Thursday, January 16, 2014

Entri pertama

Zoooommmm…..Zoooooommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Zoooommmm…..Zoooooommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Haa….. tu bukan tengah zoom nak amik gambar. Itu adalah bunyi vakum (vacuum cleaner). Sebelum ni main tiup fuh!fuh! je, sebab sawang sket. Kali ni bukan setakat sawang, siap menternak lagi. Labah-labah, anai-anai, ulat gonggok tak lupa juga kelawar. Berjaya bukan? Tinggal ‘sekejap’ je umah kedua aku ni, dah boleh jadi ‘penggembala’ dalam sekelip mata. Syabas!
Entry penutup 2013 takde.
Entry pembukaan 2014 konfem2 la tak ada.
Maka, jadilah entry pertengahan Januari 2014. Aci?


Dan kira aci sekali lah ye dengan tajuk post kali ni. Itu je yang terlintas dan paling sesuai (kot). Hehe

Azam? Mesti lah ada. Tp, kita simpan sendiri2 sudah lah ye. Aku ni, kalau beria menggembar-gemburkan azam sana sini, sudah nye kat situ jgak. Memalukan. Maka, diam2 je, kalau tak capai pun, takde sape tahu, takde lah memalukan. Mana2 yang berjaya capai semua azam tahun lepas, syabas bete. Korang memang hebat, memang patut di puji. Namun, berbalik kepada Dia, syukurlah sebab diberi jalan dipermudahkan semuanya.

Masih ade resolutions yang ongoing, like lose weight (walaupun jarang berjaya ekeke), save money (walaupun 50 hengget sebulan), quit smoking ups!, healthy eating style (really??) and etcetera. Tak dapat buat selalu atau banyak, buat la jarang-jarang, sikit-sikit. Result pun jarang-jarang, sikit-sikit, tp ok la kan, better than nothing.

Well, tahun 2014 bermula dengan kisah yang agak ‘mengerikan’ aku. Yang paling aku risau saat tu adalah anak-anak. Perkara yang selalu aku duk fikir, bermain-main dalam kepala ni, tapi bukan bermakna aku mintak mende tu terjadi. Siapa lah nak mende2 buruk terjadi kan. Na’uzubillah. Namun, aku anggap Allah beri kan rasa cemas dan takut tu untuk aku terus berharap dan mengingati Dia.

Sehingga saat ni, aku masih ingat dan ‘nampak’ kejadian tu. Seriously, aku rasa terganggu. Aku harap perasaan ni cepat pulih. Aku tak suka nak ingat, tp selalu datang kat kepala otak ni, secara tak langsung seolah-olah aku sedang develop rasa takut tu, which is not good. Kan?

Korang mesti tertanya-tanya kan? Ke tak? Ke aku je yang syiok sendiri menakutkan diri sendiri. Ehehehe.

Sorry my dear, aku tak ready nak bercerita kat blog ni. Jahat kan? Ayat ngeri tak leh blah, tp tak nak cerita. Hehe.

Aku boleh cerita, but privately. Siapa yang berhasrat nak fe-feeling seram dan ngeri ngan aku tu, boleh PM aku kat emel aku. Nanti aku share kisah aku tu ye. Tapi lepas aku share tu, kalau tak seram dan ngeri jangan marah yeee. Tapi yang pasti bukan kisah maharani lawak. Konfem.

Salam maulidur rasul untuk sahabat sekalian. 

Thanks for dropping in!;-)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...