Alkisahnya....
Aku tgah iron baju pagi tadi. *sila jangan tiru aksi orang malas ini*. Sambil dengar Fitri, Abby ngan Zura kat TV3, sementara en hubby tengah duk kemaskini fail2 dia, ade la tu mende dia nk buat.
Ayat zura kat tv, "Tinggal sehari je lagi untuk melangkah ke tahun 2010, so buku baru dan azam baru. Tp mungkin jugak di akhir waktu ni masih ade yang merealisasikan azam tahun 2009".
Lepas dengar Zura cakp macam tu, aku pun terus tanya en hubby yang kelihatan agak bz itu.
"Abang, azam abang tahun ni tercapai tak?"
Tanpa suara, dia toleh kat aku yang tengah duk pegang seterika panas tu, dia HANYA angguk sambil senyum.
Ya Allah! aku rasa itulah senyuman paling ikhlas aku penah tgok. Meremang jap bulu roma aku. *senyuman yang sangat ikhlas berbanding ikhlas2 yang sebelum ni. btw, ikhlas itu sangat subjektif..ehehehe*
Aku tanya lagi, "azam ape?".
En Hubby x jawab tp cuma pandang aku dan senyum lagi. Dan aku pun x perlukan jawapan untuk soalan ke-2 tu sbb respon yang aku dapat tu ibarat segala jawapan yang aku nak.
Dia sambung buat keje dia dan aku sambung balik proses menghilangkan kedutan di baju aku tu. Sepanjang proses itu berlaku, aku senyum jee.....
Sehingga aku terdetik "laki aku ni 'comel' sungguh, sweetttttt......".
Siapa lagi nk puji suami sendiri klu bukan puan isterinya iaitu aku. heeee.....
Ehehe..pelik ke? remeh eh? Tak la, bagi aku, very the very precious moment. Unxpected respond from him. Klu korang kat tempat aku, sure korang faham. ;-)
Moral : Try la tanya soklan macam aku tanya tu...ekekekeke
Kisah berakhir. ;-)
No comments:
Post a Comment