Tuesday, January 04, 2011

Tahun Baru Citer Lama

1st entry 2011, tp citer tahun lepas. ekekeke....
Hati ni kepingin SANGAT2 nak update, tp apakan daya, diri ini hanya mampu merancang. :-)

Ala, xde la lama pun, baru beberapa hari yang lepas. Meh sini, hadap dekat sket, baca sampai abis. I paksa okay! :p


Kisah perjalanan kami sekeluarga kecil ke Kelantan tempoh TAHUN. :p

Aku gerak lebey kurang dalam kul 1.30. Hujan mengiringi perjalanan kami haritu. Sbb tu aku nak gerak awal, keselamatan di utamakan. Nak elak dari mengharungi liku2 yang gelap gelita, ditambah pula pengetahuan yang kurang meluas en asben tentang Bandaraya Islam itu.

Fakta tentang kesibukan jalanraya di Kelantan adalah sahih dan benar. Kami dah hampir sampai ke tempat sebenar yang ingin dituju, tp sbb stuck dalam ribuan kete2 yang telah menghasilkan 4 lane walhalnya lane sebenar adalah 2 sahaja, apakah????

Jadi kami sempat bergambar kenangan dalam kesibukan itu.


Aliya sentiasa xcited dimana sahaja. *walaupun sebenarnya baru lepas WWF ngan mummy nye sbb Aliya dah bosan duk dalam kete, tak keluar2*

Kami 'terperangkap' disitu for almost 40mins kot. 
Sila bayangkan! Sekarang!


Dan akhirnya kami di sini jua setelah hampir 4 jam di atas jalan. Aliya gumbira sebaik sahaja aku 'menghumbankan' dirinya di atas katil bersaiz raja itu.


Kemudahan yang disediakan sama sahaja seperti di hotel2 lain. Ke ade hotel yang xde bilik mandi? :p
owh ya! kalian mesti tertanya2 kan, di manakah itu?
Aku stay kat Hotel Grandriver View. Mmg betul2 sebelah sungai. Siap ade orang main jetski lagi.
Tok sero sejuk ko demo2 tu? :p *practice make perfect*

Satu je aku x berkenan ngan hotel ni, SEJUKKKKKKKKKKKKKKKKKKK KETOR!!
Aku siap off ekon, tp sejuk sampai ke tulang. Sampaikan cadar pun macam baru kuar peti ais. GGgggrrrrr.....


Aliya maintain kewllll, walaupun sejuk ade aku kesah. :p


Mood saya TERBAEK time ni. Kegelisahan dalam kete selama hampir 4 jam tu berbaloi selepas 'dihidang' dengan katil besar yang terkemas rapi, tempat untuk landing terbaik dari ladang. Bab nak kejar budak ni dari terjun secara sukarela dari katil tu yang buat lemah lutut ni. Letihhhhhh!!!! 


Lepas dah berehat2 guling2 dalam bilik, perut-suh-pi-kedai-beli-makan. Lapar sudaaa....
Kami x tahu nak makan katne.
Aku x kisah klu yang segera-segera sahaja, tp asben seboleh2nya its a NO-NO-NO.
Kebetulan dia teringat kedai yang dia pernah makan kat kelantan ni. 
Mula2 dia tak ingat nama kedai tu, lepas tu dia cakp dia ade amik pic tisu kedai tu guna henpon dia. Kat atas tisu tu ade tulis nama kedai tu.
Sibaik la en asben x delete lagi pic tu.

Dah tahu nama kedai x tahu pulak jalan nk kesana. 
En asben mmg failed jalan kat Kelantan. *macam la aku terrer :p*
Sibaik la ade mr GARMIN cap ayam aku ni.
Walaupun mr garmin bg arah jauh sket, akhirnya kami sampai jua ke sana.


Haaa... ini la restoran tu. NEW HORIZON.
Tu lapik gelas sebenarnya, tisu dia Aliya dah ronyok2, so x cantik nk snap. ngeh ngeh ngeh
Kedai dia yang aku tahu, kena lalu Wakaf Che Yeh. Betul2 kat trafik light.
Hahahaha, ntah ape2 direction, macam la ade satu je trafik light kat sana. 
Ok la, cari sendiri! :p


Hiasan dalaman restoran tu pun menarik. Bersesuaian lah dengan kami yang suka bergambar ini. 

p/s: kebetulan malam tu, ade majlis pertukaran guru ke ape ntah, ade ucapan bagai, so kami yang juga 'penghuni' restoran pada malam tu dh jadi macam part of them, sbb TERPAKSA dengar sama ucapan yang berjela2 tu. Aku tgok yang lain macam dah... "BILA NAK BACA DOA MAKAN NI???"


