Wednesday, December 29, 2010

Aliya dan TV


Bila kuar je lagu ni kat tv3, aliya tgah duk mamai2 nak tido pun leh terjaga. 
Kalau aku ulit dia nk dekat2 abis berita tv3 ke, atau dah abis citer kat tv3 ke, lepas tu lupa nk slow volume atau mute terus, sbb lagu promo tv3 ni mesti kuar time2 tu, bila aliya dengar je 
"nananana..nananana..nananan tv3"
konfem terbelalak balik mata dia, siap bangun cari mana dtg lagu yang dituju khas untuk dia tu.
Lepas tu payah laaaa aku nk mengulit suh dia tido balik.
Last2, aku masuk dalam walker je.
Abis citer.
Melalak la Cik Nabiha Aliya sorang2 ye. Sape suh x nak tido. Pegi kacau Daddy lak, mummy buzy okay.
Nak update blog.

Lagi satu, lagu citer Alisa kat tv3, kul 2 petang.
Tu citer bibik-bibik. eh citer bibik lak, citer indon.
Very the HAUNTED.
Tok mi, klu x terpacak depan tv kul 2, tok abah sanggup tepon tanya ade kat mana, suh balik sbb nk suh tgok citer tu. LOL
Citer tu aku layan gak masa aku tgah pantang aritu. 
Yang pasti citer tu sebelum aliya lahir lagi, masa duk dlam perut aku,*mestila perut aku, xkan perut Daddy dia lak* sampai aliya kuar, dh jangkau umur 6 bulan, citer tu tak THE END lagi jugak.
Dah kalau sejak dari dalam perut sampai ke umur 6 bulan, asyik tgok Alisa x pernah miss,
sah-sah la Aliya pun peminat tegar Alisa.

Smalam Aliya dah tido kul 1.50, masa tu aku duk solat zohor, siap2 nak masuk keje lak kul 2.
Lepas tu dh abis berita 1.30, lagu promo tv3 tu kuar, mata aliya dah celik-pejam-celik-pejam, mamai campur ngantuk sangat la tuh.
Lepas tu abis lagu promo tu, sharp 2.00 pm...lagu tema bermula...



".....mencoba 'tuk fahami..."
Kami semua gelak, sbb aliya dalam buai time tu, mata terbelalak terus, meniarap itu WAJIB , x kira di mana sahaja, dalam buai pun boleh merangkak okay, intai dari celah2 lubang buai tu, lepas tu cakap2 bahasa Turki,*tokmi sorang je faham bahasa tu, sbb tokmi cikgu tuisyen Aliya* konon Aliya bgtahu, "tu fav song Aliya, TOLONG JANGAN TUKAR CHANNEL!"
'Baik lah', tok mi akur. :p

Hahahaha......hampa tokmi, terpaksa ulit balik budak kecik tu sampai tertido.
Masa tu aku dh kat ofis sambung balik keje 'betulkan silap manusia tersebut'. :p

Aliya...oh Aliya....

Moral :
Tokmi dh tak panggil citer tu ALISA, tp tok mi kata "Eh, citer ALIYA dah start". :p

Salam......

3 comments:

  1. hahahahaha..lagu favourite irdiena jugak!!!kalu memlm kan pas abis biter tv3...akan ade 3x ulang ;agu tu..die akan tgu smpi abis..jgn harap nk toleh kalu org pgl...

    ReplyDelete
  2. hehe. kelakar aliya. nama penuhnya nabiha aliya ke? sedap.. :-)

    ReplyDelete
  3. faiez : lepas ni dh beringat, klu aliya dah 98% nak lelap, xde nye duk depan tv dah,terus masuk bilik, x sanggup nk ulit 800 kali, letihhhh

    sue : ha ah, Nabiha Aliya. thanks sue. ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...