Wednesday, November 09, 2011

Ambush!

Macam ganazzz jee bunyi nye, padahal yang 'menyerang hendap' aku tu si kecik cenonet je pun. 

Hari Khamis adalah hari paling bahagia bagi kakitangan kerajaan di Terengganu sbb ofis hour hanya setakat jam 3.30 petang sahaja. Tapi kebetulan aku ade urgent matter berkaitan urusan kerja di pejabat, maka aku terpaksa menunda waktu kerja aku kepada pukul 4.00 ptg, itulah yang aku bgtahu asben bila tengok jam 3.25 ptg tu aku lum siapkan keje aku.

Bila hampir kul 4.00 tak siap jugak lagi, aku up lagi 30 min, tapi x siap jugak, aku up lagi 15min, punnnnn tak siap lagi. Laki aku ape lagi, mengajak teman seangkatan datang menyiasat keje ape la yang aku buat sampai duk tunda2 800 kali tuh. ekekeke

Bila dah bertambah 'audit staff' dalam bilik kecik ni, maka aku yang tenang buat keje tu jadi sedikit huru-hara. Makin bertambah2 lak masa jadinya.



Membuat panggilan hangit kepada YDP kottt...ekekekeke.... Sungguh minat dengan telefon talian tetap ni. Kalau dekat rumah tu, selalu sangat aku tengok ganggang terjuntai atas lantai, sah! memang keje semek ni.



Seronok nampak! YDP tambah elaun bulan ni keeee????



Kurang-asam-boi-jambu-batu betul si kecik ni. Kot yee pun nak audit keje aku, ape salahnya duduk je atas kerusi yang disediakan tu. 


Menyemak dan mengesahkan laporan audit pada hari itu. Abis buku keje aku di contengnya, kalau tak bagi kang melalak la, kang makin lambat lak aku boleh balik.



Hoverrrrrrrrrrr okay!!!! Tak puas hati 'hendap' dari depan, dari belakang pulakkkk.... Melampau sungguh staff audit ni. 


Bila dh siap keje, tengok2 jam dah dekat pukul 6. Haiiisshhhh.... dah rugi kat situ waktu bergurau-senda ngan 2 buah hati kesayangan aku tuh. Tapi bila tuntutan kerja yang diamanahkan dapat diselesaikan lagi la seronok  dapat bergurau senda dengan tenang di hujung minggu tanpa ada sebarang gangguan panggilan telefon dari ofis.
Oh! Nyaman. ;-)


Thanks for dropping in!;-)

auto-published.

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...