Anak dara aku yang GUMBIRA sbb leh duduk dalam baby-chair tu walaupun xleh duduk lagi sebenarnya. Kejap je pun, sian Aliya, mana boleh lama2 ye, nanti sakit pinggang.
Tp mummy suka Aliya senyum2 sepet2 macam tu. ;-)


1st dishes yang sampai atas meja kami. MY MOST FAVORITE - Butter Prawn.
A+++ untuk udang menteganya. Sangat mabeles!!!!
Sama ngan Restoran Penyu nye masakan. Aku suka makan kat situ. Agaknya restoran Penyu dah tutup sbb tukang masak dia dah pindah keje kat sini kot. *gaji lagi mahal ;-)*


Haaaa... tu dia! Pelahap!
Kami order Tomyam Seafood, deep fried siakap with manggo, Butter Prawn, Kerabu mangga dan Kailan ikan masin.
Hanya kami berdua sahaja makan. Aliya? Tolong tgok je, sambil2 nganga sama time aku angkat sudu nak suap ke mulut aku, dia ingat aku nk suap kat dia la tu.
Mana boleh! nanti mummy x cukup! :p

Memang betullah orang cakap makanan kat Kelantan ni sangat MURAH.
Lepas dh kenyang, burrp! *ops ;-)*. Kami nak minta diri lah.
Hehehe, bayar la dulu.
Korang boleh agak x berapa juta? :p
Xpe2, ilek2, meh aku kasi tahu.
RM 65.00 Sahaja.
Murahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kannn???

Eh, ke korang rasa mahal?
Sbb selalunya aku amik menu tu kat Penyu, harga leh cecah RM80++. 
So, lagi murah kat sini la kan? 
Dah la SEDAP GILERRRRRRRRRRR. 
SANGAT SEDAP OKAY!!
Kalau pegi Kelantan, x tahu mana nk makan butter prawn, sila la ke New Horizon ye.
Hahaha, padahal aku yang jakun, sume org dh sampai sana dulu lagi dari aku.
Tak kira, nak suggest jugak. ;-)


Aliya walaupun x jamah satu pun menu2 kat atas tu, tp dia lah orang yang paling hepi sekali macam dia lah yang habiskan sume lauk2 kat atas tu. :p
Eee...geget kang!


Korang jangan TERPEGUN ye tgok Aliya main walker dalam bilik hotel.
Aku ingat nak angkut sekali ngan buai elektrik dia tuh, tp nampak macam nk PINDAH rumah je, so aku batalkan niat yang ntah ape2 tu.
Aku bukannya ape, risaukan Aliya time aku bertaklimat je nanti.
Daddy dia lak yang haru-kebiruan nanti.
Aliya meraung bukannya slow2, silap2 leh roboh hotel tu. :p



Sume aksi dia aku nak snap. Hehe, suka tgok gelagat dia. Time ni dh kul 11 kot. Tp cergas bukan main, kalau letak atas katil mmg x terkejar la aku. Dah la tengah kenyang. Nampak bantal dh macam2 kaler walaupun warna sebenar adalah putih sahaja. 
Aliya ni, bila la nak tidoooooooooo....


Lepas dh main2, baringkan Aliya sebelah aku yang dh mamai2 ni, bagi  'favorite drink' aliya, x lama lepas tu pejam terus. :p


eh eh Daddy ni, Aliya mandi pun nak amik gambar jugak ke?


Moral : Seronokkkk-beronok-ronok sbb leh 'BERTAKLIMAT' bersama keluarga tercinta.;-)

psst: citer bersambung lagi yee....masih lagi mode tahun lepas jugak. ekekeke..tunggguuu

Salam...



4 comments:

  1. hehehe...toche toche.
    tp bab nak me'resize' tu yang mim alif lam sin. :p

    ReplyDelete
  2. hahaha, terpaksa bawak, daddy dia x larat nk kejar klu bg dia merangkak :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...