Monday, December 05, 2011

Airmata rindu :-(

Semalam bertolak ke tempat kursus. Asben dan aliya antar aku kat perkarangan ofis. Masa tu dh sayu, sbelum ni aku pergi kursus terus tunggu kat ofis je, since asben ade kat umah, aku mintak dia yang antar aku ke ofis.

Menyesal pun ade, sbb feeling tu lain macam sket, nk salam peluk cium ngan anak pun mcm x sanggup. BENCI rasa macam tu ok.

Aku ngan geng ofis selamat sampai kat tempat kursus dalam kul 1 lebih kurang. Uruskan semua daftar masuk dan dengar sedikit taklimat kursus. Program petang tu tamat jam 3.30 petang, sesi seterusnya jam 8 malam lak.
Maka aku ngan roommate berpeleseran dalam bilik sahaja menonton racangan ntah ape2.
Kami banyak sembang dari menonton, tp bila dh xde topik nk sembang, maka kami diam, orang2 tua kata "malaikat lalu".

Aku keluar bilik, bawak tepon sekali. Sebelum tu duk bersms ngan asben je kat dalam bilik. Rasa macam nk dengar sore anak, maka aku keluar mencari privacy. Berat hati sebenarnya nk tepon, tp rindu mengatasi segalanya. Lain macam sungguh dugaan berkursus kali ni.

Lepas satu minit berbual di talian dengan asben, dengar Aliya rengek2 nk pegang tepon asben, aku cakap "hello" je, terus la semek tu bercerita dengan bahasa yang dia mudah fahami, tak benti2, sama la ngan air mata aku ni yang x benti2 mengalir. Ooohh..sayuuuuuu weeeiihh!!

Asben amik tepon, dia cakap dan tanya itu ini, tp aku diam x bersuara.
Asben dah paham benar situasi tu, maka dia terus bagi kat Aliya suh say goodbye kat aku.
"bai" pelan je sore aliya, dan aku tahu mesti time tu tangan dia pun duk lambai2 jugak konon aku nampak dia goodbye kat aku.
Makin laaaaaaa aku meraung2 tp mode mute kat situ. Demi utk tidak menampakkan kebengkakkan pada mata ni, terus aku tekan butang merah kat tepon aku, kesat laju2 mata ni.




Daddy Aliya kata, maksud tangan macam tu "I LOVE YOU".
I LOVE YOU too!! ;-)





Kanak2 yang menceriakan aku setiap masa dengan macam2 keletahnya.



Oh! Rindu itu seksa.



- Posted using BlogPress from my iPad

5 comments:

  1. baca pun dh tangkap leleh...aduhai...risau plak pasni kalu kena tinggalkan irdiena...sejak lahir belum pernha tinggalkan die...

    ReplyDelete
  2. ala sedihnya.. su pun pernah lalui rasa mcm tu dan faham sgt.. sob sob sob :-( kursus jauh ke sya?

    ReplyDelete
  3. Faiez : bersedialah utk perasaan bercampur baur itu. ;-)

    Sue : padahal slalu gak kursus, cuma kali ni lain mcm sket. Kuantan je sue. ;-)

    ReplyDelete
  4. huhu.. sedihnya tinggalkan anak, apa lagi kalau terpaksa bermalam kat tempat kursus. hari tu kena hantar gi KL, terpaksa 'skype' je lah dengan danieL. tapi, danieL tak nak babai.. masa nak disconnect tu, dia hentak-hentak meja. kesian.. tapi, apa boleh buat.. huhu..

    ReplyDelete
  5. Kaaaaannn.... Dulu masa belum ade anak, siap sedih, dengki lagi klu org x ajak gi kursus jauh2, tp skang ni klu kena pegi kursus rasa mcm nk buat2 pengsan je time hari nk bertolak tu.

    Nak aje angkut semua kaum kerabat kursus bersama. Kan senang mcm tu.;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...