Monday, October 17, 2011

Lelaki hensem itu pegang perut aku

Ini bukan lelaki hensem, tapi ini gegel yang cute. ngeh ngeh ngeh.....

Tajuk sangat mengundang kontroversi tetapi adalah tiada kaitan dengan gambar di atas, maka isi kandungannya bukan berkisar kepada gambar di atas. Saje upload pic anak aku sbb buat ape aku nk upload pic anak orang lain? Betul tak? kan kan kan? :p
Dua minggu lepas (entry basi) aku telah 'merajinkan' diri ku untuk membuat buku merah di klinik kerajaan selepas ditunda-tunda hampir 2 minggu dimana aku telah bersedia untuk menyerahkan telinga aku bagi menakung 'ceramah' free oleh meksi-meksi di klinik ibu dan anak nanti. Abis ceramah tu nanti, aku curah je la balik. ekekekeke

Aku mmg cadang nk pegi pagi, tapi tetiba masuk ofis aku kena attend 2 meeting, which is aku sangat tidak merelakan hati ni nk masuk meeting tu, tapi sebagai SYMP, aku akur, sedaya upaya mengikhlaskan hati ini. ;-)
Jam dah pukul 11, aku dh panas bontot, tapi pengerusi tak abis2 lagi duk 'bercerita'. Time tu dah berkira2 'next week je lah pegi klinik, mmg mati lah aku kena sound ngan meksi nanti. Hadap je lah'.
Tetiba aku dengar pengerusi cakap meeting di tangguhkan. 'eh, ke dia tahu aku duk merungut2 dari tadi'. Ape2 je lah, asalkan aku dh boleh blah.
Sampai klinik dah pukul 12.35. Tetiba dapat call dari vendor CCTV lak, kang tak jawab hal penting lak, so jawab call lak, ingatkan kejap, mahu dekat 10 min duk sembang, tp sibaik la aku jawab, mmg penting pun.
Aku masuk dalam klinik hanya ade pompuan2 berseragam putih je, yang pakai baju kaler2 macam aku ni ade la dalam 2 orang. Sebaik aje aku terpacak depan pintu, terus aku disapa ngan soklan terkejut bernada agak sinis "Hah, nak buat mende?".
Aku selamba je jawab sambil sengih2 "Nak buat buku merah".
Serentak kepala 3 orang meksi kat depan kaunter tu pusing arah kiri. Aku yang mengadap mereka tu pun turut berminat nk tengok ape yang diaorang tengok. Ce korang teka?



Ekekeke, diaorang tengok JAM dinding. 
Pastu sorang meksi dah sound aku "Bakpe mari lewat ngat comel........ dekat pukul satu doh ni".
Aku selamba jawab "eh ye ke, dok perasan laaa..." di dalam hati aku.
Aku tunggu je kat situ, buat2 x faham. Sorang meksi yang agak senior bersuara "Sape nk amik patient ni? Ton amik boleh?" sambil pandang sorang meksi yang duk bersimpuh atas kerusi yang boleh pusing2 ala2 bos tu. 
"Hmmmm...." jawab meksi tu. 
Aku tak kira dah, dia nk emo ke ape, janji aku nk settle hari tu jugak.

Proses agak lama la jugak, sbb baru buka buku, menyalin balik maklumat2 yang diperlukan dalam buku merah masa peknen kan Aliya dulu. Meksi tu dah salin separuh, tetiba, "eeeeehhh, salah buku laa". Sabooooo aje lah.
Lepas tu, aku buat proses yang akan jadi sebahagian rutin aku masa next and next check-up nanti. BP, timbang berat, urine, HB. Masa sesi cek perut ngan meksi dalam sebuah bilik, ni meksi lain lak ni. Masa ni la aku di ceramah kaw-kaw punya. Datang dekat pukul satu dah panjang giler 'huraiannya', bab aku datang check-up dh masuk 3bulan lebih tu lagi la berjela2. Ade la jugak beberapa yang aku menjawab sbb dh mendatangkan amarah dalam hati ni, cuma cara aku menjawab tu masih dalam nada sopan tapi sinis. hehehehe 
Lepas tu dia bgtahu, since aku dah sangat lewat dtg check-up which is sepatutnya datang masa 10 weeks peknen, meksi tu bgtahu aku kena jumpe doktor dan dia adalah lelaki. 
Aku cam, "oo ok."

