Monday, February 17, 2014

Putar Belit

Entri beremosi.

Entri ni kesinambungan dari entri --> Kena Cium.

Semalam, which is sabtu genap seminggu encik putih 'warded'. Tokey kedai pun dah call bagitahu kereta dah siap. Right after that, encik suami pegi ambil kereta dekat bengkel. Dalam masa yang sama, aku SMS Si A, bagitahu kereta akan ambil hari ni, dan mintak dia sediakan 1/2 bayaran yang telah dijanjikan.

Total burst= RM 4 angka. Since suami add-on polish sekali, so +- total baiki yang pihak aku dan si A kena tanggung ialah RM  4 angka. menjadikan si A kena bayar kepada aku RM 3 angka.

Petang tu, aku sms lagi bagitahu kami dah ade kat rumah, and kereta dah siap, bil dah ada. On my part, aku rasa rimas tau, sebab aku asyik nak kena ingatkan, sedangkan aku dah bagitahu awal tadi. Tapi takde pun respon nak datang tgok bil ke, nak datang bagi duit ke. Aku bengang.
Aku dail, tp suami yang cakap. Haha, sebab biasa la, kalau bagi kat aku yang emosional ni, konfem-konfem kena caru* kan.

Suami bagitahu, si A nak tunggu bos dia, iaitu si B, yang sedang berada di Kedah pada masa tu (katanya lah). Dan mungkin sampai malam. So, suami bgtahu jumpe esok shaja, iaitu Ahad.

Harini, aku jugakkkkkkk yang kena SMS kali ke 18 ratus nak tanya pasal payment tu. Korang nampak macam aku desperate kannnn??? Duit memang aku nak. Tapi dalam masa yang sama, aku nak mengajar tatacara berjanji, yang mana kalau ada ciri-ciri nak mungkir janji memang si anu tu berani kena BOM!

No reply. Aku call. No answer. See???

Selepas 12 min, si A replied. Saya tak perasan call tadi (cliche sangat di situ). Ok la, whatever.
Aku bagitahu, kejap lagi kami (aku dan suami) akan singgah kedai.
Si A bekerja di sebuah kedai runcit milik si B.

Lebih kurang jam 11.40 pagi, kami sampai di kedai milik si B. Suami keluar kereta sambil pesan "sha tunggu dalam kereta". Nampak? haha

Dari dalam kereta, aku tengok riak suami macam tak puas hati masa si A datang jumpe dan ade bagtahu sesuatu pada suami. Aku bukak tingkap dan bertanya. Katanya kena tunggu si B, dan ade problem sket.
Nampak? Nampak permainan diaorang?

After 10mins, si B masih tak nampak bayang. Korang jangan kata 10 min tu sekejap. Bagi aku yang sedang panas hati, 8 saat pun aku rasa macam nak terbakar.
Suami masuk kereta, jelas wajah tak puas hati. "Dia ingat kita sapa nak kena tunggu lama2 gini?"
Haaaa.... jangan cuba-cuba.

Aku kecut sedikit di situ. hehe
Suami u-turn, dan aku takut bertanya. Kurang dari 30 saat, suami park kereta kat sebuah kedai makan, 30 meter dari kedai runcit si B.
And you know what?????

Si B tengah duk melepak dalam kedai tu, aku tengok dengan mata aku sendiri okay!!! Panassss weihhh.

Suami keluar kereta, sambil berpesan seperti pesanan di atas.
Aku nampak si B berjalan ke arah suami sambil pandang aku dalam kereta, dari gerak bibir dia tu aku agak la dia bertanya kenapa aku tak turun sekali.
Masa tu jam aku pukul 11.55 am. Pagi, tapi matahari terik.

Sepanjang 15 min diaorang duk bung-bang-bung-bang. Tangan suami dah macam-macam gaya. Kaler muka kejap merah kejap cool. (Hehe, suami kita kulit cerah tau, bila panas muka dia cepat blushing gituuu. Tapi bila marahhhh, haaaa... no-no-no).

Aku yang kat dalam kereta ni dah makin geram. Pelik betul la, kang dah setuju hari tu nak bayar 50-50, so bayar je lah kan, yang duk sembang macam ada gaya nak perang tu pe kes?
Ni mesti si B tu tengah meng-auta. Well, i did mention kan, si B ni ade skill susun ayat, pandai 'sembang'. Kata peniaga. Tapi tak semua peniaga yeee, hak ni spesis nak untung cepat, tapi nak keje mudah.

Lepas 20 min aku dah makin tak senang duduk. Memang tak boleh jadi, aku kena masuk campur. Meh korang baca dialog aku eh.

