Thursday, December 10, 2009

~on leave~

Salah satu cara nk release stress ialah mencutikan diri sendiri. Away from bunch of works. No more ofis surrounding on holiday trip, so kita enjoy!!!

Aku ngan husband meredah hujan khamis 3hb disember yang lepas. Lepas keje kitaorang terus gerak, since khamis ofis hour sampai kul 3.30 je. Hujan xde la lebat sangat time gerak tu, renyai2 je. We were informed dat jalan jerangau jabor xleh lalu sbb jalan tutup, so kami decided nk lalu jalan pantai, ikut dungun, tp bila sampai junction Bukit Besi, kami x nampak pun sign yang menyatakan jalan ditutup, dan kami nampak je kereta kuar masuk melalui simpang tu. Mula2 kami mmg berkira2 la samada nk proceed jalan ni atau lalu jalan pantai. Hubby decide nk try and error, klu xleh lalu, karang kitaorg patah balik la...hahaha, dah la time tu cam gelap je walaupun baru kul 4 lebih. Tp klu selamat lalu jalan ni, we'll catch KL earlier, sbb klu ikut dungun mmg perjalanan mengambil masa yang panjang. but for safety reason kami x nak meraba tgah2 malam gelap, bahaya! Aku benci gelap!!

Sepanjang perjalanan kami, sangat la adventure, struktur jalan ya ampun! sila bayangkan sendiri. Time hujan macam ni, dan mendung je, lubang sana sini, sampaikan ade ketika tu husband aku dah xleh nk elak. time hujan tanah lembut, yang lalu lak lori2 800000 tan, mana la x mendap ke bawah, so terbentuk la seni2 di jalanan, corak2 menarik yang berbahaya. *teori yang aku pernah dengar*. Sila jangan betulkan walau salah sekalipun, abaikan sahaja!

Jam dah kul 6 lebih, asar lum lagi ni, perut pun dah bunyi2 ni. Klu la singgah solat kat masjid durian mas tadi, sure kami xyah pk lagi mana nk cari surau/masjid. Kul 6 dah macam kul 8, hujan lebat sangat. Dalam hati risau gak, dah la belum solat, cuaca lak seolah2 sedang ingatkan kami tentang kelalaian kami. Aku suh husband masuk kuantan dulu, cari tempat nk solat, ingat nk cari petrol station je, tp xde jumpe lak. Sampai masjid dalam 6.45 lebey kurang, sibaik sempat asar walaupun dh semput2. Aku cadang lepas solat maghrib baru gerak, so lepas jamak kami sambung gerak. Perut lapa dari petang td, benti jap isi perut, nk cari kedai yang betul2 leh park depan kedai terus, sbb hujan sangat2 la lebat. Nk kuar kete pun macam berkira2, sbb takut basah, kalau basah, nanti dalam ekon sangat sejuuuukkkkkkkkkkkk!!!!!!!! Nak peluk husband xleh, tgah drive, kang ade yang makan stereng lak. ekekeke

Lepas makan kami gerak ke KL, time tu dalam kul 8 lebih kot, sebb abis citer Nur Kasih kami blah. Aku dah pesan awal2, "abang bawak kete molek eh...". Husband aku senyum je. Dah paham sangat ngan pesanan tu, sbb x lama lepas tu aku akan ZZZZzzzz.......
Hahahaha.... Aku ni cuak mmg cuak, tp klu bab tido dalam kete xde sape leh halang. Sibaik si suami memahami, x pernah say NO! Sesetengah hamba Allah tu dia cukup marah klu co-pilot dia tido, konon nanti klu co-pilot tido, driver pun x lama ngantuk gak. Kan bahaya tu!

Aku sedar time tu dh sampai tol gombak. Laaa....giler bes tido, cam xde gangguan langsung. Masa tu dah kul 10.30 kot. Kami terus ke hotel, husband aku pun cam x larat je, simpati lak, nyesal tido tadi. *sesal dahulu pendapatan*. ekekeke...
Malam ni kami tido grand seasons. Sampai bilik, buat ape2 yang patut dan terus Zzzz.......

Esok pagi, lepas subuh kami x cadang nk sambung tido, walaupun duk dalam selimut tebal, econ yg nyaman, kami tidak tergoda. Agenda kami masih banyak untuk di laksanakan.

