Tuesday, August 24, 2010

Salam Ramadhan

Hehehe....

Aku terlewat ke? dah 1/2 bulan pose, baru nk wish. ekekeke
Nak buat macamana, dah baru skang aku sempat nk wish. ok la tu kan, better than nothing.
so, selamat menyambut bulan Ramadhan kalian sume. semoga Ramadhan kali ini dapat disempurnakan dengan izin-Nya. perbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ni.

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Macam tahun lepas, aku balik keje je, konfem masak. last year, fav food yang aku suka masak Siakap 3 rasa, tp aku rasa macam2 rasa je...ngee... sebagai bukti sila lihat di sini.
tp tahun ni, aku x boleh nk bergerak sangat. Ini disebabkan oleh si kecik itu.
Kecik ati Aliya klu dia baca ni.(bila besar nanti la...)
Bukan aku salahkan kewujudan aliya sbb aku x leh masak, malah aku cukup berterima kasih kat aliya. disebabkan dia aku leh menikmati cuti 3 bulan aku ni dengan sepenuhnya. aku x yah buat keje sangat, sbb orang dalam umah ni memahami, klu aku dh start buat keje, klu aliya nangis, konfem aku kena benti buat keje tu, secara x langsung kerja tu akan jadi terbengkalai, tokmi nak tolong habiskan keje aku pun, tokmi ade keje lain gak nk buat, so keputusannya (LOL), aku di suruh bersenang lenang sahaja. Oleh kerana masa free aku berbakul2, xkan nk habiskan macam tu je, so secara x rasmi, profesion aku ialah pemegang setia TV remote control. bes giler job ni. start kul 2 sampai la waktu berbuka. Jadual job aku, layan citer kul 2 -Alisa, kul 3- striving for a sun, kul 4-yusuff, kul 4.30- Ular emas (tgok x full sbb benti solat asar), kul 5.30 - masam manis ramadhan, kul 6 - sirah nabi (tp time ni aku mandikan aliya. jahat giler. xde la, dh memang time dia mandi, kang lewat2 nanti sejuk lak mekcek tu. :-p), kul 6.30 - Epilog syurga cinta. waaahhh......giler hantu tv. sume tv3 kan? tp yang aku listkan tu baru isnin sampai khamis je tuh, siang nye program, x masuk malam lagi. klu aku citer program jumaat - ahad lak, konfem korang ingat aku ni duk bela badan jeee kejenya. (bela badan apenya, aku pose okay!)

sepanjang 14 hari pose ni, aku rasa aku boleh bilang ngan jari, klu x silap aku la, dalam 2 hari je aku leh berbuka pose ngan proper. time berbuka je konfem aliya terjaga. selalunya klu lepas mandi mesti aliya akan tido, tp make sure dia sudah burrp aka kenyang, klu x kejap2 dia bangun, semetar2 dia bangun. tp kali ni, kenyang ke, x kenyang ke, time nk berbuka je si kecik ni mesti terjaga. dan aku sebagai mummy yang tabah, walaupun gastrik aku dah mencapai tahap 18, aku tetap tabah dan sabar daaaaaannnnnn laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....huwwaaaaa.......

time nk solat lak, kami ade shift, aku solat, tokmi akan tgokkan aliya. lepas tu tok abah masuk shift, bg tok mi solat lak, lepas tok mi dah solat, tok abah g terawih, tok mi lak temankan aliya, lepas tu mak su jadi pembantu tok mi tolong bunyikan mainan klu aliya nangis, lepas tu bila tok abah balik terawih, tok abah jaga aliya dan tok mi masuk dapur utk supper di temani oleh mummy aliya.
eh jap, dah tu bila masa nye shift aku jaga aliya????
hmmm.....jadual ni patut dikekalkan atau di ubah suai eh???

korang ni.....jangan ingat aku ni mummy yang x bertanggungjawab okay. aku bertarung nyawa, 25 jam nak keluarkan si kecik tu. haisshh.....seperti tidak mahu diingat kembali, tp apakan daya, aku x mampu lupakannya....noktah.

seboleh2nya...aku x nak miss walau sesaat pun nk tgok dia membesar.
(x tido la aku klu mcam ni..:-p)...
paling suka renung aliya time dia tido, itulah wajah paling ikhlas. (tang nganga yang x menahan, sebijik daddy dia. LOL)

eeeehhh...cam dah lari tajuk le pulakkk...
ok la, akhir ayat, SALAM RAMADHAN kepada semua.

moral : time mengarang sila fokus, klu x konfem melalut!

Salam......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...