Monday, February 10, 2014

Hari Pertama Nabiha Aliya

19 Jan 2013.

Caution: pictures overload. ;-)

Hari pertama di sekolah.

Bangun seawal jam 7 pagi. Mandi bersiap semua diuruskan oleh en Dedi. En dedi siap tutup pintu bilik, tak bagi aku masuk, sebab beliau tahu, kehadiran aku akan bisa merubah mood gegirl itu. hehe
Bila dah ready nak keluar rumah, kakak Aliya nampak aku, maka terkeluar lah ayat "Mamiiii, Yaa tak nak sekolahhh, Yaa nak duk rumah jee".

En suami dah kenyit2. Itu tandanya jangan di layan karenah gegirl. Kalau tak makin parah kekdahnya. Kata suami tak boleh ingkar, maka aku pun buat2 tak dengar, terus masuk kete.

Tapi gegirl tak benti kat situ, dalam kete di sambung amukannya. Lagi sekali, suami toleh aku kenyit2. Berita paham. ;p

Alkisahnya. Kami suami isteri tak bercadang untuk menyekolahkan Aliya pada tahun ni. Especially si daddy lah. Tak rela katanya. Aliya kecik lagi katanya, risau kalau jadi apa-apa. Aku pun tak kisah, lagipun walau Aliya dah tak pakai pampers siang hari, tapi dia still tak pandai nak cebok sendiri kencing dan karebnya. Maka, kami sepakat nak hantar Aliya masuk tadika masa umur dia 5 tahun, which is next year.

Sehingga lah, pada suatu hari. Hehe
Kakak aku hantar anaknya ke tadika seperti selalu. Cuma berbeza haritu, Aliya ikut sekali pegi hantar sepupunya ke sekolah. Cikgu yang mengajar di situ melihat Aliya yang mungkin lebih sibuk berbanding pelajar disitu, tanya itu ini mungkin, ter-berkenan nak ajak Aliya masuk kelas kat situ. Hasrat itu dinyatakan kepada kakak aku, dan kakak aku minta untuk bertanyakan pendapat mak bapak Aliya dulu, aku lettew. ;-)

Gedebuk gedebak berbincang lah kami suami isteri. Macam biasa la kan, suami aku kurang teruja sket. Disebabkan aku ade kelebihan 'menggoda' (ececesss) akhirnya suami pun setujulah. Walaupun terpaksa, kekeke.

Jari montel dah penat. Mari la menghadap gambar sampai muntah hijau pucuk pisang yee. ;-)


Percubaan membuka baju. Aliya kalah kalau ngan dedi dia, sebenarnya pic ni nampak muka dedinya. Kemain menjeling, tak tahu samada nk marahkan aliya bukak baju atau marahkan mak nye si Aliya yg duk sibuk snap-snap gambar, padahal dah tahu mood anak tak berapa nk menjadi. Mak si aliya layannnn....
Hari pertama kooooot, wajib la ade gambar kenangan. Sape sokong mak angkat kening. Sapa sokong pak angkat kaki. Sekarang! ;-)


Tak kisah la kak baju terangkat ke ape, yang penting mami cakap "tengok tepon mami", maka sila fahamkan arahan itu ye. ;-)


Masih dalam mood protes. Aku panggil dia buat derk jee. Aku belikan pen dakwat merah jambu sebab aku tahu dia memang minat kaler tu. Pensel kalau aku beli yang 18B sekalipun, dia tak layan pun.


Kerja sekolah pertama Aliya. Arahan atas kertas tak ada, tapi mungkin cikgu dah bagitahu kena buat ape. Mungkin cikgu yang suruh kaler dengan warna tu, kalau Aliya pilih sendiri warnanya, sah-sah la 2 biji bulatan tu warna merah jambu. Konfem!