Muka takde senyum-senyum macam selalu dah. ececes...

Aku : "Ape cite ni? Nak bincang ape lagi? Kan dah setuju minggu lepas nk bayar 50-50 ".

Korang tahu? Sepanjang patah kata aku keluar dari mulut aku tu, sepanjang tu jugak la si B duk cakap sama. So aku tak tahu dia dengar ke tak apa aku cakap sbb aku tak dengar pun ape yang dia cakap.

Suami pandang aku. "Sha masuk kete, panas ni".

Aku bukan nak kurang ajar, dan aku cakap pun takde la menjerit2 pun, aku nak support suami aku, bukan nak aibkan dia. Aku masih kat situ.

Si B : Sekarang ni, saya nak bg cadangan untuk bayar 2 kali, sebab kesian si A. Kalau saya bayar lumpsum, so saya kena potong gaji dia habis la bulan ni.

Aku : Si A, itu bukan masalah kami. Kami bukan meniaga nak terima ansuran bulanan ni. Awak yang nak campur tangan, kata nak tolong dia (si A), kalau ikutkan hati saya haritu, saya report jeee.

Si B : Skarang ni bukan masalah saya, masalah dia (si A), saya cuma nk tolong.

Aku : Amboiiii, mana boleh cakap gitu. Kalau dah kata nak tolong, secara automatik awak terlibat.

Kemudian aku jelinggggggggggggggg. Ishhh gerammmmmmm.

Aku gerak masuk kereta, sambil sempat bagitahu suami "abang, anak balik sekolah pukul 12.30 ni".

Jam aku time tu, kurang 5 min sebelum Aliya balik sekolah.

Aku masuk kereta. Drama diaorang tak habis lagi. Lepas tu, aku nampak suami bangun, salam dengan si A dan si B. Tapi riak wajah yang tidak menyenangkan, tegang.

Aku nampak beberapa keping note. "Dia bayar separuh dulu." Diam.

Suami kata, terpulang la next month dia nak bayar ke tak. Ehhhhh, mana bolehh. Jangan bimbang, let me do it.


Suami ade la cerita part-part yang sakit hatiiiii sangat.
- nak bayar dengan cek la. eh please la, setakat sa-puluh-ratus tu takkan peniaga macam kau takde cash kat kedai tu. Huh
- si B kata, "kalau tahu nak jadi macam ni, saya suh buat report je malam tu". eh eh, ni cadangan sape sebenar nye? kau jangan nak amnesia lak tetiba.
- suami pun balas la "aku memang nk buat report pun, tapi tak ingat ke, malam tu kau duk rayu-rayu jangan, kesian kat si A. Aku ni, setakat seribu dua bayar kos baiki ni sorang-sorang tak ade hal pun (sedikit berlagak di situ, which aku rasa perlu kot, serangan yang bijak) hahaha


Kesian suami aku. Aku pun malu jgak. Kereta tu aku yang bawak, tapi dia lak yang menanggung. So, aku bantu tang moral la sket-sket kan.

Kita tunggu cerita bulan depan lak. Meh set alarm siap-siap. ehehehehe (gelak halus yang jahat)


Thanks for dropping in!;-)

2 comments:

  1. hehe. suami2 ni mmg mcm tu lah. tak suka klu isteri masuk campur kalau hal2 mcm ni, terlebih emosi. igt lagi masa kitorg kena tipu dgn ejen nak beli rumah dlm rm700 gitulah. sanggup dia tak sound mamat tu, kita pulak yg berasap2 rasa nak bg mesej ugutan je. bebel kat laki je lah yg blh nya. huhu. tak pe sha, sabar jelah, ada hikmah di sebalik tu.. doakan yg baik2 utk org tu. muhasabah diri. cewah..

    ReplyDelete
  2. Sue,
    Itu lah, klu di fikir2, kang orang kata bini sape la yang *urang *ajar sangat ni. Kena jugak jaga aib suami. Kalau ikut sedap mulut memang macam2 nak keluar dr mulut ni, tp sabo tu kuat skettt je. Kalau tak memang kena bambu la. Orang tu memang tak cakap kurang ajar, tapi sinissss gilerr. Eeeeeeeeeeee teringat2 muka dia tu tawww.

    Suami sha dah mengalah, katanya tuhan nk uji orang tu melalui kita lah tu, redha sahaja.
    Sha memang redha, mende dah jadi, tapi xmo la orang ingat kita ni boleh pijak2 macam tu je, sha tetap nak tuntut duit tu. hihi
    Ai kan mata duitan. :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...