Kami turun sarap kat hotel, aku makan macaroni ngan mushroom+ cheese sauce dan beberapa menu lain. Tp aku teruja ngan mushroom cheese sauce tu. Beeessssstttt...... Aku makan lagi. ekekeke.... Sambil makan aku tepon kakak aku. Dia keje kat HUKM, betul2 depan hotel aku, hotel aku? hahaha....abaikan!
Cross je jalan pahang, disitu lah ia. Aku tahu time dia keje, tp aku juga tahu dia tgah free2 layan facebook skang ni. ekekeke...
Aku x cadang pun nk buat dental checkup, dia yang suggest, hmmm....okay wut, persediaan utk ibu2 mengundang2 seperti aku. So aku setuju, yang penting aku leh freeee...
Lepas sarap aku naik bersiap2 utk check out, dan kami gerak ke ofis kakak aku keje. I dun have to wait sangat lama as i xpect it to be, selalu kan gomen klu tak tunggu berjam2 mmg sah tu bukan gomen,hahaha*keling* eh separuh gomen kot, hmm ntah! Sampai je, kakak aku dah daftar siap2 utk aku, tunggu 5 minit dah masuk bilik rawatan. Mentang2 kakak aku keje situ, ngan husband aku skali dia angkut masuk sana. Sbb tu husband aku sempat snap pic aku ni.


Aku paling suka cuci gigi. Tp kalau dh selalu sangat x elok, 'plak' x sempat nk mendiami dah kena bersih. Siann...hehehe....
Lepas dah settle, aku buat2 tanya bil, ekekeke...sbb aku tahu kena bayar, paling2 kurang 5,6 puluh, tp kakak aku cakp NO NEED! Samada dia yang bayarkan atau dia guna GL dia, tp adik beradik leh ke guna GL? Anggap je bole....:-)

Lepas tu kami gerak utk meneruskan agenda kami yang seterusnya. Kami ke plaza lowyat. Mula2 ingat nk naik train je, sbb takut jammed, tp tgok jalan cam ok, sbb hari keje kan, so kami redah je. Sampai lowyat dalam tgahari jugak, sbb lepak kat kakak aku agak lama plus rawatan gigi aku took about 2 hours. Kami lapar, so cari foodcourt utk memakan laaa... Senario yang aku tgok kat sini ialah, almost kedai kat situ di konker oleh encik2 bangla + indon. Mana melayu? Kenapa lah dibiarkan tempat sendiri di kuasai oleh orang luar..... 1 Malaysia!!! yeah!!!


Kedai ke-3 yang kami tuju, and dis kedai offered us the lowest price among others. Sangat jauh ngan bajet dan xpectation aku. Tanya itu ini, tambah itu ini, buk bak buk bak, masih tidak melebihi bajet aku, dalam kepala *owh! ade can aku nak soping*. Husband bukan main suka sbb pilihan hadiah harijadi tahun ni menepati citarasa kami berdua. ekekekeke... Sharing is loving!
Hadiah paling mahal aku pernah beli untuk dia yang tersayang. Tp advance RG masih belum mampu. Maybe kena tong-tong. hahahaha...

Owh, aku lupa nk citer satu insiden yang agak menggerunkan aku. Kitaorng sampai tu terus cari ATM machine, nk draw cash. Masa ktorang menuju ke ATM tu, aku dh nampak 2 orang mamat ni dari ATM machine tu, i mean diaorang baru blah dari situ, so kitaorang dari arah yang bertentangan nk ke sana. Masa selisih ngan kitaorng mamat tu cam pandang weird je, asal? tudung aku senget ke? Aku buat derk. Kitaorg que, ade la beberapa orang kat depan kami, dan aku sangat ingat belakang aku time tu mamat cina. Tp yang menjadi sangat hairan bila nk sampai turn aku, tetiba aku pandang belakang, bukan mamat cina lagi, tp mamat yang pandang weird kat aku tadi tu. Kawan dia tunggu x jauh dari situ. Aku dh rasa semacam. Dan yang sangat takut ialah, bila dia berdiri sangat hampir ngan kami, selalunya bila sampai turn kita nk draw, orang belakang akan berdiri jauh sket, tp mamat ni saiko giler. Aku nk marah pun ade. Sibaik husband aku kat sebelah ni perasan, terus dia duk belakang aku. Lepas aku draw, husband aku ckp dia pun nk draw jugak, so aku stay sebelah. Korang tahu x?!! Dia siap jenguk lagi time husband aku keyin pin number. Aku bengang giler, aku pandang dia, aku jeling tajam, x tahu mana datang aura tu, terus aku rapat ngan husband aku dengan harapan dia x leh intai dah. Lepas draw, kami gerak dari situ, dan yang sangat hairan, tetiba mamat td pun turut blah. Aik!! dia draw x duit??? Pelik kan kan?
Risau giler aku, takut diaorg follow ktorg, since kami lapar, husband ajak makan dulu. Lepas tu aku dh x nampak mamat 2 tadi.