Masuk bilik doktor, "eh, asal shaarnaz ahmad ade kat sini??" Gituuueee...

Gambar en google.

Mak aih..muda nyeeee doktor. Biar betik! Aku cam agak terpaku la di situ, satu sbb hensem tu mmg tak nafi, dua sbb muda giler, tiga aku tngah bayang dia yang sambut meksi yg ceramah aku td tu beranak, x kose nk bayang diri sendiri yang beranak dan doktor tu sambut. hehehehe....... 
Dah namanye doktor, dia tahu lah keje dia, orang IT klu x tahu keje2 sambut orang beranak ni juz shut-up! 
Baik lah.

Maka kami pun berbual2 la di dalam bilik tu, topik perbualan adalah berkisar tentang katalog Avon yang terbaru, kempen 2 16/sep - 30/sep. :p

Lepas tu, doktor suh aku baring. Gedebuk! Jatuh jantung ni, tertonggeng aku kat depan doktor sbb kutip balik jantung aku tu. Mana tak terkejut mak bila ade lelaki yang aku tak kenal suh aku baring, lain la laki aku, belum suruh aku dh buat. ngeh ngeh ngeh.
Nampak ngat aku mmg x fokus dalam bilik tu.
Masa baring, meksi tadi duk rasa2 dulu perut aku, aku xleh la orang urut2 perut ni, geli la bedah, mmg mengeras la perut aku, meksi suh aku rilek pun mmg x dapek ler. Sambil  tu aku bisik "meksi, doktor nk scan ke?". Meksi sengih je...ye la tuh.

Aku dah seram sejuk, rasa macam sangat tak sanggup. Siyes, seingat aku, tak pernah lagi masa check-up time peknenkan Aliya, doktor lelaki yang buat.
Doktor bangun, amik tempat sebelah aku, lepas tu pegang perut aku, "buat biasa je, saya xleh rasa mana baby awak ni". Maap lah ye, mmg xleh nk tolong. Nasib baik la sekejap, klu x kejang la perut aku nanti. Doktor letak gel kat alat scanner tu. Dia scan perut aku, tunjuk itu ini kat skrin monitor sebelah kanan aku. Doktor ckp "tgok ni, aktif sungguh, gerak abis kaki tangan". Eee.....eksaited tengok!! Kebetulan pulak aku boleh tengok masa duk tengah gerak2 tu. ;-)

Meksi dah lap2 perut aku, lepas tu doktor bg pesanan 2,3 baris lagi, lepas tu aku pun boleh pulang berbekalkan 4 jenis ubat campur ngan garam masakan. Garam yang aku dapat masa tahun 2009 tu pun masih ade lagi, tp elok lagi ke eh? Nampak ngat jarang guna garam tu dulu.


Sepanjang dalam kete tu, aku duk tengok pic yang doktor print, aku senyum.
Alhamdulillah......;-)



Semoga dipermudahkan segala-galanya. ;-)


Salam.........
 

7 comments:

  1. sha..dh bp week nieh...kejap je kan...

    ReplyDelete
  2. kalau doc muda sgt, kita plak rs segan kan hihi
    dh brapa minggu baby ni? tahniah ;D

    ReplyDelete
  3. faeiz: baru nk masuk 4 bulan. ketakutan makin terasa, bau labor room macam sengaja di tiup2 ke lubang hidung ni. :p

    kak elly : segannnnnnnn sangat2!!! Masa anak sulung x pernah lg check-up ngan doc lelaki ekpun.
    Mekasih kak elly. ;-)

    ReplyDelete
  4. saya dulu 5 bulan pertama tu doc lelaki yang cek, so.. macam takde perasaan dah. hahaha.. yang buat check-up sebelum masuk labor room pun lelaki. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. insylh semuanya baik2 saje.. doakan su juga ye :-)

    ReplyDelete
  6. ensem ngat doc. ?
    mane tu, kena gi wat kad meroh atek la ghitu.. hahaha.. *gatal teh*
    aniway.. take care my dear..!

    ReplyDelete
  7. lora : alamak, cek masa nk deliver tu yang lagi serammmmm.... xmo-xmo-xmo. :p

    Sue : insyaAllah sue, mintak semua selamat. amin....

    k. leily : ensemmmmmmm, macam sepupu shaarnaz. hehe. mari la buat lawatan ke bilik doktor klinik ibu dan anak k.berang.
    dok gatal eh k.leily, halal kan. ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...