bahan2 utk masak. almaklumlah lah,masak 8 tahun sekali, so bahan2 nk masak hanya akan beli time nk masak sahaja. harap maklum.

Sampai rumah kami menyegerakan menukar 'uniform'. ops! terdedah di sini. sila pejam mata anda okay!
.
.
.
.

Boleh bukak mata skrang. ngeee....
Tukar uniform duk kat dapur la...ish korang ni!!

Taraaaa....ini lah ketam yang dimaksudkan itu. Ketam ni dah kena resize sbb tu nampak kecik. ekekekeke....


en suami sungguh rakus mengerjakan ketam-ketam itu. Beliau xpert dari aku bersihkan ketam. so aku serahkan tugas itu kepadanya.
Dan hasilnya.....



en suami sangat beria menyediakan bahan2 utk masak lemak ketam. Beliau xpert dari aku masak lemak ketam. so aku serahkan tugas itu kepadanya...heeee....
Ini lah kejadian nya pada hari itu...


en suami teruja setelah menyedok gulai lemak itu ke dalam mangkuk besar untuk di hidangkan. Aku lagi xpert dari beliau MAKAN gulai lemak ketam. so beliau serahkan tugas itu kepada aku...hahahahahaha.....


Moral : Ini lah ciri2 suami mithali dan isteri KING control. kah kah kah...

p/s to mr husband :
terima kasih yang tidak terhingga untuk masakan di atas. Alhamdulillah anda di kurniakan kepakaran memasak yang jauh lebih baik dari saya. *bole la masak selalu heee*

Anda selalu tidak menghampakan saya, itu yang saya sangat tahu kerana itu lah anda. :-)

Sayang kamu en Shahrul. *blushing* :p

Salam.....

2 comments:

  1. sha.. saya pun ade citer pasal en. ketam kat sini. hehe...

    ReplyDelete
  2. hehe....bezanya cuma lora x jumpe ketam tu. bila dapat makan, xde la sha makan banyak pun, sharul yang makan lagi banyak. ekekeke

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...