Wednesday, December 22, 2010

Siapa puncanya??


Bangun pukul 5.45 aku dah rasa awal dah. 
Tp kenapa paling awal aku thumb-print lagi 2-3 min sebelum pukul 8.
Itupun setelah pemanduan kurang berhemah 140km/jam.
Kalau bawak kete lenggang kangkung, MERAH sentiasa la jawabnya attendance aku hari2.

Adakah semua ni berpunca dari Aliya?
Umi selalu membela Aliya pabila setiap kali aku cakap "Aliya la ni, bangun awal, ngah x leh buat mende2 ar klu Aliya dh bangun".
Sebab kalau Aliya dah bangun, konfem dia poo-poo. 'Perfume' free tu akan berkeliaran merata2 hingga menyebabkan hidung pernghuni rumah itu tersumbat.
Penyelesaiannya aku kena tukar pamper Aliya dengan segera.
Basuh *ontot Aliya dah 5min, itupun kalau ade kerjasama baek-punya dari Aliya. Kalau dia start 'meronta-ronta', mahu amik masa 10 min. Fuh! Letih.
Pakaikan pampers aliya, harap maklum la. Kalau xde sesi 'kejar mengejar' mmg x sah. Tak duk diam langsung. Tambah2 dah boleh merangkak ni. Haipp!!
Lepas tu Aliya mesti sangat LAPAR, sbb dh poo tadi. Nak kenyangkan usus kecil dia tu pun dah amik masa 15min. Campur lagi gaduh2 ngan Aliya sbb dia slalu gigitttttttttttttttttttttttt. Menci Aliya!!!

Nak settle kan Aliya aku dah amik masa 30min++.
Kemas2 kan barang dia lagi, nak bawak ke umah Tokmi.
Lepas tu masuk dia dalam walker, baru lah aku boleh bertenang.
Time tu la aku nak iron baju la, tp sebelum tu termenung dulu cari tudung nk match kan ngan baju. Tp kalau ade 2/3 pilihan tudung yang boleh match ngan baju akan jadi haru sket.
Aku akan susah nk buat pilihan.Hahaha...saje cari pasal.
Tp klu tinggal 15min lagi nak masuk ofis, xdenya aku pk2 dah, baju hijau tudung pink pun aku bantai.
Hehehehe....tipu je. :p

Lepas tu kejutkan adik aku solat subuh dan mintak tolong tengokkan Aliya, sbb aku nak mandi.
Lepas mandi amik masa 'tenung' cermin sampai pecah. Tenyeh macam2 kat muka ni, lawanya idak pun. :p
Tgok2 jam dh pukul 7.15 am.
Oh..awal lagi....
Bukak TV jap, layan MHI.
Eh....dah 7.40.
Haaa....baru la kelam kabut.
Nak panaskan enjin lagi, nak ikat sampah lagi, nak masukkan barang2 dalam kete lagi, kena bukak gate dulu, lepas tu karang nak kena tutup gate lak.*kan bes ade gate yang pakai remote tu, kan abang?*
7.50 am baru boleh gerak ke ofis.

Sampai ofis dah 7.55. Kena beratur lak nak thumbprint. Campur tolak ngan yang ade masalah jari xleh thumbprint, tinggal 120 saat je lagi sebelum bertukar warna MERAH.
Fuhh!! selamat, 7.59 am. ;-)

Sekadar hiasan.


Moral :
Sebenarnya lumrah aku sendiri, klu aku rasa masih awal, makin aku lambat2 kan keje aku. Satu lagi, nak iron baju ke, nak kemas barang anak ke, sume tu dah boleh buat awal2 lagi malam tadi, tp mim alif lam sin. Sendiri mau ingat la ye. :p

auto-published post. ;-) 

3 comments:

  1. mcm tu la yg ada bila ada anak kecik nii...saba je la kann..

    ReplyDelete
  2. hahahaha...tau xpe...sendiri mkn pengat sendiri mau igt...

    ReplyDelete
  3. kak fieza : hehe, sabar itu iman.

    faiez : bila lambat xmo mengaku salah sendiri, sedaya upaya cuba menyalahkan orang lain. ekeke

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...