Siyes aku takut! Walaupun aku penah duk KL, tp sbb dh lama sangat balik bertapa kat kg tercinta, aku dah x biasa ngan keadaan tu, tambah2 tengok dalam tv, paper, hari2 ade kes2 bunuh, ragut, aku rasa ngeriiii.... Jiwa aku x sesuai ngan tempat2 macam tu kot, aku kan orang kampung, ekekeke....tp skali sekala g soping KL, terus hilang rasa ngeri tu. hahahahahaha...


Lepas tu kami gerak pulang, check in kat concorde KL. Sangat banyak pokok xmas kat dalam, sibaik dalam lif xde. ekekeke... Masuk bilik, katil menjadi tumpuan, menegangkan urat2 yang tersimpul sehingga Zzzzzzz.....


Pandangan atas dari tingkat 19. Hard rock, tempat penghuni KL lepak pada malam minggu. Dis is the 2nd time being here, dan perasaan aku sama, seboleh2 nya aku x nak turun bila malam, sbb aku takut tgok macam2 jenis manusia kat bawah tu. Mat2 saleh mabuk adalah sangat normal. Si tua ngan gadis jelita berskirt paras 'anu' bukan perkara luar biasa. Selalu tgok dalam tv je kan, bila jadi depan mata sendiri, inilah realiti.

Lepas solat kami kuar, habiskan masa kat bilik je itu namanya membuang masa, bukan selalu leh dtg KL. So make it fully utilize. Kami gerak ke bandar baru sentul, umah kakak aku. I miss my nieces. Syafi ngan Wina! Look at them, syafi makin gedik, dah pandai x nak ikat rambut skang, konon macam budak2, mmg budak pun, baru nk masuk 4 tahun, wina lak makin comel, ibu dia ckp wina sangat manja! Macam cik ngah! hehehe... Anak ke-2 mmg macam tu kan, abah aku sendiri cakp! So, i guess it make sense. ;-)


The day after, aku sorang2 kat bilik, husband kena g kursus kat Kuala Kubu Baru, kena main api aka jadi bomba jap arini. Sibaik aku bawak laptop, so xde la kebosanan sangat. Big apple yang berbaki smalam pun masih elok, ingat nk order makan via room service je, tp nengok ke menu2 dia cam xde selera aku, sibaik sarap td aku makan agak banyak. Aku selalu makan banyak kan skang. No wonder berat aku naik. Pesanan doktor: sila naikkan berat anda sebanyak 500gram setiap 2 minggu. Tp aku dah naikkan 2 kali ganda. hahahahaha

Time2 bosan macam ni, sume mende pun jadi. Kat umah xde makna nye aku nk masak air panas buatkan teh, unless buat susu pagi2. Sbb itu adalah arahan doktor, klu x, xde nye aku saje2 gatal nk minum susu. Adakah doktor yang bersalah?

Hari ke-2 selepas check-out. Sempat amik gambar kat patung salji tiruan ni. Aku segan sebenarnya, tp inilah perbuatan husband aku, suka paksa aku!!! tp aku suka je bergambar sebenarnya. ekekekeke

Lagi gambar bersama ibu salji dan anaknya. Actually ade wedding ceremony pagi tu, cina kawen, diaorang baru je blah ngan kete berhias. Brabus beb, sewa kot. hahahahaha


Lepas check-out kami gerak pulang ke Terengganu. Tp sebb kami suka jalan2 lagi, kami exit kuantan, singgah east cost mall jap. ekekeke...

Sampai umah dalam kul 5 lebih. Tp x balik terus, singgah umah abah dulu, memberi2 buah tangan, bercerita ceritut, sambil minum petang. Maghrib baru kami balik.

Holiday aku setakat ini dulu, sbb esok life aku kat ofis bersambung kembali. Tp aku seronok! Sangat seronok!
Moral : sila mencutikan diri anda untuk rasa seronok!!! :-D

Salam...............

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...