Tuesday, October 18, 2011

We miss you!

Jam kat laptop aku menunjukkan angka 1:06 am, dimana orang lain sedang seronok  dibuai mimpi cam semek kat sebelah aku ni, sekejap2 bunyi sore, mimpi ape lah, jumpe adiputra kah?

Mesti korang ingat gigihnya aku buat alarm kul 1 pagi, bangun dan update blog. oh! itu mungkin perkara ke-18 terakhir yang aku akan buat, baik aku tengok sinetron 'Nada Cinta' yang ntah ape2 tu yang aku rekod petang tadi, tp sbb anak kakak aku terbungkam depan tv, x kan aku nk tengok tv tp sore mute, baca subtitle x bes boh! Maka demi melayan mata yang xmo pejam ni walaupun dah dipaksa, akhirnya aku di sini, itupun lepas dh puas scroll fb atas bawah, buhsan.

Terjaga tiba2 je, tgok botol susu Aliya dah kosong, nampak ngat aku yang tertido dulu sebelum Aliya tadi. Bangun je, renung muka anak lama2, rindu nye kat Aliya, padahal depan mata je, ekekeke.... disimbah dengan lampu tido yang suram tu, jernih je aku tengok air muka budak sepet ni, mempamerkan keikhlasan yang sebenar, eeeeeehhhh...... air bertakung sudaa di mata ku, perasaan yang datang tiba2, x diundang2 pun...sayu nye aku tengok wajah anak. *sreeeeeeeeettttttt, lap hingus pakai tisu*.

Perasaan melayang2 makin jauh. Dah sampai ke seberang laut mungkin. ekekeke... dengan harapan leh jumpe en abang. Emosi tengah2 pagi buta ni mmg tangkap leleh abis. Masa bercinta dulu, time ni konfem tengah gayut tepon, kalau tak cecah subuh x sah. Kadang sampai tertido macam tu je.... bangun pagi esok telinga dah rentung. ekekeke.....

Lambat lagi Daddy Aliya nk balik, kami dah kangen (read rindu) ni..... hehehe, kawan aku kata, mommy Aliya yang lebih2 sebenarnya, ngeh2... mana2 je lah, yang pasti bila en daddy ade depan mata rasa lebih melengkapi, kalau xde depan mata pun, kami tetap rasa kehadiran beliau. Gituuuuuuewwww...... kan dah cakap, tengah2 pagi buta ni mmg tangkap leleh la. Hadap je lah ye.

Kepada en abang, esok dah masuk hari yg ke-13, berbaki 8 hari lagi sebelum selamat pulang ke darat. Kalau 8 hari sama dengan 8 jam, sha sanggup tak tido, *ayat tak bleh blah*, tp 8 hari rasanya macam 18 bulan *lagi xleh blah*, walauapapun kami akan tetap setia menunggu di sini. ekekekeke

Dinda kirimkan potret kanda dan anakanda tempoh hari untuk tatapan kanda di sana. ngeh ngeh ngeh
Nasib la korang yeee....



Anakanda yang semakin kuat menyusu, jadual top-up pernah jadi 4 hari sekali. Berat Aliya dah 11.5kg skrang, makan banyak, susu banyak, ingatkan naik la banyak, syukur lah sha, hehehe... ok lah daripada xde langsung. 

"Hello, may i speak to my Daddy please..."
Nak tepon Daddy kat tengah laut kena bercakap bahasa inggeris, sbb nanti kalau cakap bahasa melayu, orang siam yang jawab akan balas ikut bahasa dia, so jadi la ayam dan itik bercakap. hehehe

Pesanan buat Daddy,
"Balik nanti qada' balik ye seminggu waktu jalan2 Aliya yang Daddy dah skip tu. Segala senarai perkara yang Daddy kena qada' akan Aliya serahkan kepada Mommy untuk buat. 
Daddy jangan tak sabar lak nk tahu senarai2 tu sume, sabar lah sket ye, lagi 8 hari je pun.
Aliya boleh tunggu, x kan Daddy xboleh kan.
Chaiyouk2 Daddy! "

Gituuuuuewww lah ye kekdahnye mak nk kaver (read cover) line. 


Salam......


Thanks for dropping in! ;-)

auto-publish.

5 comments:

  1. sha....emosi ibu mengandung.....hikhikhik....papepun mmg mcm tough kan xdpt jupe hari2x....

    ReplyDelete
  2. hehe.. jiwang tgh2 mlm ye.. tu la kadang2 ibu2 ni mcm ni la.. su pun pernah jadi mcm ni, rasa mcm org tak betul pun ada.. hahaha

    ReplyDelete
  3. faiez: hehehe, emo sungguh ibu mengundang ni, tp redha dan pasrah kerana inilah jalan cerita kehidupan kami. Cheers! ;-)

    Sue : ikut kan hati ni, nk aje dial no bilik dia kat tengah laut tu, tp memikirkan macam mementingkan diri sendiri je, cuba kuatkan semangat, macam la baru hari ni jd ibu tinggal,hehe
    kadang2 perangai2 macam ni sajeee je nk singgah kan.

    ReplyDelete
  4. huhu.. dah 13 hari.. saya pon sama.. cuma nya baki dalam puluh hari lagi, huwaa... sama-sama la kita bawak bersabo ye :)

    ReplyDelete
  5. sbb tu la asben sha sokmo pesan suh bersyukur, klu sha rasa lama ngat menunggu, kat luar sana ramai lagi menunggu lebih lama dari sha.

    tetiba insaf. hukhukhuk

    sentiasa sabar menunggu kan Yati. ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...