Tamat kelas untuk hari pertama. Sekolah abis pukul 12.30. So, lepas dah angkut dia ngan sepupu dia kat sekolah, aku masuk ofis balik sebelum keluar lunch pukul 1. Hari pertama Aliya tak nak pakai tudung. Aku pun malas nak paksa, dia nak pakai baju sekolah pun dah nasib baik tau.


Di hari kedua persekolahan. Hari kedua dan seterusnya sampai khamis aku yang siapkan Aliya dari A-Z. Dedinya dah pegi kerja. Macam hari pertama, mood kelaut pagi-pagi. Maka gunakan kelebihan yang aku ada, garang menyinga, korang ade? Haha. Baru lah nak patuh arahan. Lepas dah pakaikan baju, aku siapkan si adik. Sejak 2 hari kakak dia bersekolah, si adik pun sama ikut bangun awal. Maka kesibukan mak berganda.

Dah siapkan adiknya, aku pun nak bersiap-siap jgak pegi keje. Terkejut mak bila masuk bilik tengok si Aliya dah berhijab. Tapi aku buat2 tak nampak je. Kang aku buat2 amaze, konfem aku kena sound, tak pasal2 tak jadi pakai tudung lak nanti.




Sepupunya kemain ber-sweater, sejuk katanya. Dari pagi sampai lah balik, cikgu bgtahu tak buka langsung sweater tu.


"Aliya ni suka kentut, wina tak suka. Dah la busuk. Dah la dalam bilik che ngah. Cane wina nak menulis?". Sepupunya memang suka beleter, kadang-kadang antara satu ayat ke satu ayat tu takde kesinambungan pun, janji beleter.




Tekun menulis. Pensil2 ni tak main lah. Highlighter aku punya sampai nak abis dakwat. Kemain suka duk kat tempat keje mami, bila ajak balik mengamuk tak nak balik, satu ofis gegar.
Lepas tu aku dah tak bawak ke ofis. Boleh bernanah telinga orang dalam ofis tu dengar aliya mengamuk setiap kali aku ajak balik. Kalau tok abah free aku mintak tolong tok abah je yang ambilkan. ;-)




Skarang dah happy dah pegi school. Setiap kali tanya "esok nak sekolah tak?", aliya mesti balas "esok je". Walaupun aku tak faham, tapi aku translate kan jawapan tu kepada "NAK". ehehehe


Gambar terbaru Aliya. Kemain lagi bergaya. Paris Hilton dulu pun tak macam tu masa masuk kindergarten. ;-)

Alhamdulillah, sekarang ni dah tak kecoh sangat pagi-pagi. Aliya start pegi sekolah, everything kena tune balik. Tak boleh tido lewat, paling lewat 10.30. Kalau tak memang liat dia nak bangun. Paling haru kalau ipad dia masih berbaki 70% pada jam 10.30 malam.
Dan waktu bangun aku dah di awalkan 45 min, iaitu 5.15 pagi. Kalau ngantuk sangat, aku snooze sampai pkul 5.30. ehehe. Main bola pun boleh lebih masa khennnnn. ;-)

Kletung kletang gedegung gedegang. Paling lewat aku keluar rumah jam 7.45 pagi. Yang penting pegi punch card kat ofis jap, lepas tu baru hantar anak-anak ke destinasi masing-masing.

Pengalaman baru. Tapi best. ;-)


Thanks for dropping in!;-)

2 comments:

  1. kan.. seronok dgr pglmn anak2 masuk sekolah. hehe. mcm2 kisahnya. su ttp tak blh nak bgn awal. haha.. nntilah azam baru setiap hari nak bgn awal, tapi non hadoo... :-)

    ReplyDelete
  2. tak sangka ada anak yang dah bersekolah tahun ni. rasa mcam kakak antar adik pun yee... perah-santan.

    sha bangun awal time laki takde, klu laki ade sha snooze lama lagiiii. hehehe. tp kalau bangun 5.30 mmg ngam2 sangat, semua settle, kalau lambat 5 minit je, semua punah. haha.
    ZZzzzzzzz.......

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...