Sunday, December 05, 2010

all about my princess

Lama tak update pasal Aliya kan?
Meh citer sket pasal budak kecik ni.

Lagi 8 hari Aliya akan berusia 6 bulan. Yeay! Anak mummy semakin berusia. ekeke

Aliya's development. Chekidaut! *check it out*

  1. Paling jelas dan nyata aliya dh tumbuh gigi. 2 gigi bawah, 1 gigi atas. Dah boleh menggigit dengan kejam. Nak try? Suh la Aliya gigit.
  2. Aliya adalah super juara mengesot. Pantas! *dgan pesanan : jangan tinggal Aliya merata2 bersendirian. :p
  3. Aliya dh boleh merangkak. Tp xleh move Pantas lagi. Setapak gerak jatuh, bangun lagi, jatuh, bangun lagi. Gigih sungguh. *orang tua kata : ringan sungguh la tubuh budak ni*. boleh diterima akal, sbb aliya x chubby macam baby lain!!!
  4. Aliya baby gegel yang sangat aktif. Tok mi kata, adik2 aku yang duk kat umah tu, klu tokmi nak duk dapur jap, atau nk sidai kain, tok mi suh adik2 aku tolong jaga jap. Semua menolakkk. hahahaha... Ayat cik ya ngan mak cu " tak mboh dukung aliya, aliya 'buah' ekpun". Bukan buah dragon fruit ok, buah = buas = sangat aktif. Aku sendiri pun x larat nk dukung. Klu dukung dia mesti mengah. Tgah dukung pun dia masih boleh nk panjat2 atas badan aku ni, pastu SANGAT AJAIB klu dia duk diam time orang dukung dia. Eee.... gegel ke boboi niii??!! Haaiipp!
  5. Aliya dah makan cereal. Tok mi suap sekali sehari. Alhamdulillah, perut Aliya dapat menerima dengan baik, sbb aliya poo okay je. Tp xleh banyak2 tau, nanti dokter marah. :p
  6. Pattern tido aliya sudah dikenalpasti. Aliya akan tido paling lama 2 1/2 jam. Bangun untuk berjaga paling lama 2 jam jugak, tp selepas 1 jam pertama tu, klu mummy aliya rasa2 malas nak tido kan aliya, kami ramai2 akan tgok pelbagai reaksi paksa rela aliya mencelikkan matanya. contoh : tenyeh2 mata dengan jari, kadang2 sampai calar muka, guling2 sambil tonggeng2 bontot, gigit ape sahaja depan mata sambil buat suara rengek2, klu cara tu mummy buat derk jugak, aliya guna senjata dia paling berkesan, MENJERIT sekuat hati sampai kuar air mata. Bijak budak kecik ni eh. Tp klu mummy acah2 lagi, aliya konfem senyum balik. Semek ni mmg behi sengih. :p
  7. Aliya sangat-sangat-sangat kenal muka aku. Aku sukaaa... hehehe.. Klu dia nampak aku je, mesti sengih2 pastu lompat2 kat atas orang yang tgah pegang dia sbb nak pegi kat aku. Daddy dia sokmo jeles! ngeee
  8. Klu aliya tido siang, dia lebih prefer dalam buai. Klu xde buai, tangan tokmi dia la yang jadi buaian jadian. :p. Klu malam, start lepas mandi petang dlm kul 6.30 ke atas, Aliya prefer tido atas tilam. Time ni aku suka. Lepas mandikan dia, baring kan dia atas tilam, dia dh senyum2 sambil tangan cari2 'mainan kegemarannya'. Masuk mulut dia je, mesti dia buat suara cam....*x tahu nk describe*. Tok mi kata dia ulit diri sendiri. Lepas dh nenen 2-2 belah, aliya lena dibuai mimpi jumpe adi putra. ;-)
  9. Skang Aliya minum susu 5oz dalam satu masa. Actually, botol susu avent yang kecik tu size 4oz je, tp sbb aliya sokmo ngamuk klu x cukup, terpaksa aku buat lebih sampai penuh botol, konon-konon 5oz la tu. Mummy dah boleh belikan botol besar untuk Aliya lepas ni. Lepas ni? Skrang la mummy... 
  10. Sbb aliya budak-yang-tak-suka-duk-diam, daddy belikan Aliya walker. Pinky walker lagi. Warna kegemaran Daddy. hahaha..... Lepas ni Mummy leh bertenang sket kat umah tu since aliya x leh mengesot ke sana sini, kutip itu dan ini.heehehe..... 
Cukup la dulu 10 fakta tentang Aliya kali ni. Lepas ni update lagi. Meh kita layan pic Aliya ngan pinky walker nya. 


 pic taken on 22/11/2010.

Anak mummy cepat besar, nanti mummy ajak tgok movie kat Mesra mall. :P



Walker pilihan hati Mummy and Daddy untuk Princess Aliya ;)


Aliya ke Alias ni...hahahaha :p



Aliya sket pun x layan bunyi2 + mainan kat walker tu. Dia asyik gigit kepala mickey ngan minnie tu. 


Eksen la konon tuh. Tgok ar aliya, sampaikan dia boleh pusing badan dia ke belakang sebb nak gigit pic minnie tu. Gigit dia kang baru tau!


X lama pun dia nk duk dalam walker tu. Tp sempat la aku nk bertenang untuk sedikit waktu. Thanks aliya for ur cooperation and help. ;-)

Moral : Cool beb klu anak buat perangai. Kita pun macam tu gak dulu. ;p

Salam.............

4 comments:

  1. satu lagi sha lupa nak update.
    Sekarang Aliya nenen sambil meniarap, xdok dh baring sopan-sopan macam dulu. hehehe

    ReplyDelete
  2. ooooo... ha ah. nakal, tp comel. :p
    abang dh baca post seterusnya? ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  3. wah, cantiknye walker.. colourful :-)

    ReplyDelete
  4. mentang2 pompuan, sume nak pink kan?

    ayat en suami "nanti kalau ade boboi pun masih leh guna yang ni, sbb ade kaler hijau kan tu".

    iye kan aje.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...