Tuesday, November 02, 2010

aliya selsema

1/11/2010 aku attend taklimat sistem di Majlis Daerah Besut. Pemergian aku dengan membawa hati yang tidak tenang. Aliya kurang sehat. L Tp aku kan seorang yang sangat tenang. Plus aku mmg nak tgok sistem diaorang, dalam erti kata yang lain “kan bes kalau aku ble copy source sistem tu”. Ekekeke

Overall, sangat berbaloi aku ke sana. Time kat sana, sangat berkobar2 dan x sabar nak balik ofis nk buat perubahan kat sistem kitaorang. Hari ni masuk ofis, bukak sistem, buka report ni, bukak form tu...tetiba arrggghhhh!!!!!!!!! Mana nk capai dulu niiiiii.....banyak giler nak kena tgok. Langsung aku pengsan di kerusi biru yang ala2 cam kerusi malas, sbb dia berpusing2 cam kerusi bos dan klu menyandar cam bes jeee.... lagi bes kalau pejam mata sekali. J

Kerana situasi seperti di atas la wujudnya peribahasa seperti Hangit-hangit ta*k ayam buna.

Smalam, bertolak balik dari MDB dh almost 5pm. Sampai bandar satelit aka Qber dah jam 6.30. Aku dah jamak siap2 time solat zohor kat Besut. Sampai je umah tgok Aliya cam layu je. Sayu hati aku. FYI,sepanjang aku duk bertaklimat kat besut dari pagi sampai petang, en abang duk smses pasal Aliya. Aliya selsema. Dia duk merengek je selalu. Tak selesa kot, sbb susah nk bernafas. En abang mms pic aliya, sume muka layu jeee...siannn...mmg x leh di biarkan. Takut makin melarat. Haishh.... so, aku decide, x kisah la aku sampai kul bape pun, aliya kena bawak pegi klinik jugak.

So, sampai je aku di rumah pada jam 6.30 ptg, perkara pertama ialah letak handbag dulu...hehehe... baru dukung aliya. :p... Selalu klu dia nampak aku, senyum sampai x nampak mata. Tp smalam cam “eh, sape lak dtg ni?” kata Aliya di dalam hatinya. :p... muka kosong je pandang aku.

En abang xde, pegi amik adik aku kat sekolah. So sempat la aku layan Chinta jap. Hee.... en abang sampai, elok2 je azan maghrib. FYI, aku balik umah parents aku, sbb umi yang tolong jagakan aliya time aku keje walaupun en suami sedang tidak bekerja. Sbb en suami x reti basuh kan poo-poo aliya dalam sinki.

Aku terus solat maghrib dan sebelum drama Chinta abis kami dah gerak ke klinik. Kami gerak awal sbb takut karang ramai orang. Aliya lak yang tidak aktif itu sudah pasti tidak selesa. Kat bandar satelit kami tu mmg ade klinik, tp since aku dah deliver kat INTAN, checkup Aliya dari umur 7 hari pun kat INTAN, so aku prefer INTAN untuk treatment.

Kami sampai lebey kurang kul 8. No 5 adalah no giliran kami. By the time sampai INTAN, aliya masih tido, so aku x bercadang untuk kejutkan Aliya sehingga la Aliya terjaga sendiri.

Doktor Raja Himah yang periksa Aliya mlam td. Suhu badan normal, tidak demam. Aliya cuma selsema dan belum tahap kritikal sbb kahak sikit je. Sblum ke klinik, ade la dalam 3,4 kali hingus aliya kena sedut menggunakan alat penyedut yang sangat berkesan, tp masa nak sedut tu, aku dan en abang sengit berperang dengan Aliya apabila Aliya cuba membuktikan yang dia sangat gagah perkasa dengan menerajang perut aku beberapa kali sampai senakkkkk....sakit okay!

Doktor bagi ubat titis dalam hidung, lupa dh nama ubat tu. Doktor kata baby x leh makan ubat lagi, sbb sukatan sebenar utk baby is unknown. Masa doktor bg ubat titis tu, dalam kepala aku time tu, konfem aku kena terajang lagi lepas ni. Nasib laaaa.....asalkan aliya sehat. J

Moral : jangan bagi anak anda menangis lama2 sampai ‘selok’ aka ......ntah la, x tahu nk translate cane. Buat2 paham je la labu.... :p.

Salam.....

2 comments:

  1. Dulu..time dok kt ganu, my mom pun bersalin kt cni...tp time tu..lom ade utk caes..so transfer Hospital Besar....

    ReplyDelete
  2. oo ye ke. bagi sha service bagus, berbaloi la bayar klu servis ok.
    INTAN mmg x amik caesar, dia akan refer ke HSNZ.
    Xde peralatan kot.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...